Projek <b>Tanaman Getah</b> Berkelompok di Stabut diyakini mampu <b>...</b> |
- Projek <b>Tanaman Getah</b> Berkelompok di Stabut diyakini mampu <b>...</b>
- Pekebun dibantu hadapi kejatuhan harga <b>getah</b> – BorneoPost <b>...</b>
- Manfaat Daun, Ranting dan <b>Getah Tanaman</b> Patah <b>...</b> - Tanah2Getah
- Khasiat Dan Manfaat <b>Tanaman</b> Lidah Buaya | Obat kelenjar <b>getah</b> <b>...</b>
Projek <b>Tanaman Getah</b> Berkelompok di Stabut diyakini mampu <b>...</b> Posted: 03 Sep 2015 11:04 AM PDT SIBURAN: Jabatan Pertanian Sarawak (JPS) optimis Projek Tanaman Getah Berkelompok di Kampung Stabut mampu mencapai sasaran pendapatan minimum pekebun kecil RM4,000 sebulan. Penolong Pengarah (Getah) JPS Wilson Entabang berkata fasa pertama bagi projek berkenaan telah dimulakan pada 2012 melibatkan seramai 119 peserta dengan keluasan 122 hektar. "Konsep ini ialah satu peserta empat hektar dan untuk fasa pertama projek ini kita telah mula menanam pokok pada 2013 yang mana kini telah berusia satu tahun enam bulan. "Secara keseluruhannya projek ini diselenggara dengan baik oleh pihak kontraktor bagi tempoh lima tahun setengah dengan kos RM1.6 juta sebelum diserahkan kepada peserta setelah mencapai usia matang," katanya. Beliau berkata demikian dalam taklimat ringkasnya sempena lawatan kerja Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas di sini semalam. Sementara itu, Uggah dalam amanat ringkasnya berkata lawatan itu bertujuan memastikan 22,000 hektar getah yang dibangunkan di negeri ini sejak 2012 ditanam dan dijaga dengan baik. Ia penting untuk memastikan pengeluaran getah negara sebanyak 700,000 tan setahun dapat dikekalkan bagi memenuhi keperluan industri serta mengurangkan import getah yang mencecah 900,000 tan setahun. "Dengan bantuan RM13,500 bagi setiap satu hektar getah, kerajaan berharap ia dapat membantu masyarakat luar bandar meningkatkan pendapatan mereka sekali gus mencapai sasaran pendapatan minimum RM4,000 sebulan menjelang 2020," ujarnya. Terdahulu sebelum melawat projek di Kampung Stabut, Uggah serta rombongan melawat Projek Tanaman Getah Berkelompok di Kampung Merian Bedup, Serian. Uggah turut dijadual menghadiri mesyuarat jawatankuasa pemandu NKEA sawit dan getah yang ke-45 di salah sebuah hotel terkemuka di sini selepas lawatan di kedua-dua tapak projek semalam. Turut serta dalam lawatan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Himmat Singh, Pengarah Pertanian Sarawak Datu Lai Kui Fong, Setiausaha Tetap Kementerian Pemodenan Pertanian Datu Dr Ngenang Jangu serta yang lain. |
Pekebun dibantu hadapi kejatuhan harga <b>getah</b> – BorneoPost <b>...</b> Posted: 03 Sep 2015 09:06 AM PDT Kerajaan pusat lulus kenaikan paras harga pengaktifan IPG daripada RM4.60 kepada RM5.10 sekilogram Oleh Agnes Tugong // SIBURAN: Kerajaan pusat meluluskan kenaikan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) daripada RM4.60 sekilogram kepada RM5.10 sekilogram berkuat kuasa 1 September 2015. Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas pada sidang media ketika lawatan ke Projek Tanaman Getah Berkelompok di Kampung Stabut di sini semalam. Menurut Uggah, pemberian IPG akan dilaksana pada bulan semasa apabila purata harga getah SMR 20 FOB berada pada paras RM5.10 dan ke bawah atau harga getah sekerap pada paras harga RM2 dan ke bawah mengikut wilayah pada bulan sebelumnya. Selain itu, kelulusan turut diberikan agar kadar IPG ditukar daripada kadar tetap sebanyak RM0.30 sekilogram kepada kadar berskala daripada RM0.10 hingga RM1.45 sekilogram berdasarkan harga getah sekerap 50 peratus kandungan getah kering (KGK). "Pada asalnya, IPG akan diaktifkan apabila harga SMR 20 FOB berada pada paras RM4.60 sekilogram dan ke bawah. "Pelaksanaan melibatkan insentif pengeluaran iaitu RM0.30 sekilogram getah sekerap 50 peratus KGK, maksimum RM0.90 sekilogram lateks berdasarkan peratus KGK dan maksimum RM0.60 bagi setiap kilogram getah Unsmoked Sheet (USS) berdasarkan peratus KGK. "Berdasarkan maklum balas yang diterima semasa taklimat kepada para Ahli Parlimen, para pekebun kecil dan agensi pelaksanan, kementerian telah mengambil inisiatif untuk mencadangkan supaya paras harga pengaktifan IPG ditingkatkan dan telah diluluskan pada 26 Ogos 2015," ujarnya. Tambah Uggah, tuntutan IPG boleh dibuat di pejabat-pejabat Lembaga Getah Malaysia di Semenanjung Malaysia, Jabatan Pertanian Sarawak di Sarawak dan Lembaga Industri Getah Sabah di Sabah dengan mengemukakan resit rasmi jualan dan permit autoriti transaksi pekebun kecil getah (PAT-G). Sehubungan itu beliau menasihati pekebun kecil di negara ini dan di Sarawak khasnya supaya mendaftar dengan Jabatan Pertanian Sarawak bagi mendapatkan PAT-G masing-masing untuk membolehkan mereka membuat tuntutan IPG jika harga getah turun daripada paras RM5.10 sekilogram. Dalam pada itu, pelaksanaan IPG akan memberi manfaat kepada seramai 300,388 pekebun kecil di 206 kawasan Parlimen di seluruh negara yang sebahagian besarnya adalah pekebun kecil dari kawasan luar bandar. Pelaksanaan IPG akan dapat memastikan pendapatan pekebun kecil tidak jatuh di bawah paras garis kemiskinan ketika harga getah rendah serta terus menoreh getah semasa harga getah turun ke paras yang rendah. Dengan cara ini paras pengeluaran getah asli dalam negara dapat dikekalkan iaitu tidak kurang daripada 700,000 tan setahun sekali gus dapat mengurangkan import bahan mentah. Sebagai makluman, pada 2014, negara kita telah mengimport sebanyak 905,039 tan getah asli bernilai RM5.83 billion bagi menampung keperluan industri hiliran. |
Manfaat Daun, Ranting dan <b>Getah Tanaman</b> Patah <b>...</b> - Tanah2Getah Posted: 13 Aug 2015 01:25 PM PDT Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu Pengenalan Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu: Tahun Keluasan Tanah (ekar) 1897 345 1900 46000 1905 48000 1906 85000 1909 200000 1911 1000000 1914 1500000 1918 2500000 1940 3500000 Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah 1. Permintaan Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah. 2. Kejatuhan harga kopi Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah. 3. Tenaga buruh Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi. 4. Campur tangan British Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal. 5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini. 6. Sistem perhubungan Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura. 7. Sistem pengukuran tanah Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku. 8. Iklim dan tanah Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu. 9. Undang-undang Tanah Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal. 10. Peranan H.N. Ridley H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh. 11. Penyelidikan Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain. 12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu. 13. Dasar ekonomi bebas Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah. 14. Firma Eropah Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya. Sumbangan perusahaan getah 1. Ekonomi Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu. Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk. 2. Sosial a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan. b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan. c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat. Kesimpulan Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937. |
Khasiat Dan Manfaat <b>Tanaman</b> Lidah Buaya | Obat kelenjar <b>getah</b> <b>...</b> Posted: 05 Aug 2015 11:50 PM PDT Siapa yang tidak kenal dengan lidah buaya, nyaris disetiap rumah pasti ada tanaman yang satu ini, tananman hias ini sangatlah unik waktu di tempatkan berdampingan denga tanaman yang lainya, kekhasan dari tanaman ini dapat ada lendir yang terdapat dalam daunnya yang sangatlah tidak tipis, namun kelihatannya itu bukanlah daun tetapi sejenis lidah yang mirip daun. Tetapi di balik kekhasan itu nyatanya tanaman ini mempunyai manfaat yang sangatlah luarbiasa didalam hal medis/penyembuhan, tanaman lidah buaya ini telah dipakai oleh nenekmoyang kita terdahulu dalam beberapa hal penyembuhan tradisional yang memakai tumbuhan alami, taukahkalian apa sajakah faedah dari tanaman lidah buaya ini?? simak penuturannya berikut ini. 1. Menyingkirkan Jerawat Tiap-tiap orang pasti pernah mempunyai jerawat yang membandel, yang mendadak saja muncul tidak ada pemberitahuan dulu. namun janganlah cemas. kalain dapat menggunkan tanaman lidah buaya ini untuk mengatasinya, lewat cara : iris lidah buaya jadi 2 sisi lantas ambillah daging buahnya, lalu berikan kewajah yang mempunyai jerawat. kerjakan dengan cara teratur tiap-tiap bangun tidur serta akan tidur, dijamain jerawat bakalan hilang dengan saat itu juga. 2. Menjaga Kulit untuk kaum wanita tidak butuh lagi untuk beli kosmetik yang bernilai selangit untuk mengahluskan kulitnya, saat ini telah ada yang obat alami untuk melindungi kulit anda terus dalam keadaan halus serta fresh. langkah memakainya dengan memakai daging buahnya, segera saja dioleskan ke kulit kalian. faedah yang bakal dihasilkan ialah 3. Melembabkan Rambut Rambut adalah aset termahal kita, yang pantas kita jagalah supaya tampilan kita terus alami atau cool, tidak tidak sering orang yang mempunyai rambut kusut kerap tidak PD waktu mengawali rutinitasnya. kandungan daging buah yang ada dalam lidah buaya bisa menangani kekusaman itu dengan cepat, rambut kita bakal terlihatlebih fresh alami serta tidak gampang kusam lantaran daging buah lidah buaya memberi nutrisi yang baik untuk rambut kita. 4. Menyingkirkan Ketombe Siapa kira ketombe kerap nampak tidak ada pemberitahuan, gatal-gatal pada kepala kerap hampiri tersebut ketombe, pemicunya adalah keringnya kulit kepala serta waktu kita garuk bakal membuahkan serpihan-serpihan putih yang memberi kesan sangatlah kotor pada rambutkita. kalian dapat juga menggunakn manfaat tanaman lidah buaya untuk menangani ketombe yang membandel pada kulit kepala anda. 5. Mempercepat Pemulihan Luka Zat pada daging buah lidah buaya merangang susunan kulit yang luka supaya lebih cepat sembuh, serta menukar dengan kulit baru. inilah penyebab mengapa banyak obat-obatan yang terjual di apotek dalam soal pengobatan luka banyak yang memiliki kandungan zat yang ada pada lidah buaya. tersebut segelintir faedah dari tanaman lidah buaya yang ada di pekarangan rumah kita. tidak khayal bila tanaman ini sudah dinobatkan juga sebagai tanaman yang masuk dalam kelompok 10 tanaman terlaris didunia. mudah-mudahan berguna selamat coba serta membaca. Link Terkait : |
You are subscribed to email updates from tanaman getah - Google Blog Search. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment