Felda dan Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b> | Usahawan <b>...</b> |
- Felda dan Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b> | Usahawan <b>...</b>
- <b><b>cara</b></b> tanam pokok <b><b>getah</b></b>//risda//lgm - Meminati <b>...</b>
- Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b> - Tanah2Getah
- 31 Disember 2010 @ Proses <b>Menanam</b> Anak <b>Getah</b> - Azzat Nazuri
Felda dan Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b> | Usahawan <b>...</b> Posted: 10 May 2014 02:19 PM PDT Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu Faktor-Faktor perkembangan i) Usaha H. N. Ridley a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila". b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu. ii) Kemerosotan harga kopi. Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu. iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat. a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917. b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain. c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah. iv) Tenaga buruh yang murah a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar. v) Penyelidikan getah secara saintifik a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah. vi) Galakan daripada Kerajaan a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan. vii) Penglibatan pelabur Eropah a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu. Kesimpulan |
<b><b>cara</b></b> tanam pokok <b><b>getah</b></b>//risda//lgm - Meminati <b>...</b> Posted: 01 May 2014 07:35 PM PDT Cara Menanam Nangka Yang Baik dan Benar,Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang. KEPERLUAN ASAS TANAMAN Iklim Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika. Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC. Tanaman ini agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan. Tanaman nangka juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri. Faktor tanah Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai. VARIETI-VARIETI NANGKA Klon kultivar yang disyorkan:- J 29 J 31 J 32 J 33 MASTURA (Cj) Bagaimana MASTURA dihasilkan? Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan. Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg se, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak. Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan. Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA. Ciri-ciri MASTURA: Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti beriku lon nangka. PENYEDIAAN BENIH TANAMAN: PENANAMAN DI LADANG Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses ini boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada sekali sehari selama seminggu. Setelah itu anak benih bolehlah ditanam di ladang. Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari. tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat. Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap lubang. Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan. Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman. Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut. Padatkan tanah di keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap. Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam. Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak. Anak pokok nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok. SISTEM PENANAMAN Tanaman tunggal / selingan: Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour. Keutamaan sistem tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama. Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi. Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman pengisi. Kombinasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian. Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut. Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria. PEMANGKASAN: Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini. Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit. (sila lihat pangkasan pokok). Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam. Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer. Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama. Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga. PEMBAJAAN Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.; Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai. Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka Umur pokok (tahun) Kadar baja kimia (g/pokok/tahun) Baja Organik Nota: Urea Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal. Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu. Hasil gabungan keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg. PENGURUSAN AIR Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik. Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan. Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja. PENJARANGAN BUAH Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat. Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul. Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok. PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight) Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk. Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu. KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:- Pengorek Buah (Margaronia caesalis) - dari jenis kupu-kupu. Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp - sejenis kumbang Lalat buah (bactrocera spp). Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp) KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH NANGKA Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik. Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat). Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan sekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok. Indeks Kematangan Buah Nangka Indeks 1 Indeks 2 Indeks 3 Indeks 4 PENGENDALIAN LEPAS TUAI Pengangkutan buah ke pusat pengumpulan Penerimaan buah di tempat pengumpulan Memilih / mengasingkan buah Membasuh buah Mengeringkan buah Mengred buah Gred A: Gred B: Pembungkusan buah Penyimpanan / pengangkutan buah ke destinasi Memeram buah Proses Minima artikel lainnya : |
Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b> - Tanah2Getah Posted: 13 May 2014 07:12 PM PDT Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu Pengenalan Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu: Tahun Keluasan Tanah (ekar) 1897 345 1900 46000 1905 48000 1906 85000 1909 200000 1911 1000000 1914 1500000 1918 2500000 1940 3500000 Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah 1. Permintaan Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah. 2. Kejatuhan harga kopi Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah. 3. Tenaga buruh Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi. 4. Campur tangan British Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal. 5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini. 6. Sistem perhubungan Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura. 7. Sistem pengukuran tanah Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku. 8. Iklim dan tanah Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu. 9. Undang-undang Tanah Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal. 10. Peranan H.N. Ridley H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh. 11. Penyelidikan Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain. 12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 13. Dasar ekonomi bebas Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah. 14. Firma Eropah Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya. Sumbangan perusahaan getah 1. Ekonomi Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu. Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk. 2. Sosial a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan. b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan. c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat. Kesimpulan Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937. |
31 Disember 2010 @ Proses <b>Menanam</b> Anak <b>Getah</b> - Azzat Nazuri Posted: 04 Jan 2011 09:17 PM PST Selama ini, masyarakat kita samada sedar atau tidak mereka hanya tahu menggunakan dan bergantung kepada sesuatu yang berunsurkan getah tanpa mengetahui bagaimana ia dihasilkan. Sewaktu menghabiskan cuti tahun 2009 yang lalu, saya memanfaatkan masa yang terluang untuk mempelajari kaedah serta cara-cara menanam anak getah di Parit, Perak. Tanah seluas 4 ekar ini diwariskan kepada ayah saya dan 3 orang adik beradiknya yang lain setelah pemergian atuk. Dikatakan mereka telah pun mengusahakan tanah tersebut bersama atuk sejak kecil lagi dan kini proses penanaman semula dilakukan setelah usia pokok-pokok getah yang sebelumnya telah terlalu tua untuk proses penorehan. Pokok getah tua akan ditebang dan dicabut sehingga ke akarnya menggunakan beberapa buah jentera berat. Kayu yang telah dipotong akan dibakar sehingga tanah seluas 4 ekar itu menjadi seakan-akan padang jarak padang tekukur sebelum proses penanaman semula dilaksanakan. Langkah 1 Satu garisan lurus ditandakan (menggunakan tali) bagi memastikan pokok getah yang ditanam akan berada dalam kedudukan teratur bagi memudahkan proses untuk menoreh pada masa akan datang. Selain daripada itu, ianya memudahkan bagi menentukan jumlah pokok yang ada pada kawasan tersebut bagi tujuan tertentu serta membuat anggaran jarak yang sesuai diantara satu pokok dengan pokok yang lain. (Langkah 1) Langkah 2 Setelah garisan dikenalpasti, satu penanda lain (buluh) dipacakkan bagi mewakili kawasan yang perlu digali untuk meletakkan anak pokok tersebut. (Langkah 2) Langkah 3 Lubang yang digali perlulah mempunyai kedalaman yang sesuai bagi mempengaruhi proses tumbesaran pokok tersebut. (Langkah 3) Langkah 4 Baja akar akan ditabur ke dalam lubang tersebut dalam kadar tertentu bagi membekalkan segala keperluan untuk ketahanan anak pokok di sepanjang proses membesar. (Langkah 4) (Baja) Langkah 5 Bekas yang digunakan bagi menjadikan pasu sementara buat anak getah perlu dibuka secara berhati-hati bagi mengelakkan kerosakan pada bahagian akarnya. (Langkah 5) Langkah 6 Tanah dikambus semula dan ditandakan semula bagi mengelakkan daripada dipijak/dilanggar sewaktu proses senggaraan ladang pada masa akan datang. (Langkah 6) Setelah selesai, kawasan yang ditanam anak getah akan dijaga dan disenggara secara berterusan. Ini adalah kerana, anak getah amat sensitif kepada persekitaran dan bagi mengelakkan ianya dirosakkan oleh serangga dan haiwan liar serta diserang penyakit. Proses menjaga serta memantau keadaan anak pokok ini akan berterusan selama 7 ke 8 tahun hingga pokok getah tersebut betul-betul matang sebelum pokoknya ditoreh untuk mendapatkan getah yang berkualiti. Untuk makluman pembaca, harga getah mentah kini telah mencecah RM14 sekilo. Bayangkan harganya pada 10 tahun akan datang. |
You are subscribed to email updates from cara menanam getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment