Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 24 July 2014

International Tripartite Rubber Council (ITRC) Ke-23, Chiangmai Thailand

No comments:
 
Posted: 03 Jul 2014 10:00 AM PDT

Berita - International Tripartite Rubber Council (ITRC) Ke-23, Chiangmai Thailand

International Tripartite Rubber Council (ITRC) Ke-23, Chiangmai Thailand

Thailand menjadi tuan rumah untuk International Tripartite Rubber Council (ITRC) Ke-23 yang diadakan di Chiangmai pada 2-3 Julai 2014. Mesyuarat dipengerusikan oleh YBhg Datuk M. Nagarajan, Timbalan Ketua Setiausaha (Komoditi), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Malaysia.

Antara perkara yang dibincangkan adalah pembangunan dan kerjasama komoditi getah antara ITRC dan China. Dalam hal ini, ITRC akan mengadakan sesi dialog dengan kementerian atau agensi pelaksana di China yang menguruskan perkara berkaitan getah. Sementera itu, ITRC berpendapat bahawa pertukaran maklumat yang dijalankan mengenai analisis kitaran hayat tanaman getah perlu dipertingkatkan kerana penemuan awal kredit karbon bagi getah asli, menunjukkan bahawa menanam getah mampu menghasilkan karbon bersih. Mesyuarat pada kali ini juga membincangkan perkembangan serta kemajuan semasa lawatan kerja ITRC ke Vietnam. Penglibatan negara-negara pengeluar getah di ASEAN, khususnya Vietnam dalam dialog bersama ITRC boleh mengukuhkan lagi usaha-usaha serantau dalam menangani isu harga getah. Negara ITRC akan menyuarakan cadangan kepada wakil negara masing-masing untuk di bawa ke Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM), Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pertanian dan Perhutanan (AMAFF) dan Kementerian Luar Negeri mengenai penyertaan negara-negara pengeluar getah asli di ASEAN untuk sesi dialog bersama ITRC.

Permintaan terhadap model ramalan getah asli dunia telah diusulkan dan mesyuarat berpendapat bahawa ITRC seharusnya mempertimbangkan untuk membangunkan model tersebut bagi bekalan dan permintaan getah asli yang boleh digunakan sebagai asas untuk masa akan datang. Jawatankuasa Statistik akan membangunkan dan memuktamadkan model tersebut untuk dibentangkan pada mesyuarat ITRC seterusnya. Perkara-perkara lain yang dibincangkan ialah kemajuan jadual harga ITRC, penubuhan Pasaran Getah Serantau oleh Kumpulan Pakar Penubuhan Pasaran Getah Wilayah (EGERRM), suntikan modal tambahan untuk IRCo dan penubuhan dana getah.

Bersempena dengan Mesyuarat ITRC, beberapa mesyuarat jawatankuasa juga telah diadakan seperti Mesyuarat Permintaan Jawatankuasa Skim Promosi (DPSC) yang pertama dan Mesyuarat ke-16 Kumpulan Pakar Penubuhan Pasaran Getah Serantau pada 30 Jun dan Mesyuarat Jawatankuasa Statistik ITRC ke 19 pada 1 Julai 2014.

Pegawai-pegawai yang menghadiri Mesyuarat ke-23 ITRC Ahli-ahli Jawatankuasa Permintaan dan Penawaran

Ahli-Ahli Jawatankuasa Mesyuarat Technical Penubuhan Pasaran Getah Serantau Ahli-ahli JK Perangkaan

Lawatan YB Menteri MPIC ke Kerala, India

Posted: 30 Jun 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan YB Menteri MPIC ke Kerala, India

Lawatan YB Menteri MPIC ke Kerala, India

Pada 30 Jun 2013, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah mengadakan lawatan ke Lembaga Getah India di Kottayam, Kerala sempena Misi Promosi mengenai Komoditi Getah dan Lada di India. YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama pegawai-pegawai kanan daripada LGM dan Lembaga Lada Malaysia (MPB) telah disambut dengan meriah oleh Puan Sheela Thomas, Pengerusi Lembaga Getah India dan pegawai-pegawai kanan. Delegasi Malaysia terdiri daripada YBhg. Datuk Naimun Ashakli Mohammad, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di India, YBhg Dato' Henry Sum Agong, Pengerusi Lembaga Lada Malaysia, Encik Mohamad Sanuri Shahid, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MPIC dan YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM dan pegawai-pegawai kanan dari MPIC dan LGM.

Objektif lawatan ini adalah untuk menjalinkan kerjasama dengan Lembaga Getah India melalui penglibatan dalam operasi Jaringan Keselamatan Pekebun Kecil Getah di India iaitu Skim Kumpulan Wang Penstabilan Harga. Objektif dana ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pekebun kecil apabila berlakunya kejatuhan harga getah di bawah paras yang ditetapkan dan memberi sokongan yang berterusan kepada petani jika memerlukan campur tangan semasa berlakunya krisis. Di dalam perbincangan tersebut, antara isu yang dihadapi oleh pekebun kecil kedua-dua negara ialah trend harga getah asli dunia dan kebergantungan 400,000 pekebun kecil terhadap penanaman getah sebagai pendapatan mereka. Oleh itu, strategi peningkatan pendapatan pekebun kecil perlulah dikaji semula dan dilaksanakan supaya dapat mencapai aspirasi kerajaan ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Lawatan ke Apollo Tayar di Perambra, Kochi turut diadakan. Apollo Tayar Ltd adalah pengeluar tayar ke-17 terbesar di dunia dan telah ditubuhkan pada tahun 1976 dengan kilang pertamanya di Perambra, Kerala. Syarikat itu kini mempunyai empat unit mesin pembuatan merangkumi sebuah unit di Afrika Selatan, dua di Zimbabwe dan satu di Belanda. LGM telah mengesyorkan penggunaan getah khusus iaitu Ekoprena dan Pureprena kepada Apollo Tayar. Pada akhir lawatan itu, YB Datuk Amar Douglas telah dibawa melawat ke kilang pembuatan tayar.

Secara keseluruhan, lawatan ini memberi manafaat kepada Lembaga Getah India dan Lembaga Getah Malaysia dimana Lembaga Getah India telah berkongsi penyelidikan mereka mengenai klon getah pintar. YB Datuk Amar Douglas berpendapat bahawa terdapat potensi bagi kerjasama antara Lembaga Getah India dan Lembaga Getah Malaysia.

Mesyuarat di Lembaga Getah India oleh delegasi Malaysia yang diketuai oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan Puan Sheela Thomas, Pengerusi Lembaga Getah, India

Misi Promosi Komoditi Kelapa Sawit, Getah, Kayu-Kayan dan Lada ke Mumbai dan Kerala, India

Posted: 26 Jun 2014 05:00 AM PDT

Berita - Misi Promosi Komoditi Kelapa Sawit, Getah, Kayu-Kayan dan Lada ke Mumbai dan Kerala, India

Misi Promosi Komoditi Kelapa Sawit, Getah, Kayu-Kayan dan Lada ke Mumbai dan Kerala, India

Pada 26 Jun hingga 1 Julai 2014, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah mengetuai delegasi Misi Promosi Komoditi Negara iaitu Kelapa Sawit, Getah, Kayu-Kayan dan Lada ke Mumbai dan Kerala, India. YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah diiringi oleh pegawai atasan daripada Kementerian dan Agensi berkaitan semasa lawatan tersebut.

Objektif misi ini ialah untuk mengukuhkan eksport minyak sawit, getah, kayu-kayan dan lada ke India dalam menggalakkan hubungan perniagaan antara sektor swasta di Malaysia dengan rakan-rakan sejawat di India.

Semasa lawatan di Mumbai dari 26 – 29 Jun 2014, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas telah merasmikan dan menyampaikan ucapan pada Palm Oil Trade Fair and Seminar (POTS) India 2014. Majlis ini telah dianjurkan oleh MPOB dan MPOC bertujuan meningkatkan eksport minyak sawit ke India. Selain itu, seminar ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan terkini dalam industri minyak sawit negara daripada segi pengeluaran dan import.

Di samping itu, YB Menteri turut menghadiri perbincangan meja bulat dengan persatuan getah dan kayu-kayan daripada India. Perbincangan ini bertujuan bagi mengukuhkan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara terutamanya dalam industri getah dan kayu balak. Semasa lawatan ini juga, turut diadakan taklimat mengenai Penstabilan Harga Getah di India oleh Lembaga Getah India dan lawatan ke Apollo tayar di Perambra, diKerala.

Pada tahun 2013, produk komoditi dieksport ke India termasuk produk getah bernilai USD60.5 juta.

YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan delegasi mendengar taklimat mengenai Penstabilan Harga Getah India daripada Madam Sheela Thomas, Pengerusi Lembaga Getah India YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas bersama Ketua Pengarah LGM dan delagasi mendengar taklimat daripada Syarikat Apollo Tayar

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger