Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday, 13 August 2015

Manfaat Daun, Ranting dan Getah Tanaman Patah Tulang Sebagai ...

No comments:
 

Manfaat Daun, Ranting dan <b>Getah Tanaman</b> Patah Tulang Sebagai <b>...</b>


Manfaat Daun, Ranting dan <b>Getah Tanaman</b> Patah Tulang Sebagai <b>...</b>

Posted: 23 Jul 2015 06:47 PM PDT

Manfaat Tanaman Patah Tulang Sebagai Obat Herbal

Tanaman Patah Tulang. Tanaman patah tulang (Euphorbia tirucalli) yang banyak ditanam sebagai salah satu tanaman hias di halaman rumah ternyata sering dimanfaatkan sebagai salah satu tanaman obat tradisional dengan beragam khasiatnya. Tanaman patah tulang adalah perdu yang tumbuh di wilayah iklim tropis semi-arid.

Nama-nama daerah untuk tanaman patah tulang:

Sunda: susuru, Jawa: kayu urip, pacing tawa, tikel balung, Madura: kayu jaliso, k. leso, k. langtolangan, k. tabar, Kangean: kayu potong.

Tanaman Patah Tulang

Kandungan Kimia tanaman patah tulang :

Getah sifatnya asam (acrid latex), mengandung senyawa euphorbone, taraksasterol, laktucerol, euphol, senyawa damar yang menyebabkan rasa tajam ataupun kerusakan pada selaput lendir, kautschuk (zat karet), dan zat pahit. Herba patah tulang mengandung glikosid, sapogenin, dan asam ellaf.


Di negara kita, terutama Pulau Jawa, bagian batang atau kulit tanaman ini dipercaya dapat menyembuhkan patah tulang seperti namanya, serta penyakit kulit lainnya selain getahnya dapat mengeluarkan duri yang tertancap. Selain dikenal di Indonesia, tanaman patah tulang juga digunakan dalam penyembuhan tradisional untuk beberapa penyakit seperti kanker, tumor, kapalan, kutilan di Brazil, India, dan Malaya. Tanaman yang bersifat diuretik (peluruh air seni) ini juga sering dijadikan sebagai salah satu pengobatan alternatif untuk berbagai masalah ginjal, serta getahnya dapat digunakan untuk menyembuhkan sakit gigi.

Hampir seluruh bagian tanaman patah tulang dapat dimanfaatkan untuk kesehatan. Akar dan ranting tanaman patah tulang misalnya, dapat menyembuhkan sakit lambung, rematik, sakit tulang, sipilis (penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteri), wasir, tukak rongga hidung, dan nyeri syaraf. Sedangkan batang kayunya dapat menyembuhkan beberapa penyakit kulit, kusta, serta mati rasa pada daerah tangan dan kaki.

Cara Mengobati Berbagai Penyakit dengan tanaman Patah Tulang

  • Kulit tertusuk duri atau pecahan kaca. Bagian tubuh atau kulit yang tertusuk duri atau kaca kita olesi dengan getah patah tulang, getah patah tulang dapat mengeluarkan duri atau kaca dengan sendirinya.
  • Kapalan (clavus) dan kutil. Ambil 1/2 kg dahan dan ranting patah tulang. Setelah dicuci bersih rebus dengan 4 liter air sampai airnya berkurang menjadi 2 liter. Bagian tubuh atau kulit yang mengalami kutil atau kapalan direndam dalam air rebusan patah tulang tadi dalam keadaan hangat selama kurang lebih 1/2 jam. Setelah dikeringkan oleskan param yang terbuat dari trusi yang telah ditumbuk halus dicampur putih telur, lalu dibalut.
  • Patah tulang (fraktur) untuk anda yang mengalami patah tulang (fraktur) dapat menggunakan beberapa cara, yaitu :
  1. Kulit diatas tulang yang patah digosong dengan getah patah tulang.
  2. Kulit luar dahan patah tulang digiling halus, tempelkan diatas tulang yang patah, kemudian dibalut.
  3. 3/4 genggam tangkai dan daun patah tulang, 1 genggam daun srigi, dicuci lalu digiling halus. Remas dengan 4 sendok air garam, dihangatkan sebentar. Dipakai untuk menurap bagian tubuh yang patah, lalu dibalut dengan daun bakung/kulit randu. Diganti 2 x sehari
  • Untuk penyakit frambusi : siapkan 1/2 genggam patah tulang, 1/2 kepalan tangan gadung cina, dicuci lalu kita tumbuk sampai halus. Aduk dengan 1 sendok getah buah kendondong dan dua sendok makan getah buah pepaya muda. Ramuan ini kita gunakan untuk melumas atau menurap kulit yang sakit. Lakukan dua kali sehari.
  • Untuk obat tahi lalat yang besar dan gatal. Tahi lalat kita gosok dengan air jeruk nipis, lalu dengan kapas tahi lalat dilumasi dengan getah patah tulang. Lakukan terapi ini benerapa kali sehari, bila sudah kering diulang. Hati-hati jangan sampai terkena mata.
  • Sakit gigi. Ambil Beberapa tetes getah patah tulang dengan kapas yang bersih, kemudian kita lumaskan pada gigi yang sakit dan berlubang. Lakukan terapi ino 1-2 kali sehari, hati-hati jangan sampai mengenai gigi yang sehat.
  • Catatan : Getah patah tulang berbahaya bagi mata, dapat menyebabkan buta. Bila getah patah tulang masuk kemata cepat bilas dengan air kelapa atau santan.

Getah tanaman patah tulang sangat beracun sehingga jika memerciki mata dapat menyebabkan iritasi, serta dapat menyebabkan rasa panas dan terbakar serta merangsang muntah jika tertelan. Bila getah yang beracun ini kontak dengan mata maka dapat menyebabkan kebutaan sementara selama beberapa hari dengan gejala yang akan memburuk setelah 12 jam jika tidak segera ditangani. Walau membahayakan, racun dari getah tanaman patah tulang sering dimanfaatkan sebagai insektisida dan bakterisida alami karena selain beracun untuk nematoda yang dapat merusak tanaman, juga dapat dimanfaatkan untuk membunuh larva Aedes Aegypti penyebab penyakit demam berdarah dan nyamuk Culex penyebab penyakit Filariasis (kaki gajah). Caranya adalah dengan mengeringkan ranting tanaman patah tulang dan membakarnya untuk mengusir nyamuk (natureterapi, 2012).

Demikian manfaat daun, ranting dan getah dari tanaman patah tulang. Hati-hati dalam penggunaan obat herbal yang bersifat "keras" seperti tanaman patah tulang ini yang getahnya beracun dan berbahaya bagi mata. Sebaiknya meminta pertimbangan ahlinya terlebih dahulu sebelum mencoba menggunakan obat herbal agar terhindar dari efek sampingnya meskipun rata-rata obat herbal biasanya minim efek samping. Semoga bermanfaat.

Silahkan bagikan dan sebarkan artikel ini semoga bermanfaat bagi semuanya.

Sejarah: PERKEMBANGAN PERUSAHAAN <b>GETAH</b>.

Posted: 04 Jul 2015 02:12 AM PDT

oleh -AHMAD BIN YAAKOB

I.Keperluan getah sebagai bahan mentah.

Keperluan getah sebagai bahan mentah semakin meningkat setelah tayar angin dicipta oleh J.B Dunlop pada tahun 1988.Kemajuan teknik vulcanization  oleh Charles Goodyear 1893, pertumbuhan industri elektrik dan pengunaan tayar pneumatik untuk basikal dan motokar telah meningkatkan pengguaan getah asli.[1]

ii.Permintaan bertambah

Pada peringkat awal, penanaman getah tidak mendapat sambutan. Atas galakan H.N Ridley terdapat sebilangan kecil  peladang yang cuba menanam getah di ladang ubi kayu atau kopi mereka. Permintaan yang bertambah menyebabkan harga getah melambung naik dengan cepat.[2] Setelah harga kopi merosot dan penanaman kopi beralih kepada tanaman getah.
iii.Tanaman getah telah beralih daripada kebun kecil kepada tanaman komersial apabila ladang-ladang getah dibuka.Ladang-ladang getah dibuka, terutama olehpdagang bangsa Eropah. Kebanyakan ladang getah ini tertumpu di Perak, Selangor,Negeri Sembilan  dan Johor kerana terdapat sistem perhubungan yang lebih baik.[3]

4.Penanaman Getah di Sabah dan Sarawak.

      Getah diperkenalkan di Sabah pada tahun 1882 hasil galakkan Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU). Syarikat Berpiagam Borneo Utara memberi jaminan 4% dividen kepada syarikat yang mengusahakan getah dan pengecualian eksport untuk selama 50 tahun.[4]
      Di Sarawak, Charles Brooke membuka ladang percubaan di Natang Estate, Satap dan Sigu. Penduduk tempatan digalakkan untuk mengusakan tanaman getah secara kecil-kecilan. Getah menjadi bahan ekspot Sarawak yang penting pada tahun 1905.[5]

5.Zaman Kemelesetan  Dalam Perusahaan Getah 1921-1929.

      Pada tahun 1922, satu skim sekatan pengeluaran getah dikenali  Skim Sekatan Getah Stevenson telah diperkenalkan bertujuan untuk mengurangkan pengeluaran dan menstabilkan harga getah.Pengeluaran getah dihadkan kepada 60% sahaja daripada jumlah pengeluaran tahun 1920.[6]  

      Skim ini hanya dilaksanakan di Tanah Melayu dan Ceylon yang mengeluarkan 25% bekalan dunia.Melalui Skim ini, setiap pengeluar di Tanah Melayu diberi satu kuota tertentu berdasarkan keluarannya.Jumlah melebihi kuota itu dikenakan cukai ekspot barangan.

      Skim ini menyebabkan harga getah meningkat semula 35 hingga 40 sen pada tahun 1928. Tanah Melayu menanggung kerugian kerana mengurangkan pengeluaran. Indonesia yang tidak menyertai skim ini mendapat keuntungan  apabila harga getah meningkat sedikit. Pada tahun 1928 skim sekatan ini dihentikan, keika itu jumlah pengeluaran di Tanah Melayu melambung naik walau pun harga getah masih diparas yang rendah.[7]  

Kemelesetan Ekonomi Dunia 1929-1932.

      Akibat kemerosotan perusahaan membuat kereta di Amerika Syarikat, permintaan terhadap getah turut terjejas. Pada tahun 1932 harga getah terus jatuh sehingga mencecah 7.07 sen sepaun.Beberapa langkah diambil untuk memulihkan perusahaan getah di Tanah Melayu seperti mengurangkan jumlah pekerja dan upah pekerja di ladang getah. Jumlah pekerja dikurangkan daripada 258 000 orang pada tahun 1929 kepada 145 000 orang pada tahun 1932.

Perjanjian Peraturan Getah Antarabangsa Mei 1934.

      Kejatuhan harga getah telah memaksa negara-negara  pengeluar berunding bagi memulihkan harga getah. Pada bulan Mei 1934 Perjanjian Getah Antarabangsa ditandatangani antar Britain, Belanda, India, Perancis dan Siam untuk mengurangkan pengeluaran dan mengawal harga getah. Perjanjian ini berakhir pada tahun 1938 telah dilanjutkan sehingga tahun 1943.

      Semasa Perang Dunia Kedua dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu , harapan untuk memulihkan harga getah musnah apabila getah tiruan diperkenalkan oleh Amerika Syarikat untuk menggantikan getah asli yang terputus bekalannyadi pasaran antarabangsa. Gerah tiruan menjadi saingan utama kepada pengeluaran getah asli dan memberi kesan kepada pengeluar termasuk Tanah Melayu.[8]



[2] "Pengubahsuaian Dalam Pentadbiran, Ekonomi  dan Pendidikan", dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,  43 .   
[3]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,118.  
[4]"Pengubahsuaian Ekonomi", dalam  Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 3,44.
[6]Ong Loo Chen, Pra U Teks STPM Penggal 3, (Bandar Baru Bangi:Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.,2015),110.
[7]Ruslan Zainuddin dan Abd Sukor Yusuf, AceAhead Teks STPM Sejarah Malaysia dan Asia Tenggara (1800-2000)Penggal 3  Edisi Kemaskini,120.   

Fokus <b>tanaman getah</b> berkelompok bantu - Tanah2Getah - Blogger

Posted: 27 Apr 2015 07:02 PM PDT

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

Felda dan Penanaman <b>Getah</b> | Usahawan.com

Posted: 26 Apr 2013 01:50 AM PDT

Sejarah Penanaman Getah Di Malaysia

pokok getah

Getah (Hevea Brazilliensis) berasal dari negara Brazil. Pada tahun 1876, pemerintah Inggeris bernama Mr. H.A. Wickham telah membawa 70,000 biji benih getah ke Royal Botanic Garden di England. Biji-biji getah ini kemudiannya ditanam di Sri Lanka, Jawa dan Singapore Botanic Garden sebelum dibawa masuk ke Kuala Kangsar oleh Mr. H.H. Ridley. Biji-biji getah ini kemudiannya diedarkan untuk ditanam di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, Borneo dan beberapa negara Asia. Mr. H.H. Ridley bukan sahaja telah memperkenalkan tanaman getah ke Tanah Melayu, malah dia juga memberi sumbangan besar dalam penanaman getah apabila memperkenalkan kaedah 'menoreh' untuk membantu pekebun-pekebun mendapat hasil getah mentah yang lebih banyak berbanding kaedah sebelumnya. Menurut Mr. H.H. Ridley, apabila penoreh melakukan torehan, curam torehan perlulah dilakukan pada sekitar 300agar susu getah mengalir terus ke dalam cawan atau bekas tadahan susu getah. Katanya lagi, torehan yang paling baik adalah sedalam 1 mm daripada kulit pokok getah untuk menghasilkan susu getah yang lebih banyak. Torehan yang terlalu dalam pula akan menghasilkan susu getah yang cair. Ia juga akan merosakkan batang pokok getah itu.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, perusahaan getah adalah di bawah seliaan Lembaga Getah dan Institut Penyelidikan Getah (RRIM). RRIM berfungsi untuk menguji keberkesanan tanaman getah, membantu pembangunan dan pemodenan industri getah dalam semua aspek seperti penanaman pokok getah, pemprosesan getah mentah, pembuatan barangan getah dan pemasaran getah dan produk hasil getah. Penanaman getah telah dikomersialkan apabila banyak tanah-tanah di Tanah Melayu pada ketika itu ditanam dengan pokok-pokok getah. Pedagang Inggeris yang nampak potensi getah telah mengambil kesempatan ini untuk membuka ladang-ladang getah di Tanah Melayu. Syarikat asing telah menguasai 70% ladang di Tanah Melayu, diikuti 23% milik peniaga Cina seperti Lee Rubber Estate Ltd dan 7% milik usahawan India. Harga getah asli di Tanah Melayu pada ketika itu semakin meningkat, sehingga pernah pada suatu masa harganya meningkat sekali ganda kesan daripada peperangan yang berlaku di Semenanjung Korea.

Setelah negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, banyak kilang-kilang yang berasaskan getah telah dibangunkan. Pada ketika itu, permintaan getah asli dunia kian melonjak sehingga Perdana Menteri Malaysia kedua Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussien telah membuat keputusan untuk membuka penempatan peneroka FELDA, dengan fokus tanaman utamanya adalah getah.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

Pada 1 Julai 1956, di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956 (Land Development Ordinance), kerajaan Malaysia telah menubuhkan FELDA, sebuah agensi separa kerajaan yang berfungsi untuk menjalankan dan melaksanakan projek pembangunan tanah serta pembangunan kawasan yang dimiliki oleh FELDA dan syarikatnya. Di samping itu, FELDA juga ditugaskan untuk menguruskan perkhidmatan ekonomi, sosial, pertanian, penempatan, perindustrian dan komersial serta aktiviti sampingan. FELDA juga merupakan badan yang ditugaskan untuk melaksana kegiatan yang dapat membantu memodenkan sektor pertanian di kawasan pentadbirannya terutama dalam kegiatan yang berkaitan dengan pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran hasil keluaran pertanian dan ternakan.

Sehingga kini, setelah lebih 50 tahun FELDA ditubuhkan, kumpulan FELDA mempunyai 80 syarikat yang aktif. Sebagai sebuah entiti bebas dan tidak bergantung kepada bantuan atau dana daripada kerajaan, apa sahaja pendapatan dan keuntungan yang dijana oleh Kumpulan FELDA akan dikongsi bersama para peneroka FELDA. Pendapatan atau keuntungan ini boleh diperoleh dalam bentuk pembangunan komuniti, infrastruktur, tanggungjawab sosial korporat, biasiswa, pendidikan, tanaman semula, bantuan kewangan dan sebagainya. Peneroka FELDA juga dapat menikmati pelbagai kemudahan pinjaman tanpa faedah seperti pinjaman perumahan. Tanah yang diteroka juga akan menjadi hak milik mereka sendiri. Selain itu, dengan penyenaraian FELDA Flobal Ventures FGV di bursa saham Malaysia, setiap peneroka juga berpeluang menerima saham dan keuntungan bagi setiap saham yang diperoleh. Perubahan-perubahan yang dilakukan FELDA semenjak beberapa tahun lalu adalah bagi memenuhi keperluan komuniti FELDA sendiri yang juga berubah mengikut peredaran semasa.

Beberapa statistik daripada pihak FELDA berkaitan dengan getah adalah seperti yang berikut:

  • Bagi tahun 2010, keluasan tanah bertanam getah untuk FELDA adalah seluas 65,932 hektar kedua terbesar selepas RISDA (587,225 hektar). Jumlah keseluruhan tanah bertanam getah untuk tahun 2010 pula adalah seluas 948,590 hektar, yang merangkumi tanah milik RISDA, FELDA dan FELCRA.

  • Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh FELDA bertarikh 21 Mac 2012, bilangan peneroka getah teramai adalah di Johor iaitu seramai 3,158 orang. Kedah pula mempunyai peneroka seramai 3,077 dan Pahang pula seramai 2,623 orang.

  • Mengikut statistik pengeluaran getah di bawah Rancangan FELDA bagi tahun 2009 pula menunjukkan negeri terbanyak mengeluarkan getah untuk tahun 2009 adalah Negeri Sembilan (19,454 tan metrik), diikuti Kedah (11,688 tan metrik) dan Johor (10,504 tan metrik).

  • Terdapat lima destinasi utama eksport produk getah negara ketika ini iaitu di China, Amerika Syarikat, Jerman, Jepun dan Brazil yang membentuk 58 peratus daripada jumlah eksport.

Penanaman Getah Di Malaysia

Pokok getah adalah sejenis tumbuhan tropika dan termasuk dalam tanaman jangka panjang atau tanaman saka. Jangka hayat untuk pokok getah mengeluarkan hasil adalah antara 30 hingga 40 tahun. Pokok getah akan meluruhkan daun setiap 1-2 tahun sekali dan digantikan dengan daun baru. Biji getah yang cukup matang akan meletup dan menggugurkan bijinya yang kemudian akan bercambah. Pokok getah bukan sahaja diusahakan untuk penghasilan susu getah sahaja tetapi kini batang getah merupakan komoditi penting di Malaysia bagi menghasilkan perabot kayu getah yang sangat cantik dan berharga.

Kini pokok getah telah banyak ditanam di negara-negara Asia Tenggara terutamanya di Malaysia dan Indonesia. Malaysia merupakan pengeluar getah yang utama di dunia selepas Indonesia dan Thailand. Perusahaan kereta menggunakan tayar getah asli telah menyebabkan permintaan getah asli dunia semakin meningkat. Pokok getah kini telah menjadi satu industri yang besar di negara-negara ini. 

Masalah Yang Dihadapi

Kebiasaannya FELDA akan melantik kontraktor untuk melakukan program penanaman semula di ladang-ladang getah milik FELDA. Malangnya, terdapat kes kegagalan kontraktor untuk melaksanakan tugas mereka, sehingga berlakunya kelewatan dalam proses tanam semula. Ada peneroka yang terpaksa menunggu sehingga lebih daripada enam tahun selepas anak benih getah ditanam untuk mula menoreh. Ini akan memberi impak daripada segi ekonomi kepada peneroka-peneroka ini. Memang seperti yang kita sedia maklum, sepanjang tempoh penanaman semula, peneroka akan diberikan elaun sara hidup RM1,200 oleh pihak FELDA. Namun, elaun sara hidup ini sebenarnya adalah hutang peneroka kepada FELDA dan perlu dibayar balik selepas getah-getah mereka sudah boleh mengeluarkan hasil. Bagi pihak pengurusan FELDA, untuk mengelakkan perkara ini daripada berulang FELDA telah mengenakan denda ke atas kontraktor yang lewat menyiapkan kerja mereka.

Boleh dikatakan harga getah di Malaysia ini ada naik turunnya. Sekitar akhir tahun 2010, harga getah pernah mencecah RM5.00 sehingga RM6.50 sekilo, tetapi kini jatuh pada harga RM0.90 sehingga RM1.00 sekilo. Di kala harganya naik mendadak, pernah ada pekebun kecil yang memperoleh pendapatan antara RM1,500 hingga RM2,000 sehektar sebulan. Di tanah FELDA sendiri, rata-rata pendapatan sebulan peneroka adalah lebih tinggi daripada guru lepasan ijazah. Ada juga antara peneroka ini yang memperoleh pendapatan mengatasi elaun asas seorang wakil rakyat! Ada guru yang sanggup pergi menoreh pada pukul 4 pagi sebelum memulakan tugas mengajar di sekolah. Semua ingin mengambil kesempatan ke atas kenaikan harga getah pada ketika itu untuk mendapat pendapatan yang lumayan. Fenomena kenaikan harga getah yang berlaku pada masa itu adalah kesan permintaan yang tinggi di pasaran antarabangsa dan pengeluaran yang rendah daripada negara pengeluar terbesar seperti Thailand dan Indonesia yang pada ketika itu mengalami krisis ekonomi dan politik. Di samping itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor kenaikan harga bahan bakar petroleum, kepesatan industri pembuatan tayar di China dan industri automotif di India.

Keluasan penanaman getah juga dilihat semakin mengecil, akibat kesan daripada beberapa faktor seperti petani lebih minat untuk menanam kelapa sawit, harga getah yang tidak menentu dan rendah terlalu lama, kekurangan penoreh getah, masa yang lama untuk menunggu pokok getah untuk ditoreh, tanah diubah syarat kepada tanaman lain dan paling kritikal adalah tawaran pembelian kayu getah yang aktif oleh kilang perabot.

Pendapatan negara melalui hasil eksport barangan getah juga dilihat mulai merosot sejak beberapa tahun kebelakangan ini ekoran penggunaan getah tiruan yang ternyata lebih murah berbanding getah asli.  Menyedari keadaan ini pelbagai cara dilakukan  untuk meningkatkan mutu dan kualiti getah.  Dalam waktu yang sama, satu usaha baru dibuat, iaitu mempelbagaikan barangan keluaran hasil pokok getah. 

Kesimpulan

Kini, walaupun harga getah tidak lagi mampu mencapai harga tertinggi yang pernah diperoleh dahulu, namun beberapa langkah baru bagi membantu memulihkan harga pasaran telah pun dipersetujui oleh pakatan negara pengeluar utama komoditi itu, iaitu Malaysia, Thailand dan Indonesia. Antaranya, penarikan balik 300,000 tan getah asli daripada pasaran dan mempercepatkan program penanaman semula seluas 100,000 hektar yang bakal menyebabkan pengurangan eksport sebanyak 150,000 tan. Selain itu faktor cuaca turut akan menyokong harga komoditi itu untuk melonjak pada paras yang tinggi. Jepun juga dilihat antara negara yang berminat untuk mengimport getah asli daripada negara pengeluar utama ini, sejajar dengan pemulihan beransur-ansur industri automotif di negara itu. Beberapa pengeluar kereta utama dunia seperti Nissan juga kini sedang dalam proses meningkatkan pengeluaran unit keretanya susulan pelancaran model barunya. Hal ini dilihat dapat meningkatkan permintaan terhadap getah asli, seterusnya menaikkan harga getah sedunia.

Getah sememangnya dilihat mempunyai potensi yang cukup besar. Penanaman getah diakui sebagai satu perusahaan jangka panjang yang boleh mendatangkan hasil yang berpanjangan. Namun bagaimanapun ia perlukan perancangan dan komitmen yang teliti daripada pelbagai pihak. Jika dahulu industri getah dianggap tidak penting lagi, namun hari ini semua menyedari dan bersetuju bahawa industri getah semakin penting dan boleh menjadi pemacu kepada aktiviti ekonomi negara.


No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger