LGM Memenangi Pingat Emas dan Perak pada ITEX 2014 |
LGM Memenangi Pingat Emas dan Perak pada ITEX 2014 Posted: 10 May 2014 10:00 AM PDT LGM Memenangi Pingat Emas dan Perak pada ITEX 2014ITEX telah berjaya menjadi platform kepada para pencipta inovasi untuk memperkenalkan dan mendapat pengiktirafan bagi hasil ciptaan masing-masing. ITEX 2014, anjuran MINDS (Malaysian Invention & Design Society) merupakan penganjuran tahun ke 25 di mana pertandingan yang mengetengahkan hasil inovasi dari para peserta-peserta tempatan dan juga antarabangsa. ITEX tahun ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 1000 ciptaan daripada lebih 20 buah negara termasuk dari Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Jepun telah mendaftar untuk pertandingan yang berprestij ini. Lembaga Getah Malaysia (LGM) turut mengambil bahagian dalam acara tahunan ini dengan menghantar 2 hasil ciptaan dan inovasi ke ITEX 2014. Kedua-dua penyertaan LGM telah berjaya memenangi satu pingat emas menerusi En Wong Hon Fei, Dr Nazirah Ahmad dan Dr Yong Kok Chong melalui ciptaan A Sample Testing Apparatus With A Cooling Device dimana ciptaan ini adalah berkaitan dengan ujian alat sampel yang terdiri daripada ruang ujian yang disambungkan kepada peranti penyejukan bagi membuktikan termo-mekanik getah asli dan penghabluran getah asli. Antara kelebihan inovasi ini adalah ia menggunakan ruang penyejukan yang menjimatkan tenaga, ekonomi dan reka bentuk mudah alih. Manakala pingat perak dimenangi oleh Dr Yong Kok Chong & Asrul Mustafa melalui inovasi Rubberwood Fibre Based 'Green' Composite for Body Armour Application. Inovasi ini merupalan kaedah untuk meningkatkan rintangan penembusan daripada tikaman objek atau senjata tajam seperti pisau. Antara kelebihannya, ianya fleksibel, ringan, kekuatan fizikal yang baik serta dapat mengurangankan kos dengan menggunakan gentian kayu getah asli. Pemenang telah dinilai berdasarkan kekuatan ciptaan mereka dalam lima bidang utama iaitu sesuatu yang baharu dan berdaya cipta, kegunaan dan aplikasi, pembentangan dan demonstrasi, potensi pasaran dan mesra alam sekitar. Kami mengucapkan tahniah kepada para penyelidik atas sumbangan mereka dan diharapkan inovasi dan ciptaan yang dihasilkan dapat memberi impak yang positif kepada industri getah dan masyarakat amnya. LGM Memenangi Pingat Emas dan Perak pada ITEX 2014ITEX telah berjaya menjadi platform kepada para pencipta inovasi untuk memperkenalkan dan mendapat pengiktirafan bagi hasil ciptaan masing-masing. ITEX 2014, anjuran MINDS (Malaysian Invention & Design Society) merupakan penganjuran tahun ke 25 di mana pertandingan yang mengetengahkan hasil inovasi dari para peserta-peserta tempatan dan juga antarabangsa. ITEX tahun ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dengan 1000 ciptaan daripada lebih 20 buah negara termasuk dari Amerika Syarikat, Malaysia, China dan Jepun telah mendaftar untuk pertandingan yang berprestij ini. Lembaga Getah Malaysia (LGM) turut mengambil bahagian dalam acara tahunan ini dengan menghantar 2 hasil ciptaan dan inovasi ke ITEX 2014. Kedua-dua penyertaan LGM telah berjaya memenangi satu pingat emas menerusi En Wong Hon Fei, Dr Nazirah Ahmad dan Dr Yong Kok Chong melalui ciptaan A Sample Testing Apparatus With A Cooling Device dimana ciptaan ini adalah berkaitan dengan ujian alat sampel yang terdiri daripada ruang ujian yang disambungkan kepada peranti penyejukan bagi membuktikan termo-mekanik getah asli dan penghabluran getah asli. Antara kelebihan inovasi ini adalah ia menggunakan ruang penyejukan yang menjimatkan tenaga, ekonomi dan reka bentuk mudah alih. Manakala pingat perak dimenangi oleh Dr Yong Kok Chong & Asrul Mustafa melalui inovasi Rubberwood Fibre Based 'Green' Composite for Body Armour Application. Inovasi ini merupalan kaedah untuk meningkatkan rintangan penembusan daripada tikaman objek atau senjata tajam seperti pisau. Antara kelebihannya, ianya fleksibel, ringan, kekuatan fizikal yang baik serta dapat mengurangankan kos dengan menggunakan gentian kayu getah asli. Pemenang telah dinilai berdasarkan kekuatan ciptaan mereka dalam lima bidang utama iaitu sesuatu yang baharu dan berdaya cipta, kegunaan dan aplikasi, pembentangan dan demonstrasi, potensi pasaran dan mesra alam sekitar. Kami mengucapkan tahniah kepada para penyelidik atas sumbangan mereka dan diharapkan inovasi dan ciptaan yang dihasilkan dapat memberi impak yang positif kepada industri getah dan masyarakat amnya. |
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment