<b>cara</b> tanam pokok <b>getah</b>//risda//lgm - Meminati pokok <b>getah</b> - Blogger |
- <b>cara</b> tanam pokok <b>getah</b>//risda//lgm - Meminati pokok <b>getah</b> - Blogger
- <b>Cara Menanam</b> Nangka Yang Baik dan Benar:malam pagi
- MY SCHOOL: <b>CARA</b>-<b>CARA MENANAM</b> KELAPA SAWIT
<b>cara</b> tanam pokok <b>getah</b>//risda//lgm - Meminati pokok <b>getah</b> - Blogger Posted: 14 Sep 2012 03:15 AM PDT cara tanam pokok getah a)benih yang berkualiti |
<b>Cara Menanam</b> Nangka Yang Baik dan Benar:malam pagi Posted: 03 Apr 2014 08:51 AM PDT Cara Menanam Nangka Yang Baik dan Benar,Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin. Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang. KEPERLUAN ASAS TANAMAN Iklim Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika. Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC. Tanaman ini agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan. Tanaman nangka juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri. Faktor tanah Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai. VARIETI-VARIETI NANGKA Klon kultivar yang disyorkan:- J 29 J 31 J 32 J 33 MASTURA (Cj) Bagaimana MASTURA dihasilkan? Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan. Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg se, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak. Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan. Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA. Ciri-ciri MASTURA: Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti beriku lon nangka. PENYEDIAAN BENIH TANAMAN: PENANAMAN DI LADANG Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses ini boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada sekali sehari selama seminggu. Setelah itu anak benih bolehlah ditanam di ladang. Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari. tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat. Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap lubang. Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan. Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman. Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut. Padatkan tanah di keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap. Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam. Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak. Anak pokok nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok. SISTEM PENANAMAN Tanaman tunggal / selingan: Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour. Keutamaan sistem tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama. Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi. Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman pengisi. Kombinasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian. Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut. Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria. PEMANGKASAN: Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini. Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit. (sila lihat pangkasan pokok). Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam. Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer. Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama. Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga. PEMBAJAAN Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.; Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai. Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka Umur pokok (tahun) Kadar baja kimia (g/pokok/tahun) Baja Organik Nota: Urea Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal. Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu. Hasil gabungan keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg. PENGURUSAN AIR Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik. Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan. Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja. PENJARANGAN BUAH Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat. Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul. Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok. PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight) Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk. Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu. KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:- Pengorek Buah (Margaronia caesalis) - dari jenis kupu-kupu. Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp - sejenis kumbang Lalat buah (bactrocera spp). Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp) KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH NANGKA Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik. Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat). Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan sekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok. Indeks Kematangan Buah Nangka Indeks 1 Indeks 2 Indeks 3 Indeks 4 PENGENDALIAN LEPAS TUAI Pengangkutan buah ke pusat pengumpulan Penerimaan buah di tempat pengumpulan Memilih / mengasingkan buah Membasuh buah Mengeringkan buah Mengred buah Gred A: Gred B: Pembungkusan buah Penyimpanan / pengangkutan buah ke destinasi Memeram buah Proses Minima artikel lainnya : |
MY SCHOOL: <b>CARA</b>-<b>CARA MENANAM</b> KELAPA SAWIT Posted: 24 Oct 2007 12:00 AM PDT Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam). PERLAKSANAAN KERJA
• Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan. • Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit. • Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter. • Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:- Kekacang Kg/ha Centrocema pubescens 4.0 Pueraria phaseoloides 1.1 Calopogonium caeruleum 0.6 • Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar. • Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut: • Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik. • Lubang Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan. • Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang. • Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan. • Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata dengan permukaan tanah. • Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam. • Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya. • Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau. • Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah: • Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam. Tanaman selinganTanaman selingan: Kacang tanah, jagong dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam. Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah: • Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun. • Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan Ternakan Ternakan : |
You are subscribed to email updates from cara menanam getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment