Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Saturday 10 May 2014

Lawatan Pelajar UTeM ke LGM

No comments:
 

Lawatan Pelajar UTeM ke LGM


Lawatan Pelajar UTeM ke LGM

Posted: 05 May 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan Pelajar UTeM ke LGM

Lawatan Pelajar UTeM ke LGM

Pada 5 Mei 2014, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima lawatan daripada pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal. Semasa lawatan tersebut, para pelajar telah diiringi oleh pensyarah pengajian iaitu Dr Rafidah Hasan dan Puan Anita Akmar Kamarolzaman. Objektif lawatan ini adalah untuk menyediakan maklumat mengenai penyelidikan yang dijalankan oleh LGM dan gambaran yang jelas mengenai industri getah negara. Para pelajar telah diberi peluang untuk melawat Unit Pencirian Bahan (UPB) dan Pusat Pameran Produk Getah Antarabangsa (IRPEC).

Semasa di UPB, para pelajar telah diperkenalkan kepada peralatan seperti Nuclear Magnetic Resonance, Scanning Electron Microscope, Atomic Force Microscope dan Differential Scanning Calorimeter yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan di dalam LGM. Selain itu juga, para pelajar turut dibawa melawat ke IRPEC dan diperkenalkan kepada produk yang dihasilkan daripada getah di dalam sektor automotif, maritim, kejuruteraan dan penerbangan dan galas seismik yang telah digunakan di Jambatan Pulau Pinang Kedua.

Lawatan Dari Pelajar-Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Lawatan Dari Pelajar-Pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger