Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Saturday 31 May 2014

Radio Suara Rakyat FM: <b>HARGA GETAH</b> DIJANGKA MEREDUM <b>...</b>


Radio Suara Rakyat FM: <b>HARGA GETAH</b> DIJANGKA MEREDUM <b>...</b>

Posted:

KPPK juga telah mengambil beberapa langkah menangani isu kejatuhan harga getah antaranya menyediakan cadangan mekanisme bagi mengawal selia harga getah di peringkat ladang selain menggalakkan pekebun kecil pelbagaikan aktiviti ekonomi mereka dan tidak hanya bergantung kepada hasil jualan getah. ... TH EMALAYSIAN INSIDER Sepasang panda gergasi dari China tiba di Malaysia minggu lalu dalam satu program sempena 40 tahun hubun.

Friday 30 May 2014

LGM dan Sunrich Integrated Sdn Bhd Menandatangani Memorandum Perjanjian Untuk Projek Kolaborasi Tayar Celup Mesra Alam


LGM dan Sunrich Integrated Sdn Bhd Menandatangani Memorandum Perjanjian Untuk Projek Kolaborasi Tayar Celup Mesra Alam

Posted: 06 May 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lembaga Getah Malaysia dan Sunrich Integrated Sdn Bhd Menandatangani Memorandum Perjanjian Untuk Projek Kolaborasi Tayar Celup Mesra Alam Berasaskan Getah Asli Terepoksida

Lembaga Getah Malaysia dan Sunrich Integrated Sdn Bhd Menandatangani Memorandum Perjanjian Untuk Projek Kolaborasi Tayar Celup Mesra Alam Berasaskan Getah Asli Terepoksida

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Sunrich Integrated Sdn Bhd (SRIT) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pada 6 Mei 2014 untuk menjalinkan satu kerjasama diantara kedua-dua pihak bagi projek kolaborasi 'Penggunaan Getah Asli Terepoksida (Ekoprena®) dalam Tayar Celup Mesra Alam'.

Penggunaan sebatian telapak tayar Ekoprena ini menggalakkan bahan hijau lestari untuk aplikasi tayar. Kombinasi unik sebatian getah Ekoprena berpenguatan pengisi silika berserakkan tinggi yang dihasilkan oleh LGM ini memberikan pembaikan dalam prestasi utama tayar iaitu rintangn guling yang rendah dan cengkaman basah yang lebih baik.

Menerusi perjanjian ini, telapak tayar celup Ekoprena akan dihasilkan pada skala rintis dan besar di fasiliti SRIT. Ujian atas jalan raya menggunakan tayar celup Ekoprena pada kondisi Malaysia akan dijalankan bersama-sama SRIT. Prestasi tayar celup Ekoprena akan dibandingkan dengan tayar celup komersil.

Projek yang sedang dijalankan ini adalah di bawah Projek Titik Permulaan (EPP4) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk pengkomersilan Ekoprena. Hasil dari projek ini akan memberikan data-data teknikal dan ekonomi yang komprehensif yang dapat digunakan utnuk mempromosikan dengan lebih lanjut dan meningkatkan penggunaan Ekoprena sebagai bahan hijau untuk teknologi tayar.

Dalam majlis ini, En. Low Kian Beng Pengarah Urusan SRIT menandatangani perjanjian bagi pihak SRIT dan Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Dr. Salmiah Ahmad bagi pihak LGM dengan kehadiran Ahli-ahli Lembaga LGM. Manakala, En. Chin Hon Meng, Ketua Pemprosean SRIT dan Dr Mohd Akbar Md Said, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Inovasi LGM menandatangani sebagai saksi perjanjian.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated
Berita - Lembaga Getah Malaysia dan Sunrich Integrated Sdn Bhd Menandatangani Memorandum Perjanjian Untuk Projek Kolaborasi Tayar Celup Mesra Alam Berasaskan Getah Asli Terepoksida

Lembaga Getah Malaysia dan Sunrich Integrated Sdn Bhd Menandatangani Memorandum Perjanjian Untuk Projek Kolaborasi Tayar Celup Mesra Alam Berasaskan Getah Asli Terepoksida

Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Sunrich Integrated Sdn Bhd (SRIT) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) pada 6 Mei 2014 untuk menjalinkan satu kerjasama diantara kedua-dua pihak bagi projek kolaborasi 'Penggunaan Getah Asli Terepoksida (Ekoprena®) dalam Tayar Celup Mesra Alam'.

Penggunaan sebatian telapak tayar Ekoprena ini menggalakkan bahan hijau lestari untuk aplikasi tayar. Kombinasi unik sebatian getah Ekoprena berpenguatan pengisi silika berserakkan tinggi yang dihasilkan oleh LGM ini memberikan pembaikan dalam prestasi utama tayar iaitu rintangn guling yang rendah dan cengkaman basah yang lebih baik.

Menerusi perjanjian ini, telapak tayar celup Ekoprena akan dihasilkan pada skala rintis dan besar di fasiliti SRIT. Ujian atas jalan raya menggunakan tayar celup Ekoprena pada kondisi Malaysia akan dijalankan bersama-sama SRIT. Prestasi tayar celup Ekoprena akan dibandingkan dengan tayar celup komersil.

Projek yang sedang dijalankan ini adalah di bawah Projek Titik Permulaan (EPP4) dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) untuk pengkomersilan Ekoprena. Hasil dari projek ini akan memberikan data-data teknikal dan ekonomi yang komprehensif yang dapat digunakan utnuk mempromosikan dengan lebih lanjut dan meningkatkan penggunaan Ekoprena sebagai bahan hijau untuk teknologi tayar.

Dalam majlis ini, En. Low Kian Beng Pengarah Urusan SRIT menandatangani perjanjian bagi pihak SRIT dan Ketua Pengarah, YBhg. Datuk Dr. Salmiah Ahmad bagi pihak LGM dengan kehadiran Ahli-ahli Lembaga LGM. Manakala, En. Chin Hon Meng, Ketua Pemprosean SRIT dan Dr Mohd Akbar Md Said, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan dan Inovasi LGM menandatangani sebagai saksi perjanjian.

Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated
Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian di antara Lembaga Getah Malaysia dan Syarikat Sunrich Integrated

MENGAPA HARGA GETAH JATUH?


MENGAPA HARGA GETAH JATUH?

Posted: 27 May 2014 11:42 PM PDT

Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bersimpati dengan para pekebun kecil getah di negeri Sabah dan juga di seluruh Malaysia, berikutan harga getah yang rendah hari ini. Harga getah SMR 20 yang merupakan harga tanda aras (benchmark) getah antarabangsa, telah menurun daripada RM13, 483 bagi setiap tan metrik pada tahun 2011, kepada RM9,525 per tan metrik pada tahun 2012 dan telah berterusan menurun kepada RM5,475 bagi setiap tan metrik sekarang. Sebab utama kejatuhan harga getah dari bulan November 2013 hingga hari ini adalah disebabkan stok getah tergantung (overhanging stock) daripada 523,000 tan metrik pada pasaran antarabangsa. Pengeluaran getah dunia pada tahun 2013 adalah 11.518 juta tan metrik dan penggunaan global hanya 10.995 juta tan metrik. Oleh kerana simpanan getah yang berlebihan di pasaran antarabangsa, harga getah telah menjunam disebabkan oleh bekalan dan permintaan.
Ekonomi Amerika Syarikat adalah dalam pemulihan perlahan, ekonomi Eropah masih terhenti dan industri pembuatan di China mempunyai pertumbuhan yang lebih rendah. Ini telah menyebabkan permintaan yang lebih rendah untuk getah dengan pengeluaran yang lebih tinggi di negara-negara pengeluar. Daripada lima (5) pengeluar getah utama pada tahun 2013, Thailand menghasilkan 3.9 juta tan metrik getah diikuti oleh Indonesia pada 2.8 juta tan metrik. India menghasilkan 888,000 tan, metrik diikuti oleh Vietnam pada 854,000 tan metrik. Malaysia yang merupakan pengeluar kelima terbesar getah asli menghasilkan 845,000 tan metrik .
Kejatuhan harga getah tidak ada kaitan dengan pemberian BR1M atau kehilangan pesawat MH730. Harga getah dipengaruhi terutamanya oleh permintaan dan pembekalannya. Pada masa ini, bekalan getah adalah lebih daripada permintaan, maka harganya jatuh. Harga getah dipasaran antarabangsa adalah diluar kawalan kerajaan.
Kejatuhan harga getah tidak hanya berlaku di Sabah atau di Semenanjung tetapi di semua negara pengeluar getah seperti Thailand, Indonesia, India dan Vietnam.
Walaubagaimana pun, dengan pembayaran insentif pengeluaran getah oleh Kerajaan negeri Sabah, harga getah yang dibayar kepada para pekebun kecil getah di Sabah adalah sama bahkan kadang-kadang lebih tinggi daripada yang di Semenanjung. Contohnya, harga minimum yang dibayar bagi getah mentah kepada pekebun kecil bagi kentalan di Semenanjung Malaysia adalah RM1.80/kg, di Sarawak pada RM1.50/kg, dan Sabah RM1.85/kg pada Jumaat 23 Mei, 2014. Harga purata lateks di Semenanjung Malaysia adalah RM5.17/kg manakala harga di Sabah adalah RM5.70 /kg.
Dalam keadaan pasaran semasa ini, para pekebun kecil Sabah digalakkan untuk menghasilkan hanya kentalan bersih supaya kualiti getah dari Sabah akan mendapat daya saing tinggi di pasaran antarabangsa walaupun dalam pasaran yang tertekan. Persoalan bilakah harga getah akan naik adalah bergantung kepada pemulihan ekonomi dunia dan pengurangan stok tergantung di pasaran dunia..

Information in this page was last updated on 28 May, 2014.

Thursday 29 May 2014

punca kejatuhan &lt;b&gt;<b>harga getah di</b>&lt;/b&gt; pasaran <b>...</b> - Tanah2Getah


punca kejatuhan &lt;b&gt;<b>harga getah di</b>&lt;/b&gt; pasaran <b>...</b> - Tanah2Getah

Posted:

Getah asli merupakan salah satu komoditi di pasaran antarabangsa. Selain Malaysia, Thailand dan Indonesia merupakan pengeluar getah asli utama dunia. Ketiga-tiga Negara ini menyumbangkan hampir 70 peratus .

Isu <b>Getah</b>: Mahasiswa kumpul <b>di</b> Parlimen esok - Harakah Daily

Posted:

Kuala Lumpur: Ekoran kejatuhan harga getah, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaaan Malaysia untuk menyelesaikan isu getah sedang turun pada ketika ini. Harga getah yang kebiasaanya pada harga ...

Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di Kemboja - Tv3


Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di Kemboja - Tv3

Posted: 20 Dec 2013 07:13 AM PST

TV3 Stesyen TV Portal Pertama - Tinjau Peluang Tanaman Getah Di Kemboja

Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama


20 Dec 2013, 11:13pm by mahirah shah

Felcra Berhad meninjau peluang membeli tanah tanaman getah seluas 16,000 hektar di Kemboja. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ramlee Abu Bakar jika urusniaga itu berjaya pihaknya berhasrat memulakan tanaman pada pertengahan tahun 2014.

Beliau ditemui pada pengumuman dividen interim ke-2, siang tadi.

Dividen melibatkan nilaian lebih RM120 juta itu akan diagihkan kepada 73,423 peserta yang layak.

Sementara itu, Datuk Ramlee berkata pihaknya masih mengenal pasti anak syarikat yang berpotensi untuk di senarai di Bursa Malaysia.

Berita Berkaitan


Lawatan Akademik <em>City University of Hong Kong</em> di Lembaga Getah Malaysia (LGM)


Lawatan Akademik <em>City University of Hong Kong</em> di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Posted: 24 May 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan Akademik City University of Hong Kong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Lawatan Akademik City University of Hong Kong di Lembaga Getah Malaysia (LGM)

Pada 22 Mei 2014, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima lawatan daripada delegasi City University of Hong Kong ini. City University of Hong Kong merupakan sebuah universiti penyelidikan awam yang terletak di Tat Chee Avenue, Kowloon Tong, Hong Kong.

Delegasi seramai 32 orang diketuai oleh Kaunselor Kanan Perkhidmatan Pembangunan Pelajar, Puan Pong-Yi Chung dan Penolong Pengarah (Kaunseling) Puan Elizabeth Cheung. Pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai kursus termasuklah Perniagaan dan Sains dan Kejuruteraan. Tujuan lawatan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar tentang aktiviti-aktiviti penyelidikan yang dilakukan oleh LGM selain perkongsian ilmu bagi memantapkan kerjasama.

Pelajar-pelajar telah diberikan taklimat mengenai sejarah industri getah serta penubuhan LGM, aktiviti-aktiviti yang dilakukan serta teknologi-teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM.

Sesi taklimat oleh Encik Hairul Ishyam Sesi taklimat oleh Encik Hairul Ishyam
Sesi taklimat oleh Encik Hairul Ishyam
Pelajar-pelajar di pusat pameran Pelajar-pelajar di pusat pameran
Pelajar-pelajar di pusat pameran
Pelajar-Pelajar di IRPEC
Pelajar-Pelajar di IRPEC

Wednesday 28 May 2014

Kedahkini: <b>HARGA GETAH</b> DIJANGKA MEREDUM LAGI !!!


Kedahkini: <b>HARGA GETAH</b> DIJANGKA MEREDUM LAGI !!!

Posted:

KPPK juga telah mengambil beberapa langkah menangani isu kejatuhan harga getah antaranya menyediakan cadangan mekanisme bagi mengawal selia harga getah di peringkat ladang selain menggalakkan pekebun kecil pelbagaikan aktiviti ekonomi mereka dan tidak hanya bergantung kepada hasil jualan getah. di 1:18 PTG · E-melkan IniBlogThis! .... Kita pun boleh jadi JUTAWAN jika dok hutang berbillion2 dengan Kerajaan Malaysia. 2 minggu yang lalu.

Jika <b>harga getah Malaysia</b> mahal.neg... - Tanah2Getah - Blogger

Posted:

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia sahaja menaikan harga getah tanpa negara pengeluar getah utama .

punca kejatuhan <b>harga getah di</b> pasaran - Tanah2Getah - Blogger

Posted:

Getah asli merupakan salah satu komoditi di pasaran antarabangsa. Selain Malaysia, Thailand dan Indonesia merupakan pengeluar getah asli utama dunia. Ketiga-tiga Negara ini menyumbangkan hampir 70 peratus .

<b><b>cara</b></b> tanam pokok <b><b>getah</b></b>//risda//lgm - Meminati <b>...</b>


<b><b>cara</b></b> tanam pokok <b><b>getah</b></b>//risda//lgm - Meminati <b>...</b>

Posted: 18 Mar 2014 07:21 PM PDT

cara tanam pokok getah

a)benih yang berkualiti
b)tanah yang sesuai
c)penanaman dan penjagaan yang sistematik (amalan pertanian baik)
d)hasil yang baik «$$$»

Tuesday 27 May 2014

Isu <b>Getah</b>: Mahasiswa kumpul <b>di</b> Parlimen esok - Harakah Daily


Isu <b>Getah</b>: Mahasiswa kumpul <b>di</b> Parlimen esok - Harakah Daily

Posted:

Kuala Lumpur: Ekoran kejatuhan harga getah, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) mendesak kerajaaan Malaysia untuk menyelesaikan isu getah sedang turun pada ketika ini. Harga getah yang kebiasaanya pada harga ...

Monday 26 May 2014

<b>Harga Getah</b> Jatuh 900 Pekebun Dapat Bantuan RM500 Sebulan <b>...</b>


<b>Harga Getah</b> Jatuh 900 Pekebun Dapat Bantuan RM500 Sebulan <b>...</b>

Posted:

Harga Getah Jatuh 900 Pekebun Dapat Bantuan RM500 Sebulan. ... tak lama lagi harga getah akan naik pada pekebun jangan.. PERKASA ... Kisah Benar Saddam Hussein Warga Asing Yang Bergaji RM5 900 Sebulan Di Malaysia 74 hits.

tak lama lagi <b>harga getah</b> akan naik..pada pekebun <b>...</b> - Kedahkini

Posted:

Saya rasa kerajaan Persekutuan akan membantu dalam pembinaan infrastruktur seperti jalan serta bekalan air dan api," katanya kepada pemberita selepas majlis Kenduri Rakyat di Sungai Kampung Mani, di sini pada Sabtu. Beliau berkata .... GUNA DNA BABI : JINGGA 13 DESAK JAKIM DAN KKM AMBIL TINDAKAN TEGAS TERHADAP CADBURY CONFECTIONERY MALAYSIA SB DAN MENYERU UMAT ISLAM BOIKOT PRODUK MEREKA. 22 jam yang lalu.

&lt;b&gt;&lt;b&gt;<b>Harga Getah</b>&lt;/b&gt;&lt;/b&gt; Semasa &lt;b&gt;&lt;b&gt;<b>di Malaysia</b>&lt;/b&gt;&lt;/b <b>...</b>

Posted:

&lt;b&gt;<b>Harga Getah</b>&lt;/b&gt; Semasa &lt;b&gt;<b>di Malaysia</b>&lt;/b&gt; - Tanah 2 Getah <b>...</b>. Posted: Hujan beri impak negatif kepada petani - The Borneo Post Online Hujan beri impak negatif kepada .

Sunday 25 May 2014

<b>Harga Getah</b> : Siapa Yang Perlu PEDULI <b>Harga Getah Di</b> Musim


<b>Harga Getah</b> : Siapa Yang Perlu PEDULI <b>Harga Getah Di</b> Musim

Posted:

&lt;b&gt;<b>Harga Getah</b>&lt;/b&gt; Semasa &lt;b&gt;<b>di Malaysia</b>&lt;/b&gt; - Tanah 2 Getah <b>...</b>. Posted: Hujan beri impak negatif kepada petani - The Borneo Post Online Hujan beri impak negatif kepada .

Jika &lt;b&gt;<b>harga getah Malaysia</b>&lt;/b&gt; mahal.neg... - Tanah2Getah

Posted:

Jika harga getah Malaysia mahal.neg... - media shah alam - ... Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia ...

Jika <b>harga getah Malaysia</b> mahal.negara lain tidak,siapa mahu beli <b>...</b>

Posted:

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia sahaja menaikan harga getah tanpa negara pengeluar getah utama ...

Felda dan Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b> - Tanah2Getah


Felda dan Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b> - Tanah2Getah

Posted: 18 May 2014 01:16 PM PDT

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya


WZWH: 26,000 Ekar Ladang <b>Getah</b> DUN Tahan Pemangkin Industri <b>...</b>

Posted: 20 May 2014 10:39 PM PDT


Gulai rong ikan kenerak dan sayur rempah rampai.

Asam rong atau asam rom merupakan makanan tradisional bagi masyarakat di daerah Jerantut, Pahang dan begitu popular di sekitar beberapa perkampungan di dalam daerah ini seperti di kawasan perkampungan kecil iaitu di Kampung Ulu Tembeling, Kampung Kuala Tembeling, Kampung Kuala Tahan dan sekitarnya. 


Gulai rong siput sedut.

Kini asam rong mula dikenali hingga ke beberapa daerah dalam negeri Pahang yang lain seperti di Kuala Lipis, Maran, Raub dan Kuantan. Uniknya ialah asam rong ini diperbuat dari biji getah yang dikutip dari bawah pokok getah lalu diproses menjadi asam rong.


Originally asam rong dibuat dari biji perah tetapi oleh kerana buah perah adalah buah hutan yang semakin sukar didapati maka orang Tembeling menggunakan alternatif biji getah pada tahun 1930an.

Harga sekilo asam rong ialah RM35. Bekalan asam rong pun payah dapat sekarang. Pengusaha restoren masakan asam rong pun mengeluh. Pekebun kecil tidak mampu membekalkan asam rong kerana banyak tanah sudah dimajukan dan kayu getah ditebang disamping menunggu tanaman getah baharu.


Packaging asam rong.

26,000 ekar ladang getah di DUN Tahan boleh menjadi pemangkin dan mengembangkan industri asam rong bukan sahaja bagi bekalan kepada rakyat Pahang tapi bagi industri asam rong negara. Sila klik article dibawah:

Berita Politik Pembangunan Ulu Tembeling : Kg Mat Daling


Biji getah adalah bahan utama asam rong.

26,000 ekar ladang getah yang diusahakan oleh GLC seperti Felcra dan Yayasan Pahang perlu mengadakan MOU untuk membekalkan biji getah bahan utama membuat asam rong.

Pelaburan membina kilang asam rong dengan cutting-edge-technology bagi menghasilkan produktiviti pengeluaran asam rong. Ini boleh menjana pekerjaan kepada orang-orang muda.

Rakyat Pahang berjumlah 1.5 juta perlu menyokong usaha murni ini dengan mula mengemari masakan asam rong.

Asam rong bukan sahaja perlu diperkenalkan di seluruh Malaysia tapi kalau boleh dieksport ke negara-negara Asean dan dunia.

Brand pun sudah ada nama Eropah -asam rong- 'Rome Paste'

Masakan asam rong perlu dipromosi agar terkenal ke seluruh dunia.

DUN Tahan boleh menjadi hub industri asam rong negara.

Cara mengobati luka, kutil dengan <b>getah</b> Adenium - Tanah2Getah

Posted: 17 May 2014 07:26 PM PDT

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

 
© 2014. Design by Blogger