Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 29 May 2014

Lawatan Akademik City University of Hong Kong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

No comments:
 

Lawatan Akademik <em>City University of Hong Kong</em> di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Lawatan Akademik <em>City University of Hong Kong</em> di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Posted: 24 May 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan Akademik City University of Hong Kong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Lawatan Akademik City University of Hong Kong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Pada 22 Mei 2014, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima lawatan daripada delegasi City University of Hong Kong ini. City University of Hong Kong merupakan sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Tat Chee Avenue, Kowloon Tong, Hong Kong.

Delegasi seramai 32 orang diketuai oleh Kaunselor Kanan Perkhidmatan Pembangunan Pelajar, Puan Pong-Yi Chung dan Penolong Pengarah (Kaunseling) Puan Elizabeth Cheung. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai kursus termasuklah Perniagaan dan Sains dan Kejuruteraan. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dilakukan oleh LGM selain perkongsian ilmu bagi memantapkan kerjasama.

Pelajar-pelajar telah diberikan taklimat mengenai sejarah industri getah serta penubuhan LGM, aktiviti-aktiviti yang dilakukan serta teknologi-teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM.

Sesi taklimat oleh Encik Hairul Ishyam Sesi taklimat oleh Encik Hairul Ishyam
Sesi taklimat oleh Encik Hairul Ishyam
Pelajar-pelajar di pusat pameran Pelajar-pelajar di pusat pameran
Pelajar-pelajar di pusat pameran
Pelajar-Pelajar di IRPEC
Pelajar-Pelajar di IRPEC

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger