Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Wednesday, 25 February 2015

Fokus tanaman getah berkelompok bantu ekonomi penduduk luar ...

No comments:
 

Fokus <b>tanaman getah</b> berkelompok bantu ekonomi penduduk luar <b>...</b>


Fokus <b>tanaman getah</b> berkelompok bantu ekonomi penduduk luar <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2014 08:18 AM PST

LUBOK ANTU: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis menasihat rakyat pedalaman Ulu Engkari supaya memberi tumpuan dengan tanaman getah secara berkelompok untuk mempertingkat taraf ekonomi masing-masing.

Menurutnya, rakyat tinggal di Ulu Engkari boleh berkecimpung dalam bidang penanaman getah secara berkelompok kerana keadaan tanah di kawasan penempatan mereka berbukit.

Beliau menjelaskan, ini merupakan salah satu peluang baik bagi penduduk luar bandar mempertingkat pendapatan  keluarga masing-masing.

"Usahakan tanaman getah secara berkelompok bagi  membantu penduduk luar bandar memajukan ekonomi dari semasa ke semasa," katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Pemimpin di Rumah Kaunselor Weslley Bakak, Stamang, Ulu Engkari, Lubok Antu , semalam..

Dalam majlis itu Harden mengumum peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM9,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nanga Stamang dengan RM3,000 lagi kepada  biro wanita rumah panjang itu.

Harden turut menasihat ketua kaum supaya rajin menghadir diri dalam setiap majlis rasmi di kawasan penempatan masing-masing.

Ini penting bagi membolehkan mereka bertukar-tukar pandangan dengan ketua kaum lain sebelum ia boleh dikongsi bersama anak buah masing-masing, ujarnya.

"Saya menasihatkan ketua kaum di sini supaya menyebar dasar pembangunan kerajaan agar penduduk dapat memajukan hidup masing-masing," kata beliau.

Turut hadir pada majlis itu Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman Cassiddy Moris dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Print Friendly

Info Anda: <b>Cara</b> Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2014 01:56 PM PST

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya


Pohon Kemenyan Penghasil <b>Getah</b> Kemenyan Asli Indonesia <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2015 03:26 PM PST

Pohon kemenyan adalah pohon penghasil getah kemenyan. Pohon kemenyan merupakan salah satu pohon asli Indonesia. Tumbuhan ini tersebar alami di pulau Sumatera, Jawa, dan Kalimantan. Resin (getah kemenyan) yang dihasilkan dari tanaman ini telah diperdagangkan sejak 5.000 tahun silam. Bersama dengan barus, kemenyan telah menjadi komoditi andalan nusantara sejak beratus tahun silam.

Getah kemenyan yang diperdagangkan untuk kebutuhan mistik, medis, hingga kosmetik ini dihasilkan oleh tanaman dari famili Styracaceae genus Styrax. Terdapat beberapa tanaman dari genus Styrax yang menghasilkan getah kemenyan. Namun yang paling dikenal diantaranya adalah Styrax benzoin Dryand, Styrax paralleloneurum Perkins, dan Styrax tonkinensis (Pierre) Craib ex Hartwich.

Di Indonesia biasanya disebut sebagai Kemenyan Durame (Styrax Benzoine), Kemenyan Bulu (Styrax Benzoine var. hiliferum), Kemenyan Toba (Styrax paralleloneurum), dan Kemenyan Siam (Styrax Tokinensis). Styrax benzoin memiliki beberapa nama sinonim seperti Benzoin officinale Hayne; Benzoina vera Rafin.; Cyrta dealbata Miers; Lithocarpus benzoin Royle; Plagiospermum benzoin Pierre; Styrax benjuifer Stokes; dan Styrax dealbata Gürke, dengan subspesies Styrax Benzoine var. hiliferum.

Kemenyan Toba (Styrax paralleloneurum) bersinonim dengan Styrax sumatranus J.J.Smith. Sedangkan Kemenyan Siam (Styrax Tokinensis) bersinonim dengan Anthostyrax tonkinensis Pierre; Styrax hypoglaucus Perkins; Styrax macrothyrsus Perkins; dan Styrax subniveus Merr. & Chun. Jenis-jenis kemenyan ini selain dikenal sebagai Kemenyan Durame, Kemenyan Bulu, Kemenyan Toba, juga dikenal sebagai Kemenyan Jawa dan Kemenyan Sumatera.

Batang dan Getah Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Batang dan Getah Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Jenis Kemenyan Durame merupakan tumbuhan asli Indonesia yang tumbuh di Jawa, Sumatera, dan Bangka Belitung, Pun tersebar di Malaysia, Vietnam, Laos, dan Thailand. Kemenyan Bulu dan Kemenyan Toba tumbuh di Sumatera dan Malaysia.

Pohon Kemenyan tumbuh cukup besar. Tingginya bisa mencapai 24-40 meter. Diameter batangnya mampu mencapai 60-100 cm. Batangnya lurus dan hanya memiliki sedikit percabangan. Kulit pohon beralur namun tidak dalam dengan warna kulit merah anggur. Sedangkan kayu gupal Kemenyan berwarna putih.

Daun Kemenyan tunggal dan tersusun spiral. Daun berbentuk oval membulat hingga memanjang, berukuran panjang 4-15 cm dengan lebar 5-7,5 cm. Permukaan bawah daun berwarna putih sampai abu-abu, agak mengkilap. Warna daun jenis Kemenyan Toba lebih gelap kecoklatan dan lebih tebal dibandingkan jenis Kemenyan Durame.

Bunga majemuk, berbentuk tandan (malai), bertangkai panjang, memiliki 9-12 helai daun mahkota bunga. Bunga muncul pada ujung atau ketiak daun. Bunga Berbunga sekali dalam tahun, antara bulan November hingga Januari. Buahnya gepeng lonjong berukuran 2,5-3 cm dengan berwarna coklat keputihan.

Daun dan Bunga Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Daun dan Bunga Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Manfaat tanaman Kemenyan yang telah dikenal sejak rbuan tahun silam adalah resin atau getahnya. Getah Kemenyan ini telah digunakan sebagai bahan obat sejak abad ke-14. Getah ini mengandung asam sinamat, asam benzoate, styrol, styracin, vanillin, coniferil sinamat, coniferil benzoate dan suatu resin yang mengandung benzoresinol dan sumaresinotannol.

Resin atau getah Kemenyan digunakan juga sebagai perlengkapan ritual-ritual tradisional, yakni sebagai dupa, sesajen, dan campuran rokok. Kemenyan juga dimanfaatkan sebagai aroma parfum, aroma terapi, bahan pengawet, dan bahan campuran kosmetik.

Selain dihasilkan oleh getah pohon dari genus Styrax, kemenyan juga menjadi sebutan bagi getah sejenis yang dihasilkan oleh pohon dari famili Burseraceae, utamanya anggota genus Boswellia. Kemenyan jenis ini biasanya disebut Kemenyan Arab.

Klasifikasi Ilmiah Kemenyan: Kerajaan: Plantae. Filum: Tracheophyta. Kelas:  Magnoliopsida. Ordo: Ericales. Famili: Styracaceae. Genus: Styrax.

  Referensi dan gambar :  www.catalogueoflife.org/col/browse/tree/id/21981184  id.wikipedia.org/wiki/Kemenyan  Balai Penelitian Kehutanan Aek Nauli. 2013. Buku Kecil Kemenyan. Aek Nauli: Balai Penelitian Kehutanan Aek Nauli Kementerian Kehutanan  Gambar :  

Baca artikel tentang tumbuhan Indonesia lainnya :

PENANAMAN <b>GETAH</b> DI SABAH ~ AgroCommunity

Posted: 10 Dec 2014 06:30 AM PST

27,607 pekebun kecil di Sabah giat usahakan tanaman getah


Terdapat seramai 27,607 pekebun kecil getah di Sabah dengan jumlah keluasan tanah getah sebanyak 77,737.69 hektar. Menurut kenyataan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh daripada jumlah itu, Tenom, termasuk Kemabong mendahului daerah lain di negeri ini dari segi jumlah keluasan tanah getah iaitu 9,793 hektar tanah dan terdapat 2,149 pekebun kecil getah dalam tempoh berkenaan. Daripada Januari 2012 sehingga Ogos 2014, kerajaan negeri melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah memperuntukkan sebanyak RM8.14 juta untuk melaksanakan Projek Tanam Baru Getah Berkelompok seluas 581.9 hektar tanah getah yang membabitkan 192 orang pekebun kecil getah di daerah ini. Dalam tempoh itu juga, kerajaan negeri memperuntukkan RM15.587 juta untuk melaksanakan Projek Tanam Semula Getah Berkelompok seluas 1,113.39 hektar tanah getah yang membabitkan 210 pekebun kecil getah dari sekitar daerah itu. Pada tahun 2015, kerajaan negeri melalui LIGS memperuntukkan RM2.8 juta untuk melaksanakan Projek Tanam Baru Getah Berkelompok  seluas 200 hektar tanah getah yang akan membabitkan 70 pekebun kecil getah dari sekitar Teno, serta RM4.2 juta bagi pelaksanaan Projek Tanam Semula Getah Berkelompok seluas 300 hektar di S.P.G Lagud Sebrang Tenom dan S.P.G Kuala Tomani Kemabong. Untuk tempoh lima tahun, kos pembangunan untuk satu hektar tanah getah itu oleh kerajaan ialah RM14,000 yang meliputi kerja-kerja pembersihan tanah dan membuat teres, penanaman, pembajaan serta penjagaan pokok-pokok getah tersebut. 

Apabila pokok-pokok getah itu matang, kerajaan akan menyerahkan semula tanah getah itu kepada para pekebun kecil getah berkenaan untuk diusahakan oleh mereka. Semua usaha berkenaan untuk menggalakkan rakyat luar bandar membangunkan tanah-tanah mereka seperti penanaman getah secara berkelompok yang dapat menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Pada ketika ini, purata pendapatan bersih sebulan para pekebun kecil getah di daerah Tenom termasuklah Kemabong ialah di antara RM900 sehingga RM1,200. Purata pendapatan bersih sebulan itu membuktikan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar di negeri ini berada di landasan yang betul. Kursus sedemikian dapat meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran menoreh pokok getah di kalangan para pekebun kecil getah berkenaan. 

Kerajaan menggesa pekebun-pekebun kecil getah supaya sentiasa menjaga kualiti susu getah tersebut agar getah kepingan yang telah diproses oleh mereka itu mempunyai gred getah yang baik serta mendapat harga yang baik di pasaran. Walaupun harga getah pada ketika ini adalah rendah, kerajaan menggalakkan rakyat khususnya di luar bandar yang memiliki tanah-tanah terbiar untuk menanam pokok getah bagi memenuhi permintaan pasaran. Bagi mereka yang mempunyai tanah getah, mereka akan beroleh pendapatan lumayan apabila harga getah naik. Manakala bagi mereka yang baru mula menanam pokok getah setelah melihat para pekebun kecil getah memperolehi pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah itu, sudah tentu mereka akan ketinggalan peluang untuk turut sama menikmati kenaikan harga getah itu. Kerajaan juga menggalakkan para pekebun kecil getah di negeri ini khususnya di daerah Tenom untuk menjual hasil keluaran getah mereka itu kepada LIGS bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa manipulasi harga oleh orang tengah dan agen-agen pembeli getah berkenaan

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger