Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 31 December 2015

WakeUp Malaya! | Jangan Banding <b>Harga Getah</b> Dengan <b>...</b>

WakeUp Malaya! | Jangan Banding <b>Harga Getah</b> Dengan <b>...</b>

Posted:

Dalam artikel terkini mereka, Suara Rakyat menyatakan bahawa harga getah cawan di Thailand (RM4.30/kg) yang dibayar kepada petani adalah dua kali ganda berbanding harga yang dibayar di Malaysia (RM2.20/kg).

Monday 28 December 2015

Hijau.FM: <b>Harga getah</b> jatuh : Apa tindakan kerajaan bagi <b>...</b>

Hijau.FM: <b>Harga getah</b> jatuh : Apa tindakan kerajaan bagi <b>...</b>

Posted:

Di Malaysia, minggu ini LGM menerbitkan harga ladang getah sekerap di ladang seluruh Malaysia (farm gate price) pada kadar RM2.20 dan RM1.50 bagi gred sekerap terendah. (RM2.20 bersamaan dengan THB18.0 sahaja).

Saturday 26 December 2015

Next Kenapa <b>harga getah Malaysia</b> amat rendah berbanding Thai?

Friday 25 December 2015

Bohong <b>Harga Getah</b> Sekerap Thailand Lebih Mahal | Kedai Kopi 32

Bohong <b>Harga Getah</b> Sekerap Thailand Lebih Mahal | Kedai Kopi 32

Posted:

Kini anak anak muda dari selatan Thai terutamanya Melayu lebih suka berada di Malaysia walaupun kerja cuci dikedai makan. Bagaimana orang bodoh boleh kata harga getah di Thailand lebih mahal dari Malaysia.

Sunday 20 December 2015

<b>Harga getah</b> cecah paras tertinggi RM14.13 sekilogram

<b>Harga getah</b> cecah paras tertinggi RM14.13 sekilogram

Posted:

Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, harga itu merupakan yang tertinggi pernah dicapai dalam sejarah industri getah di Malaysia. ''Peningkatan itu berlaku ekoran permintaan yang tinggi dari seluruh dunia ...

Saturday 19 December 2015

Pasaran <b>getah</b> serantau mampu tingkat <b>harga</b> komoditi - LGM <b>...</b>

Pasaran <b>getah</b> serantau mampu tingkat <b>harga</b> komoditi - LGM <b>...</b>

Posted:

KUALA LUMPUR: Lembaga Getah Malaysia (LGM) optimis penubuhan Pasaran Getah Serantau mampu meningkatkan kembali harga komoditi berkenaan. Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Mohd ... "Penubuhan pasaran serantau ini akan dapat memberi persaingan kepada negara-negara lain serta membantu meningkatkan harga getah," katanya kepada wartawan selepas majlis Sambutan Jubli Emas Standard Malaysian Rubber (SMR), di sini, hari ini. - BERNAMA ...

Wednesday 16 December 2015

Mesyuarat khas bincang <b>harga getah</b> - BNBBC

Mesyuarat khas bincang <b>harga getah</b> - BNBBC

Posted:

... pengeluaran getah lebih 100,000 tan metrik pada tahun lalu," kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas selepas Taklimat Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) di Lembaga Getah Malaysia, (LGM) Indera Mahkota, Khamis. ... "Tahun lepas sasaran pengeluaran getah adalah 800,000 tan namun berkurangan kepada 680,000 tan akibat kejatuhan harga komoditi itu di pasaran dan bencana banjir pada Disember lalu.

SABAH RUBBER INDUSTRY BOARD WINS NATIONAL INNOVATIVE AWARD

SABAH RUBBER INDUSTRY BOARD WINS NATIONAL INNOVATIVE AWARD

Posted: 15 Dec 2015 08:57 PM PST

Sabah Rubber Industry Board (LIGS) was awarded an innovation award for implementation of GPS Controlled, on time monitoring and purchasing of smallholders rubber in Sabah known as eRP (Electronic Rubber Purchase). General Manager of LIGS, Datuk Harris Mathews receiving the award from Minister of Plantation Industries and Commodities, Datuk Seri Amar Douglas Uggah Embas.

Information in this page was last updated on 16 December, 2015.

Tuesday 15 December 2015

Faktor-faktor Perkembangan Perusahaan <b>Tanaman Getah</b> Di Tanah <b>...</b>

Faktor-faktor Perkembangan Perusahaan <b>Tanaman Getah</b> Di Tanah <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2015 01:44 AM PST

PENDAHULUAN

Perusahaan getah di tanah melayu telah bekembang dengan pesat pada pertengahan tahun 1890an. getah ini diusahakan secara ladang dan berkembang pesat sehingga menjadi tanaman dagangan yang utama selepas perang dunia pertama. oleh itu, terdapat beberapa faktor perkembangan perusahaan getah di tanah melayu yang dapat dilihat secara langsung.

PERANAN HN.RIDLEY

Salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan getah di tanah melayu ialah sumbangan hn.ridley. pada 1888, hn.ridley telah dilantik sebagai pengarah botanical di singapura. setelah perlantikan tersebut beliau telah bertindak aktif dalam usaha menggalakan penanaman getah di tanah melayu. hn.ridley menyedari bahawa keadaan iklim dan bentuk muka bumi di tanah melayu sangat sesuai untuk penanaman getah secara besar-besaran. oleh itu, bagi menjayakan usaha ini hn.ridley telah memperkenalkan baka getah jenis hivea brasillensis kerana sesuai dengan iklim di tanah melayu. beliau juga turut memperkenalkan cara torehan terbaik iaitu torehan tulang ikan herring untuk menghasilkan getah yang banyak tanpa merosakkan pokok getah.

KEJATUHAN HARGA KOPI

Selain itu, kemerosotan dan kejatuhan harga kopi di pasaran dunia turut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana menjelang tahun 1980an pokok-pokok kopi telah diserang penyakit akibat daripada serangan kupu-kupu hackward. keadaan ini telah menyebabkan kegagalan penanaman kopi dan selepas tahun 1895, harga kopi telah jatuh teruk akibat daripada penawaran yang berlebihan dari negara-negara barat khususnya dari brazil. fenomena ini menyebabkan penduduk di tanah melayu berpaling kepada penanaman getah bagi menggantikan perusahaan kopi.

PERMINTAAN TINGGI GETAH

Seterusnya, permintaan tinggi getah dari negara-nagara barat turut menjadi salah satu faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana, pada 1889 telah berlakunya perkembangan revolusi perindustrian di eropah yang melibatkan industri perusahaan kereta. keadaan ini telah menyebabkan berlakunya permintaan tinggi getah untuk membuat tayar kereta. getah juga diperlukan dalam perusahaan membuat peralatan eletrik dan juga kasut. oleh itu, dengan berlakunya perningkatan harga getah ini orang eropah dan cina telah mengusahakan getah secara ladang dan kebun-kebun kecil.

PERANAN BURUH-BURUH INDIA

Peranan buruh india amat penting dalam mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. hal ini kerana  pembukaan ladang-ladang getah telah menyediakan peluang-peluang pekerjaan yang banyak kepada orang-orang india.kestabilan harga getah telah menjadi pendorong kemasukan lebih banyak buruh india melalui sistem kontrak dan kangani.

KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR

Seterusnya, kemudahan infrastruktur turut menjadi salah satu faktor perkembangan perusahan getah di tanah melayu. antara kemudahan infrastruktur yang dibangunkan oleh pihak british di tanah melayu adalah seperti pembinaan jalan raya, jalan kereta api dan sistem komunikasi. pembinaan kemudahan infrastruktur ini mampu memudahkan pengangkutan getah untuk dieksport, kemasukan tenaga kerja dan sebagainya.

PENUBUHAN INSTITUT PENYELIDIKAN GETAH

Institut penyelidikan getah telah ditubuhkan pada 1926 di tanah melayu. institut ini ditubuhkan bertujuan untuk membaiki mutu bagi memastikan peningkatan kadar pengeluaran getah. institut ini juga bertanggungjawab membuat penyelidikan seperti pencantuman tunas, rawatan tanah dan mencari cara penghasilan getah yang lebih banyak. melalui penubuhan institut ini, beberapa kejayaan telah berjaya dicapai antaranya seperti kaedah penanaman yang saintifik, kaedah torehan yang betul, cara pengawetan susu getah serta cara penghasilan baja kimia yang mampu menyuburkan tanah dan menghasilkan susu yang lebih banyak.

KEMASUKAN PELABUR ASING

Seterusnya, kemasukan pelabur-pelabur asing turut mendorong perkembangan perusahaan getah di tanah melayu. kemasukan pelabur-pelabur asing ini adalah melalui syarikat-syarikat yang mendapat modal dari penjualan saham di london. keadaan ini membolehkan mereka membuka ladang-ladang getah yang lebih besar dengan kemampuan mengurus, mengawal ladang getah serta mengurus aktiviti pengeksportan getah yang lebih cekap.

KESIMPULAN

Perusahaan getah mampu meningkatkan perkembangan ekonomi dan sosial di tanah melayu khasnya sumber pendapatan bagi membaiki sistem perhubungan dan perkhidmatan sosial. perusahaan ini juga turut mendatangkan pelbagai faedah seperti mewujdkan peluang pekerjaan dan membaiki taraf hidup masyarakat.

Projek <b>Tanaman Getah</b> Berkelompok di Stabut <b>...</b> - Tanah2Getah

Posted: 17 Sep 2015 01:48 PM PDT

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

RUBBER PRODUCTION INCENTIVES

RUBBER PRODUCTION INCENTIVES

Posted: 08 Nov 2015 11:07 PM PST

Click here for Malay version

1. Please be informed that as a result of low rubber prices on the world market at this point, the Federal Government introduced the Rubber Production Incentives (IPG) to address the problem of smallholders throughout the state. The incentives came into force on 1st September 2015 and will be payable if: –

  • 1.1. The average price of SMR 20 in the world markets fall below RM5.20 / kg; or
  • 1.2. The average rubber price for the purchase of cuplumps grade II falls below RM2.00 / kg.
  • 2. Rubber Production Incentives (IPG) is a payment on the differences between fixed rubber price and the average price on current rubber prices. IPG will be paid to smallholders who are registered with LIGS on a monthly basis after taking into account the following examples of price differences according to the following calculation: –

    • Example: Cuplumps Grade II in September 2015
    • Prices are set according to the paragraph 1 (1.2) = RM2.00
    • Less: The average price during the month of September = RM1.75
    • The difference or IPG = RM0.25 or 25 sen
    • 3. With regard to item 2 above, the rate of IPG payment on rubber sold to the Board in the month of September 2015 is as follows: –

      • Rubber type = Rates IPG (RM)
      • Latex = 90.0 cents / kg
      • Unsmoked Sheet Grade I = 31.5 cents / kg
      • Unsmoked Sheet Grade II = 26.5 cents / kg
      • Cuplumps Grade I = 30.0 cents / kg
      • Cuplumps Grade II = 25.0 cents / kg
      • 4. LIGS will announce the IPG in the first week if the sales of rubber in previous month are eligible for incentives.

      • 5. Please also note that the conditions to get the IPG are as follows: –

        • 5.1. Malaysian;
        • 5.2. Registered with LIGS as owner or tapper and registration shall be listed by name on the identity card;
        • 5.3. Rubber plantation not exceed 100 acres;
        • 5.4. Sell ​​rubber to LIGS.
        • 6. Any concerns regarding the incentive payment, please contact with officer in charge in district office or contact directly to Mr. Mohd. Redzuan Haji Awang telephone 088-212311 or 012-8667704. Application forms can also be obtained from any LIGS office.

        • Thank you,

        • DATUK HARRIS MATHEWS
          GENERAL MANAGER
          Sabah Rubber Industry Board

        • Click here for Malay version

          Information in this page was last updated on 11 November, 2015.

Beaufort Specialty Rubber New Official Website

Posted: 05 Nov 2015 05:58 PM PST

Sabah Rubber Industry Board has officially launched a new website for its fully owned subsidiary company Beaufort Specialty Rubber Sdn. Bhd. The new website are more closely aligned with the company's marketing strategy to provide a useful informative portal for customers to get to know more about Specialty Rubber products. Please click here to visit the website www.beaufortspecialtyrubber.com

Information in this page was last updated on 6 November, 2015.

JAWATAN KOSONG PENOLONG AKAUNTAN GRED W27

Posted: 02 Sep 2014 02:05 AM PDT

JAWATAN : PENOLONG AKAUNTAN GRED W27
AGENSI : LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH
JUMLAH KEKOSONGAN : 1
KLASIFIKASI : PERKHIDMATAN KEWANGAN
KUMPULAN PERKHIDMATAN : SOKONGAN
JADUAL GAJI MINIMUM-MAKSIMUM : RM1,362.00 – RM5,092.00

SYARAT PERLANTIKAN : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan
seperti berikut:-

a) Warganegara Malaysia

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

c) Diploma dalam bidang perdagangan, pengajian bank atau pengajian perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

atau

d) Licence of Chartered of Secretaries and Administrators of United Kingdom dalam bidang Kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diikitiraf setaraf dengannya.

dan

e) lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk
lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

PENETAPAN GAJI PERMULAAN : Gaji permulaan yang lebih tinggi atas P1 Gred W27 boleh ditetapkan oleh pihak berkuasa Melantik berkenaan berasaskan kepada pengalaman kerja atau kepakaran berkaitan.

TARAF JAWATAN : SEMENTARA

PENAKLUKAN DIBAWAH SYARAT-SYARAT
SKIM PERKHIDMATAN : Calon yang memasuki perkhidmatan Penolong Akauntan Gred W27 adalah tertakluk kepada syarat-syarat Skim Perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat keatasnya dari semasa ke semasa.

PENEMPATAN : Kota Kinabalu

CARA MEMOHON
BORANG PERMOHONAN :
a) Muat turun borang disini dan
dikembalikan ke alamat seperti berikut :-

Pengurus Besar
Lembaga Industri Getah Sabah
Aras 3, Wisma Pertanain Sabah
Jalan Tasik, Luyang (Off Jalan Maktab Gaya)
Beg Berkunci 2016
88999 KOTA KINABALU

b) Hanya calon-calon dalam senarai terpilih (short-list) sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 September 2014

PENGURUS BESAR
LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH

Information in this page was last updated on 2 September, 2014.

Sabah gets RM157.14 mln for planting, replanting programs

Posted: 19 Aug 2014 12:27 AM PDT

KOTA KINABALU: Ministry of Plantation Industries and Commodities has allocated RM157.14 million to smallholders to undertake new planting and replanting of natural rubber, oil palm, pepper and cocoa in Sabah this year.

Its minister Datuk Seri Douglas Uggah Embas said of the total, RM72 million has been approved for new planting and replanting of oil palm, RM59.7 million for natural rubber, RM18 million for cocoa, RM42,000 for new pepper plantations and RM7.4 million for the building of estate roads.

"I am satisfied with the reports by the Sabah Rubber Industry Board, Rubber Industry Smallholder Development Authority and the Malaysian Palm Oil Board which are the agencies charged with the task of developing these respective industries.

"I thank the Sabah Rubber Industry Board which has undertaken the planting and replanting programmes in Sabah. We hope the programmes will help increase the income stream for smallholders in the state," he told reporters after visiting the Kabang Rubber Nursery in Papar here yesterday.

Last year, Uggah said the minister allocated RM226.8 million to fund various programmes and to provide incentives to rubber, oil palm, cocoa and pepper smallholders in Sabah.

He said between 2011 and 2013, 39 estate road projects stretching 159.4 kilometres, costing RM33.9 million, were built in Sabah.

On government assistance to help rubber smallholders tide over sluggish rubber prices, he said those registered with Risda and the Sabah Rubber Industry Board were eligible to receive financial aid after fulfilling certain conditions.

"I hope there will be no more confusion on this matter," he added. — Bernama

Source: Bernama (2014, August 19). Sabah gets RM157.14 mln for planting, replanting programs. The Borneo Post, p. A20.

Information in this page was last updated on 19 August, 2014.

Sabah State Govt Takes Steps To Arrest Decline In Rubber Price

Posted: 31 Jul 2014 12:50 AM PDT

TUARAN, July 18 (Bernama) — The Sabah state government is taking steps to assist rubber smallholders, apart from providing a special assistance, to overcome the current fall in the price of the commodity.

Deputy Chief Minister Datuk Seri Yahya Hussin said the decline at the moment was universal and unrelated to the 1Malaysia People's Aid (BR1M) or the loss of Malaysia Airlines Flight MH370.

"The truth is, the rubber price is influenced by supply and global demand.

"The fall in the rubber price is not just in Sabah or peninsular Malaysia, but in all producer countries in the world such as Thailand, Indonesia, India and Vietnam," he told reporters here after presenting the special assistance.

At the same ceremony, 323 rubber tappers also received the special aid.

Yahya, who is also the Agriculture and Food Industry Minister, said Malaysia was the fifth largest producer of natural rubber globally with an annual production of 845,000 metric tonnes.

"At present, supply is exceeding demand and this has caused the rubber price to plunge. The price of rubber in the international market is beyond the control of the government," he added.

He said 27,607 smallholders in Sabah were registered with the Sabah Rubber Industry Board (LIGS) involving 77,737 hectares.

Yahya said 2,042 smallholders registered with the Rubber Industry Smallholders Development Authority(RISDA) had been given financial assistance of RM1,021,000, as of July 3.

"LIGS and RISDA are actively cooperating to provide information on this, circulating forms, alongside registering smallholders and rubber tappers in the state," he added.

He said from August 2012, the state government was still continuing with its Rubber Production Incentive of 50 sen for every kilogramme of cured rubber produced by the smallholders.

He said the incentive scheme is to encourage smallholders to indulge in

Good Agricultural Practices to enhance rubber yields and streamline the price between Sabah and the peninsular.

— BERNAMA

Source: http://www.bernama.com/bernama/v7/newsindex.php?id=1049873, 31 July 2014

Information in this page was last updated on 31 July, 2014.

Makluman kepada Para Pekebun Kecil Getah di negeri Sabah

Posted: 03 Jun 2014 07:20 PM PDT

Berkuatkuasa dari 16 Jun 2014, pihak LIGS akan gabungkan harga getah dengan insentif pengeluaran dan siarkan satu harga sahaja untuk setiap gred getah. Ini bermakna harga getah yang dikeluarkan oleh LIGS sudah termasuk insentif pengeluaran. Untuk makluman semua pekebun kecil, insentif pengeluaran akan terus dibayar oleh LIGS dan sudah dimasukkan ke dalam harga getah.

Dilampirkan bersama ini pekeliling yang telah dikeluarkan oleh LIGS HARGA GETAH

Information in this page was last updated on 10 June, 2014.

Monday 14 December 2015

Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015

Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015

Posted: 05 Dec 2015 02:00 AM PST

Berita - Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015

Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015

Hari Keluarga Lembaga Getah (LGM) Malaysia 2015 telah diraikan dengan penuh kemeriahan pada 5 Disember 2015. Hampir 1,000 warga LGM bersama keluarga telah hadir ke sambutan ini yang bertemakan 'Keluarga Bahagia LGM Sejahtera' di Denai Alam Recreational Riding Club, Shah Alam. Selaras dengan tema yang telah dipilih, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan kea rah pengukuhan dan pemantapan semangat kerjasama dalam organisasi serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi. Sambutan Hari Keluarga ini merupakan acara dwitahunan yang dianjurkan untuk mengeratkan silaturahim dan mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pengurusan tertingi, warga LGM dan ahli keluarga.

Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah (LGM) yang memberikan kata-kata semangat kepada seluruh peserta untuk bersama-sama menjayakan sambutan dengan mengikuti acara dan permainan yang telah disediakan. Antara permainan yang telah diadakan bagi peserta dewasa adalah terompah gergasi, susun bata, kereta sorong dan lari kembar manakala untuk kanak-kanak pula bola beracun, musical chair dan rebut gula-gula telah diadakan. Kesemua permainan telah mendapat sambutan yang menggalakkan namun acara kemuncak bagi sambutan ini adalah acara tarik tali yang sememangnya dinantikan oleh warga LGM. Bagi menghangatkan lagi suasana, acara cabutan bertuah turut diadakan. Juara keseluruhan kumpulan telah dimenangi oleh Rumah Biru.

Antara pengurusan tertinggi yang turut hadir adalah Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Tuan Mohamad Tuan Muda, En Azhan Haris Ajidan, En Ang Chai Seng dan Dr Fauzi Md Som manakala Ahli Lembaga Pengarah LGM yang hadir adalah Dr Abu Amu dan En Yeaw Kok Kwey.

Antara Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Pengurusan Tertinggi yang turut serta dalam acara telematch
Antara Ahli Lembaga Pengarah dan Ahli Pengurusan Tertinggi yang turut serta dalam acara telematch
Anak-anak warga LGM bermain permainan ‘rebut gula-gula’
Anak-anak warga LGM bermain permainan 'rebut gula-gula'
YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said bersama pemenang utama acara cabutan bertuah

Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi

Posted: 29 Nov 2015 04:00 AM PST

Berita - Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi

Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi

Pada 29 November 2015, Lembaga Getah Malaysia telah mengadakan satu sesi khas iaitu Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi (SPKT). Hampir 100 warga LGM yang terdiri daripada kakitangan SPKT dan wilayah selatan telah hadir ke majlis ini.

Perhimpunan ini diadakan khas bagi Ketua Pengarah, YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said untuk bertemu dengan warga LGM di SPKT dalam menyampaikan amanat bagi memastikan warga LGM terus memberikan perkhidmatan berkualiti dan ke arah organisasi cemerlang selaras dengan moto LGM iaitu 'Kreatif, Progresif dan Inovatif. YBhg Datuk Dr Mohd Akbar menekankan setiap warga LGM perlu melakukan kerja dengan penuh ketekunan dan kepentingan kerjasama dalam melakukan setiap pekerjaan. Antara mesej lain yang jelas disampaikan adalah mengenai kepentingan untuk terus menimba ilmu dalam pelbagai bidang bukan sahaja untuk keperluan dalam pekerjaan namun untuk kehidupan seharian.

Selain itu, perhimpunan ini memberikan peluang kepada warga LGM di SPKT untuk berkongsi segala permasalahan, pendapat dan medan untuk beramah mesra bersama Pengurusan Tertinggi LGM dengan lebih dekat.

Sebelum mengakhiri majlis, pihak pengurusan juga telah menyampaikan cek bagi perkhidmatan lama bernilai antara RM 1,000 ke RM 5, 000 kepada enam warga SPKT yang telah berkhidmat hampir 17tahun dan ke atas.

Barisan pengurusan tertinggi LGM yang turut hadir adalah Dr Nasaruddin Mohd Aris, Pengarah Bahagian Kemajuan Pengeluaran, Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan, Dr Fauzi Md Som, Pengarah Centre of Excellence, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti dan Perkhidmatan Teknikal. Pengarah Bahagian juga turut menyampaikan mesej dan berkongsi pengalaman bersama warga LGM yang telah hadir.

YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said menyampaikan ucapan kepada warga SPKT
YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said menyampaikan ucapan kepada warga SPKT
Antara warga SPKT yang telah hadir di majlis
Antara warga SPKT yang telah hadir di majlis
Penerima Anugerah Perkhidmatan Lama bersama pengurusan tertinggi LGM

YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Dianugerahkan Tokoh Buku Industri Getah 2015

Posted: 25 Nov 2015 04:00 PM PST

Berita - Tokoh Buku Industri Getah 2015

YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Dianugerahkan Tokoh Buku Industri Getah 2015

Pada 26 November 2015,YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima anugerah Tokoh Buku Industri Getah sempena Majlis Anugerah Buku Negara 2015. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Anugerah tahunan anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara itu merupakan satu pengiktirafan kepada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar yang banyak terlibat dalam penerbitan buku-buku di RRIM/LGM antaranya seperti RRIM R&D Achievement, TARRC Coffee Table Book dan International Rubber Research Development Board (IRRDB) Tapping Notation.

Di majlis itu juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh penulisan dan penerbit terkenal termasuklah Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (Tokoh Buku Negara), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim (Tokoh Sejarawan), Prof Emeritus Dr Hashim Musa (Tokoh Linguistik) dan Prof Madya Dr Lim Swee Tin (Anugerah Perdana Aminuddin Baki.

YAB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said YAB Dato' Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama penerima anugerah

Program Bersama Peserta GUP Sabah

Posted: 13 Nov 2015 04:00 AM PST

Berita - Program Bersama Peserta GUP Sabah

Program Bersama Peserta GUP Sabah

Pada 13 November 2015 yang lalu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan Majlis Suai Kenal Bersama Peserta Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) Sabah yang telah diadakan di Kampung, Paung Maragang, Membakut Sabah.

Hadir pada program ini adalah, Tuan Haji Sanudin Hj Ismail, Penolong Pegawai Daerah Membakut serta En Awang Ku Lampoh Pengiran Simpul Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut, disamping penglibatan agensi-agensi pelaksana seperti Lembaga Industri Getah Sabah Daerah Membakut dan Bongawan dan RISDA Daerah Beaufort.

Objektif pelaksanaan program ini adalah sebagai sesi suai kenal peserta GUP diantara pemimpin tempatan dan Majlis Tertinggi LGM, sekaligus dapat memperkenalkan Projek GUP ini kepada pemimpin tempatan. Pada program ini, seramai 84 orang pesert GUP menerima sijil penyertaan projek yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan (BPP) serta En Muhamad Aini bin Daud, Pengarah LGM, Negeri Sabah. Selain itu, turut disampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran iaitu Encik Gerard Bin Fredolin Sendukor dari Kg Paung Maragang yang merupakan salah seorang peserta GUP.

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian sumazau dan pukulan gong dari anak-anak Persatuan Tunas Baru yang dipimpin oleh En Jofery selaku Ketua Kampung Paung Maragang. Di akhir sesi, para tetamu dibawa untuk melawat ke Pusat Pembelajaran Getah yang terletak di kawasan Projek GUP, serta lawatan ke ladang getah milik salah seorang peserta GUP iaitu Raymund bin Mositol.

Ucapan oleh Tuan Mohamad Tuan Muda kepada peserta GUP Sesi penyampaian sijil kepada peserta GUP
Ucapan oleh Tuan Mohamad Tuan Muda kepada peserta GUP Sesi penyampaian sijil kepada peserta GUP
Peserta bergambar bersama di akhir sesi program
Peserta bergambar bersama di akhir sesi program
Sesi lawatan ke Pusat Pembelajaran Getah (RLC) dan ladang getah milik peserta Sesi lawatan ke Pusat Pembelajaran Getah (RLC) dan ladang getah milik peserta
Sesi lawatan ke Pusat Pembelajaran Getah (RLC) dan ladang getah milik peserta

Seminar Galas Getah Teknologi Perlindungan Gempa Bumi Di Sabah Beri Pendedahan Awal Mengenai Keselamatan Bangunan

Posted: 12 Nov 2015 04:00 AM PST

Berita - Seminar Galas Getah Teknologi Perlindungan Gempa Bumi Di Sabah Beri Pendedahan Awal Mengenai Keselamatan Bangunan

Seminar Galas Getah Teknologi Perlindungan Gempa Bumi Di Sabah Beri Pendedahan Awal Mengenai Keselamatan Bangunan

Pada 12 November 2015, Seminar Perlindungan Gempa Bumi dengan Galas Getah Beredam Tinggi (HRDB) untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran HRDB. Seminar ini telah dianjurkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pihak yang berkepentingan.

Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penggunaan bahan pengasingan asas bagi melindungi struktur bangunan dan jambatan serta kandungan dari kesan gempa bumi.

Empat kertas telah dibentangkan yang mana ianya terdiri daripada wakil industri, ahli akademik serta kertas penyelidikan. Turut diadakan sesi soal jawab dan perkongsian maklumat oleh ahli panel, dan pameran teknologi HRDB yang diaplikasikan ke model bangunan.

Galas HDRB berfungsi dengan memantulkan tenaga gempa bumi kembali ke tanah dan seterusnya menghadkan anjakan struktur. Keadaan ini lebih dikenali sebagai pemencilan tapak yang mana dapat memastikan struktur dan juga isi dalaman struktur kekal selamat sekiranya gempa bumi berlaku.

Seminar yang diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) LGM. Turut hadir sama pada seminar ini Dr Amir Hashim Md Yatim, Pengarah Teknologi & Kejuruteraan, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti & Perkhidmatan Teknikal, Dr Mohd Nasaruddin Mohd Aris, Pengarah Kemajuan Pengeluaran dan Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Pengembangan & Pembangunan.

Penganjuran seminar ini telah diterima dengan baik dengan penyertaan lebih dari 40 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi yang berkepentingan termasuk agensi swasta.

Panel Pembentang:-
Kertas 1: Profesor Dr Azlan bin Adnan, Universiti Teknologi Malaysia
"Seismic Hazard Assessment of Sabah and Innovative Rubber Product for Seismic Strengthening and Protection".

Kertas 2: YBhg Dato' Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif (TARRC).
"On the Challenges in the Applications of Seismic Rubber Bearings"

Kertas 3: Encik Or Tan Teng, Pengarah Urusan Doshin Rubber Product (M) Sdn Bhd.
"Malaysian Experience in the High Damping Rubber bearing as Base Isolators for Buildings and Bridge"

Kertas 4: YBhg Dato' Ir Dr Ismail Mohamed Taib, Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
"Performance of high Damping Natural Rubber Bearing (HDNRB) at Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah"

Sekitar Seminar Perlindungan Gempa Bumi
YBrs Dr Zairossani Bin Md Nor, bersama panel pembentang
Sekitar Seminar Perlindungan Gempa Bumi Sekitar Seminar Perlindungan Gempa Bumi

© 2014. Design by Blogger