Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 24 September 2015

Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-52

No comments:
 
Posted: 21 Sep 2015 04:00 AM PDT

Berita - Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-52

Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-52

Mesyuarat Agung Tahunan Malaysian Rubber Exchange (MRE) Ke-52 telah diadakan pada 21 September 2015 di Ibu Pejabat Lembaga Getah Malaysia, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YBrs. Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah LGM selaku Pengerusi MRE telah mendapat sambutan yang baik daripada Ahli-ahli MRE. Mesyuarat Agung Tahunan MRE tersebut menyediakan platform kepada ahli-ahli untuk mengutarakan cadangan terhadap penambahbaikan aktiviti-aktiviti MRE di masa hadapan serta membincangkan mengenai isu-isu berkaitan industri getah.

Antara program lain yang turut dimuatkan dalam mesyuarat tersebut adalah sesi taklimat daripada syarikat Northport Malaysia Bhd. (NMB) berkaitan cadangan semakan tarif pengendalian getah di pelabuhan. Syarikat tersebut telah diwakili oleh Encik Lim Seok Hua, Ketua Kargo Konvensional dan Perkhidmatan Logistik dan Encik Max Ng Yuan Jie, Pengurus Akaun, Bahagian Komersial.

Ketua Pengarah LGM selaku Pengerusi MRE, YBrs. Dr. Mohd. Akbar Md. Said menyerahkan cenderahati kepada Encik Lim Seok Hua dan Encik Max Ng Yuan Jie dari Northport Malaysia Bhd Kehadiran ahli-ahli MRE yang memberangsangkan ke Mesyuarat Agung Tahunan MRE yang ke-52 pada 21 September 2015
Ketua Pengarah LGM selaku Pengerusi MRE, YBrs. Dr Mohd Akbar Md Said menyerahkan cenderahati kepada Encik Lim Seok Hua dan Encik Max Ng Yuan Jie dari Northport Malaysia Bhd Kehadiran ahli-ahli MRE yang memberangsangkan ke Mesyuarat Agung Tahunan MRE yang ke-52 pada 21 September 2015

Mantan Ketua Pengarah LGM dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif IRCo

Posted: 01 Sep 2015 01:00 AM PDT

Berita - Mantan Ketua Pengarah LGM dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif IRCo

Mantan Ketua Pengarah LGM dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif IRCo

Ketua Pegawai Eksekutif IRCo, Datuk Dr Salmiah AhmadLembaga Getah Malaysia mengucapkan tahniah diatas pelantikan Datuk Dr Salmiah Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif International Rubber Consortium Limited (IRCo) yang baru. Pelantikan dua penggal yang berkuatkuasa mulai 1 September 2015 menyaksikan Datuk Dr Salmiah Ahmad dilantik bagi menggantikan Mr Yium Tavarolit dari Thailand.

Pengalaman beliau yang kukuh dalam bidang penyelidikan serta penglibatan yang meluas dalam perkhidmatan sokongan melibatkan dasar dan operasi, di lihat dapat memberi manfaat kepada IRCo. Ciri-ciri kepimpinan yang tinggi dan penglibatan aktif Datuk Dr Salmiah menerajui pelbagai projek dan program dapat menyumbang kepada pembangunan industri komoditi yang lebih mampan dan kukuh.

Memegang Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana Sains (Kimia Organik) dari Universiti Northern Illinois, Amerika Syarikat dan beliau menerima PhD dari Kolej Imperial di London dalam bidang kimia fizikal. Beliau juga turut memiliki Sarjana dalam bidang Pengurusan Perniagaan dari Institut Pengurusan Asean, Manila di Filipina.

International Rubber Consortium Limited (IRCo) secara rasminya telah ditubuhkan pada 28 April 2004, dimana objektif penubuhannya adalah untuk mencapai satu aliran harga getah bagi jangka masa panjang yang stabil, mampan dan menguntungkan para petani serta untuk mengekalkan keseimbangan diantara bekalan dan permintaan serta memastikan bekalan getah asli yang mencukupi di pasaran pada harga yang berpatutan.

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger