Pages

• Twitter
• Facebook
• Google+
• RSS Feed

Tuesday, 20 May 2014

Tinjau Peluang Tanaman Getah Di <b ...

1 comment:

Tinjau Peluang Tanaman Getah Di <b ...

Tinjau Peluang Tanaman Getah Di <b ...

Posted: 07 May 2014 02:07 PM PDT

BERA – Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini.

Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak
kemarau melanda pendapatannya hanya antara RM18 hingga RM25 sehari.

"Apabila cuaca terlalu panas, pokok getah tidak banyak mengeluarkan susu menyebabkan pendapatan kami juga berkurangan.

Tambah memeritkan apabila harga komoditi itu kini juga merosot menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian," katanya.

Jika hendak bercucuk tanam untuk mendapatkan pendapatan sampingan pun, tanah semuanya kering kontang menyebabkan tanaman bantut ataupun mati, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu Yusnaidi Harun, 45, dari Kampung Guntong Kerdau, Temerloh berkata dia kini terpaksa berjimat cermat dan membeli hanya barangan keperluan penting sahaja untuk kegunaan keluarganya.

"Pokok getah semuanya kering dengan daun getah menjadi merah dan luruh. Ia juga kurang mengeluarkan hasil dan hanya boleh ditoreh dua hari sekali sahaja kerana jika ditoreh sekali sehari menyebabkan pokok itu cepat mati," katanya.

Mohamed Jali, 43, dari Kampung Tanah Nyior, Jerantut pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja memukat ikan di Sungai Pahang atau paya sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menyara 10 anak.

"Lapan anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan antara RM20 hingga RM35 sehari termasuk belanja dapur. Jika tiada pendapatan pasti kami akan berpuasa kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja, manakala untuk bergantung kepada kerja menoreh sepenuhnya pada masa kemarau sekarang tidak akan mencukupi," katanya.

Mohamed bagaimanapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana
sentiasa peka dan prihatin membela rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan bebanan pekebun kecil sepertinya.

"Rakyat bersyukur dan teruja dengan bantuan kerajaan BN itu yang membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan kita berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan rakyat miskin seperti kami," katanya. – BERNAMA

Musim Kemarau Jejas Pendapatan Pekebun Getahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Getah-1024x762.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Getah-150x150.jpg22 February 2014 MyNewsHub Terkini,

BERA - Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini. Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi...

BERA - Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini.

Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak kemarau melanda pendapatannya hanya antara RM18 hingga RM25 sehari.

"Apabila cuaca terlalu panas, pokok getah tidak banyak mengeluarkan susu menyebabkan pendapatan kami juga berkurangan.

Tambah memeritkan apabila harga komoditi itu kini juga merosot menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian," katanya.

Jika hendak bercucuk tanam untuk mendapatkan pendapatan sampingan pun, tanah semuanya kering kontang menyebabkan tanaman bantut ataupun mati, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu Yusnaidi Harun, 45, dari Kampung Guntong Kerdau, Temerloh berkata dia kini terpaksa berjimat cermat dan membeli hanya barangan keperluan penting sahaja untuk kegunaan keluarganya.

"Pokok getah semuanya kering dengan daun getah menjadi merah dan luruh. Ia juga kurang mengeluarkan hasil dan hanya boleh ditoreh dua hari sekali sahaja kerana jika ditoreh sekali sehari menyebabkan pokok itu cepat mati," katanya.

Mohamed Jali, 43, dari Kampung Tanah Nyior, Jerantut pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja memukat ikan di Sungai Pahang atau paya sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menyara 10 anak.

"Lapan anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan antara RM20 hingga RM35 sehari termasuk belanja dapur. Jika tiada pendapatan pasti kami akan berpuasa kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja, manakala untuk bergantung kepada kerja menoreh sepenuhnya pada masa kemarau sekarang tidak akan mencukupi," katanya.

Mohamed bagaimanapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa peka dan prihatin membela rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan bebanan pekebun kecil sepertinya.

"Rakyat bersyukur dan teruja dengan bantuan kerajaan BN itu yang membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan kita berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan rakyat miskin seperti kami," katanya. - BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Felda dan Penanaman Getah | Usahawan ...

Posted: 10 May 2014 02:19 PM PDT

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya

Anim Agro Technology: GETAH - KLON 1 MALAYSIA?

Posted: 13 May 2014 09:21 AM PDT

GETAH (Hevea brazilliensis) merupakan satu jenis tanaman industri yang penting bagi Malaysia semenjak beratus tahun dahulu. Pada masa ini terdapat seluas 1,238 juta hektar tanaman getah pada tahun 2011 di Malaysia yang mana ia menghasilkan 918 juta metrik tan melibatkan seramai 10,580 orang pekebun kecil dan 168 buah estet. Nilai ekspot getah adalah sebanyak RM 2.828 billion sebanyak Saya dari keluarga yang mempunyai bapa yang menyara hidup keluarga dengan menoreh getah di Muar, Johor dimana kini pokok getah tersebut masih ada walau pun sebahagian besar tanah pusaka ditanam dengan kelapa sawit. Industri getah telah lama bertapak di negara dimana tahun ini saya dapat makluman yang merupakan permulaan program penanaman semula dan penanaman baru getah di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara NKEA Getah. Menerusi program tersebut, kerajaan telah mensasarkan penanaman semula 40,000 hektar pokok getah tua setahun secara berterusan manakala penanaman baru sebanyak 30,000 hektar setahun untuk selama lima tahun. NKEA menyasarkan kawasan getah seluas kira-kira 1.2 juta hektar dan Hasil Purata Kebangsaan sebanyak 2,000kg/ hektar /tahun menjelang tahun 2020. Jika sasaran tersebut dicapai, Malaysia dijangka dapat menghasilkan dua juta tan lateks menjelang 2020 dan mencukupi bagi menyokong aktiviti-aktiviti hiliran industri getah. Dengan pengeluaran lateks dan penglibatan dalam industri hiliran, industri getah dijangka menyumbang RM52.9 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) pada tahun 2020. Artikel subuh ini saya menulis dalam "Anim Agro Technology" mengenai beberapa klon getah yang dikaitkan degan Klon Getah 1 Malaysia berdasarkan kepada laporan akbar, pemerhatian dan bacaan penulis sendiri dalam industri tanaman getah negara.

Tiga agensi yang telah dilantik untuk melaksanakan program-program penanaman semula dan penanaman baru ialah RISDA di Semenanjung Malaysia, Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) dan RISDA di Sabah dan Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) dan RISDA di Sarawak. Pekebun kecil yang berminat untuk menjalankan penanaman semula atau penanaman baru getah dinasihatkan untuk melawat laman web ketiga-tiga agensi ini untuk maklumat lanjut atau menghubungi pegawai yang berkenaan. Isu yang timbul apabila kita membincangkan mengenai penanaman semula atau tanaman baru getah adalah bahan tanaman. Peranan agensi pembangunan getah ini amat signifikan didalam menentukan industri tanaman getah di Malaysia akan terus berkembang mju bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil dan mampu bersaing di peringkat antara bangsa. Negara jiran seperti Indonesia dan Thailand kini telah mempunyai pengeluaran tanaman getah lebih banyak daripada Malaysia yang kini menerajui industri ini sama industri ini.

Apa itu klon 1Malaysia? Ini merupakan satu 'gimik' didalam mempromosikan identiti beberapa klon getah untuk rakyat Malaysia. Saya kali pertama mendengar perkataan ini ketika mendengar siaran berita di Radio RTM beberapa lama dahulu. Klon RRIM 3001 yang juga dikenali sebagai klon 1Malaysia telah dihasilkan oleh LGM pada tahun 1976 melalui pendebungaan tangan antara klon IAN 873 sebagai induk betina dan klon PB 235 sebagai induk jantan (Lihat Foto Benih RRIM 3001 disebelah). Salah satu daripada benih yang dihasilkan melalui pendebungaan ini didapati memberikan hasil lateks yang tinggi. Benih ini dinamakan KT39/35. KT adalah singkatan untuk Kota Tinggi di Johor yang mana prestasi anak benih telah dikaji melalui penyelidikan yang teliti. Apabila prestasi hasil benih didapati tinggi dan berpotensi sebagai klon lateks balak, ujian lanjut dijalankan melalui percubaan klon skala kecil. Ia kemudiannya diuji dalam ujian klon berskala besar di pelbagai lokasi untuk memastikan klon ini stabil dari segi hasil dan fleksibel untuk menyesuaikan diri apabila terdedah kepada persekitaran yang pelbagai.

Keputusan purata hasil di atas adalah berdasarkan percubaan klon secara besar-besaran yang dijalankan di Stesyen LGM Kota Tinggi, Johor. Klon berkenaan tidak menunjukkan prestasi yang baik apabila ditanam di kawasan berbukit atau tanah laterit mengikut pemerhatian LGM. Klon dihasilkan melalui cantuman tunas daripada pokok RRIM 3001 ke pokok penanti yang diperoleh daripada biji getah. Biji getah dari RRIM 600 tidak sesuai digunakan sebagai pokok penanti kerana hasil tanaman berkemungkinan tinggi untuk mendapat penyakit kuning. Biji getah yang dipilih untuk pengeluaran pokok penanti adalah dari klon GT1, PB 5/ 51, RRIM 623 atau dari pokok getah klon lateks balak dari siri RRIM 2000 atau RRIM 900 yang ditanam sebagai poliklon (dua klon atau lebih ditanam dalam blok tertentu di dalam satu kawasan). Ia juga mungkin monoklon (hanya satu klon yang ditanam di dalam blok tertentu di dalam satu kawasan). Sehingga kini, LGM belum mengesahkan lagi sama ada biji getah dari RRIM 3001 sesuai untuk digunakan sebagai pokok penanti. Jika benih dari RRIM 3001 dibenarkan tumbuh, adakah pokok-pokok ini akan menjadi RRIM 3001? Jawapannya TIDAK. Ini adalah kerana biji getah dari RRIM 3001 mempunyai rangka genetik yang berbeza berbanding pokok induk RRIM 3001 dan ini akan membuatnya berbeza di antara satu sama lain.

Ia juga bermakna bahawa semua ciri-ciri yang dikehendaki dari pokok asal RRIM 3001 tidak akan didapati di semua biji getah yang dihasilkan oleh pokok RRIM 3001 ini. Analogi ini adalah sama seperti perbezaan di antara adik-beradik daripada ibu bapa yang sama. Dengan itu, biji getah dari pokok-pokok getah RRIM 3001 bukan klon RRIM 3001. Selalunya penggunaan biji sebagai bahan tanaman akan membawa kepada masalah ketidaksamaan seperti tinggi pokok, hasil dan bentuk batang yang berbeza. Ini bermakna pokok-pokok tidak akan seragam dan berkemungkinan menghasilkan lateks yang rendah berbanding pokok induk. Cara yang betul untuk menghasilkan klon RRIM 3001 adalah dengan mengguna biji getah dari GT1, PB 5 / 51 dan RRIM 623, tanam hingga menjadi pokok penanti dan guna mata tunas dari klon RRIM 3001 yang sah.  Selepas 21 hari lazimnya pokok penanti dicantas pada kira-kira lima sentimeter dari penghujung tunas. Ini akan mencetuskan pertumbuhan tunas RRIM 3001 dari mata tunas yang telah dicantum tadi. LGM mengesyorkan bahawa scion (anak pokok dari mata tunas) digalakkan tumbuh sehingga dua pusaran daun keras sebelum ia ditanam di lapangan. Disyorkan juga pokok penanti, scion dan tanaman dua pusaran tadi ditanam dalam polibeg bersaiz 44 sm x 39 sm (17 inci x 15 inci). Begirulah laporan yang saya dapat kutip daripada beberapa sumber untuk dijadikan rujukkan oleh pembaca blog ini mengenai Klon Getah 1 Malaysia agar kita menjadi insan berinformasi. Wasallam!.

KLON GETAH... NAMA KLON 1 MALAYSIA...

RRIM 3001... ITU KOD KLON SEBENARNYA...

SESUAI DITANAM... LATEK, BALAK JUGA...

DIGALAKAN TANAM.... SEMUA PESERTA...

By,

M Anem

Senior Agronomist,

Lawatan ke Stesyen LGM Kota Tinggi,

Jalan Kota Tinggi-Mersing,

Kota Tinggi, Johor,

Malaysia.

(22 Ramadan 1434H)

Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah  - Tanah2Getah

Posted: 13 May 2014 07:12 PM PDT

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

1 comment:

1. Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut

ReplyDelete

© 2014. Design by Blogger