Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday, 11 September 2015

Kunjungan China Rubber Industry Association (CRIA) ke LGM

No comments:
 
Posted: 01 Sep 2015 04:00 AM PDT

Berita - Kunjungan China Rubber Industry Association (CRIA) ke LGM

Kunjungan China Rubber Industry Association (CRIA) ke LGM

Pada 1 September 2015, Lembaga Getah Malaysia (LGM) menerima kunjungan daripada delegasi China Rubber Industry Association (CRIA) yang diadakan di Bilik Persidangan Aras 1, Bangunan Getah Asli.

Lawatan yang diketuai oleh Ms. Annie Hou, Deputy Secretary General CRIA serta para delegasi yang terdiri daripada pengusaha industri getah China. Manakala wakil dari LGM yang hadir Dr Hj Suarni Sumormo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar & Operasi) LGM, Dr Amir Hashim Md Yatim, Pengarah Pusat Kecemerlangan, Mr Teo Soon Huat, Ahli Lembaga Pengarah LGM serta wakil-wakil dari industi getah Malaysia.

Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk mewujudkan hubungan kerjasama jangka masa panjang diantara CRIA – LGM serta sebagai platform perbincangan dan pertukaran idea bagi menambahbaik industri getah bagi kedua-dua negara. Disamping itu juga, turut diadakan pembentangan oleh wakil delegasi iaitu Ms Annie Hou, mengenai pengeluaran dan penggunaan getah asli, serta prestasi semasa pengeluaran sarung tangan getah dan permintaan getah asli di China oleh Ms Tu Yanling, Secretary General (CRIA)-Latex Branch.

Pada tahun ini sehingga Jun 2015, Malaysia telah mencatatkan jumlah eksport getah dan produk getah ke China sebanyak RM 2.58 billion iaitu merekodkan penurunan sebanyak 20.1% dalam tempoh masa yang sama pada tahun 2014 iaitu berjumlah RM 3.22 billion. Manakala jumlah import getah dan produk getah yang direkodkan sebanyak RM 0.85 billion, mencatatkan kenaikan sebanyak 36.8% berbanding tempoh masa yang sama pada tahun 2014 iaitu sebanyak RM 0.62 billion.

Untuk tahun 2014 nilai eksport bagi getah asli ke China yang direkodkan adalah sebanyak RM 2.06 bilion (327,040 tan), manakala nilai import berjumlah RM 7.79 milion iaitu sebanyak (1,137 tan).

CRIA merupakan persatuan yang dikawal selia dibawah Kementerian Hal Ehwal Awam dan dibentuk dengan gabungan perusahaan getah dan institusi awam. Persatuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1985 dan mempunyai keahlian seramai lebih 1,200 syarikat berasaskan industri pekilangan, dimana keahlianya terdiri daripada pengusaha sektor getah seperti tayar, tiub, kasut dan sektor getah tebus guna.

Dr Hj Suarni bin Sumormo menyampaikan ucapan kepada peserta lawatan Para delegasi dari Persatuan Industri Getah China (CRIA)

Sesi pembentangan dan perkongsian maklumat bersamaCRIA dan LGM Peserta bergambar bersama di akhir sesi

Kunjungan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) ke LGM

Posted: 13 Aug 2015 04:00 AM PDT

Berita - Kunjungan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) ke LGM

Kunjungan Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA) ke LGM

Lembaga Getah Malaysia (LGM) menerima kunjungan hormat dari peserta Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), yang telah diadakan di Stesen Penyelidikan Getah (RRIM) Sungai Buloh, pada 13 Ogos 2015.

Lawatan diketuai oleh Cik Yamada Kaori selaku Penyelaras lawatan dan para peserta JICA yang disertai oleh pihak industri dan pelbagai bidang berkenaan. Diketuai Ms Alemu Mulugeta Tiruneh dari Ethiopia selain waki-wakil Suruhanjaya Pelaburan Ethiopia, Kementerian Perindustrian dan Perdagangan Tanzannia, Ketua Perdagangan Kementerian Luar Afrika Timur, Perdagangan dan Pelancongan Kenya, Pemangku Pengarah Eksekutif Lembaga Pelaburan Sri Lanka, Pengarah Suruhanjaya penggalakan Pelaburan Sudan dan Pegawai Pembangunan Perniagaan Mauritius Enterprise Mauritius. LGM diketuai oleh Dr Amir Hashim bin Md Yatim, Pengarah Pusat Kecemerlangan dan En Ang Chai Seng, Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah.

Objektif lawatan ini bertujuan untuk mendedahkan para peserta mengenai hubungan dagangan dan pelaburan bersama, seterusnya bagi menyediakan pelan tindakan dimana akan dapat digunakan bagi mengukuhkan lagi hubungan ekonomi bagi negara-negara yang terlibat. Selain itu juga, peserta lawatan turut diberi pendedahan mengenai peranan LGM dalam menjadi organisasi terulung dalam membantu dan membangunkan industri getah di Malaysia, ia dilihat menerusi pelbagai penyelidikan pembangunandan penghasilan produk dan strategi pengkomersilan yang telah diperkenalkan oleh LGM bagi industri ini.

Selain taklimat, turut diadakan sesi lawatan ke Pusat Pameran Getah Antarabangsa Malaysia yang menempatkan pameran mengenai produk dan teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM dan peserta turut dibawa melawat ke ladang tanaman getah bagi demonstrasi menoreh oleh kakitangan RRIM.

Sesi pembentangan ringkas oleh Dr Amir Hashim Pelawat diberi penerangan oleh Puan Kulwant ketika di pavilion IRPEC

Lawatan ke ladang getah LGM Peserta lawatan diberi pendedahan mengenai teknik menoreh yang betul

Peserta bergambar kenang-kenangan bersama Dr Amir Hashim Md Yatim dan En Ang Chai Seng

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger