Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday 6 May 2014

Perhimpunan bersama YBhg Datuk Ketua Pengarah 2014

No comments:
 
Posted: 18 Apr 2014 03:00 AM PDT

Berita - Perhimpunan bersama YBhg Datuk Ketua Pengarah 2014

Perhimpunan bersama YBhg Datuk Ketua Pengarah 2014

Program Perhimpunan Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama warga Lembaga Getah Malaysia telah diadakan di Stesen Penyelidikan Sungai Buloh (18 Mac 2014), Bangunan Getah Asli (4 April 2014), dan 260 Jalan Ampang (18 April 2014). Majlis dirasmikan oleh YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM. Objektif utama perhimpunan ini adalah sebagai platform untuk Ketua Pengarah menyampaikan maklumat terkini dan hala tuju LGM disamping memberi ruang kepada warga LGM untuk mengajukan persoalan dan berkongsi pendapat bagi memantapkan industri getah negara.

Antara perkara yang dibentangkan oleh YBhg Datuk Ketua Pengarah ialah penambahbaikan skim-skim perkhidmatan di dalam LGM yang melibatkan penambahbaikan dan peningkatan penetapan gaji minimum dan maksimum daripada 6% sehingga hampir 100%. Antara penambahbaikan skim yang terlibat ialah pertukaran Skim Gred J 17 ke JA 29 dan pertukaran Skim Gred R kepada Skim Gred H. Selain itu, YBhg Datuk Ketua Pengarah juga memaklumkan penambahan dua bahagaian iaitu Centre of Excellence (COE) dan Bahagian Kualiti dan Perkhidmatan Teknikal (BKPT) yang diketuai Dr. Amir Hashim Bin Md Yatim dan Dr. Faridah Hanim Binti Ab Manan.

Selain daripada itu, YBhg Datuk Ketua Pengarah juga menyentuh mengenai kewajipan warga LGM untuk menghadiri kursus dan latihan sekurang-kurangnya 7 hari setahun. Perkara Ini adalah penting untuk meningkatkan tahap kualiti sebagai warga LGM dalam menyumbang idea dalam memacu kecermerlangan industri getah negara.

Disamping itu, YBhg Ketua Pengarah membentangkan juga inisiatif baru daripada Unit Pengurusan Sumber Manusia (UPSM) di dalam meningkatkan motivasi warga LGM, seperti mengadakan bulan menyemak buku rekod perkhidmatan serta fail peribadi dan memperkenalkan kad kesihatan kepada warga LGM dan ahli keluarga yang dijangka dipraktikkan mulai bulan Jun 2014. UPSM juga merancang untuk mewujudkan program Gaya Hidup Sihat kepada warga LGM di BGA dengan menyediakan jurulatih senamrobik yang bertauliah.

Ketua Pengarah LGM turut menyentuh mengenai Pekeliling Perbendaharaan Bil 2/2014 mengenai 'Garis Panduan Perbelanjaan Secara Berhemat Bagi Mengurangkan Perbelanjaan Awam.' Beliau menyatakan bahawa semua warga LGM hendaklah melaksanakan pekeliling tersebut dan membantu Kerajaan dalam mengurangkan perbelanjaan bagi mencapai objektif tersebut. Selain itu, beliau juga menyentuh tentang Majlis Amanat KSN 2014 berkaitan dengan Dasar Transformasi Negara dan Merakyatkan Perkhidmatan Awam yang diilhamkan oleh Perdana Menteri bagi meningkatkan penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. Merakyatkan Perkhidmatan Awam didukung oleh enam prinsip utama iaitu Keterbukaan, Turun Padang, Musyawarah, Insaniah, Kekitaan dan Kerjasama antara Kerajaan, rakyat dan stakeholders.

YBhg Datuk Ketua Pengarah memaklumkan pada Bulan Ogos 2014, Sukan MPIC akan diadakan. Semua warga LGM yang terlibat dengan acara sukan tersebut hendaklah membuat persediaan awal dengan membuat latihan yang berterusan bagi memastikan LGM mencapai kecermerlangan dalam penyertaan sukan dwi tahunan tersebut. YBhg Datuk Ketua Pengarah turut menyentuh tentang trend harga getah masa kini yang mengalami kejatuhan harga yang berterusan dan memaklumkan mereka yang terlibat telah mengambil tindakan pantas dalam mengendalikan piket menuntut LGM meningkatkan harga getah yang diadakan di BGA. Dalam hal ini, pihak kerajaan melalui Lembaga Getah Malaysia sedang berusaha untuk menangani isu kejatuhan harga dengan negara-negara pengeluar utama dunia seperti Indonesia dan Thailand melalui International Tripartite Rubber Consortium. Seperti yang kita sedia maklum, negara-negara pengeluar dunia juga menghadapi isu kejatuhan harga getah ini. Hal ini disebabkan oleh permintaan rendah di pasaran dunia melebihi pengeluaran. Malaysia adalah negara pengeluar keenam memerlukan kerjasama negara pengeluar getah terbesar untuk mengatasi masalah ini. Kerajaan melalui agensi-agensi yang terlibat sedang berusaha untuk membantu pekebun kecil bagi mencari alternatif lain supaya pendapatan pekebun kecil tidak terjejas.

Semasa majlis perhimpunan di 260 Jalan Ampang, satu Majlis Penghargaan telah diberikan kepada anggota-anggota dan Pegawai LGM yang terlibat dalam operasi memadam kebakaran Ladang Germplasm di Sungai Buloh pada 25 Februari yang lalu.

Majlis Perhimpunan diakhiri dengan sesi dialog antara YBhg Ketua Pengarah LGM bersama dengan warga LGM. Di dalam sesi dialog tersebut, antara isu yang dibincangkan ialah mengenai peluang kenaikan pangkat bagi Skim Gred J ke FT, imbuhan yang telah diberikan kepada Pegawai-Pegawai Pengurusan dan Professional yang telah dinaikkan pangkat pada bulan November 2013 dan Pekeliling Kenaikan Pangkat yang diselia oleh Unit Pengurusan Sumber Manusia.

Secara keserluruhanya, perhimpunan ini telah dihadiri oleh semua warga LGM serta terdapat komunikasi dua hala antara YBhg Datuk Ketua Pengarah dan warga LGM. Sifat keterbukaan YBhg Datuk Ketua Pengarah membuatkan seluruh warga LGM berasa selesa untuk menyampaikan idea dan cadangan dalam memastikan LGM terus memacu pembangunan industri getah negara.

Perhimpunan YBhg Ketua Pengarah bersama warga LGM

'Selfie' YBhg Ketua Pengarah bersama warga LGM

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger