Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand Ke LGM |
- Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand Ke LGM
- Bicara Tokoh Bersama YBhg. Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali
- Ketua Pengarah Menghadiri Jamuan Mesra Aidilfitri YB Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi
- Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Bersama Masyarakat Pribumi Pos Tuel
Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand Ke LGM Posted: 26 Aug 2015 04:00 AM PDT Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand Ke LGMPada 26 Ogos 2015, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Kedutaan Thailand yang diketuai oleh Duta Besar Thailand, H.E Damrong Kraikruan, Mr Nattapong Suwanpakdee dan Mr Sarun Haetanurak Setiausaha Kedutaan yang diadakan di Stesen Penyelidikan Getah (RRIM) Sungai Buloh. Manakala wakil dari LGM yang hadir Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Dr Amir Hashim Md. Yatim, Pengarah Pusat Kecermelangan, Mr Ang Chai Seng, Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah serta Puan Idahaizura Ibrahim, Penolong Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dengan lebih dekat berkenaan industri getah Malaysia, disamping sebagai platform perbincangan dan pertukaran idea bagi menambahbaik industri getah bagi kedua-dua negara. Lawatan ini juga bagi mengukuhkan hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Thailand khususnya dalam pembangunan industri getah negara. Antara topik yang dibincangkan adalah prestasi getah semasa Thailand-Malaysia dan bagaimana mereka boleh mendapatkan kerjasama LGM dalam mengukuhkan industri getah kedua-dua negara. Turut dikongsikan inovasi yang dibangunkan LGM seperti Rubberised Road dimana hasrat LGM sekurangnya- kurangnya 5% getah digunakan dalam pembuatan dan penurapan jalan baru. Pada tahun 2014, nilai eksport getah dan barangan getah ke Thailand yang telah direkodkan sebanyak RM573.24 million, peningkatan ini adalah sebanyak 0.5% berbanding tahun 2013 iaitu RM570.34 million. Manakala import getah dan barangan getah dari Thailand adalah sebanyak RM4.64 bilion iaitu penurunan sebanyak RM5.48 billion pada tahun 2013. Selain perbincangan, turut diadakan sesi lawatan ke International Rubber Product Exhibition Centre yang menempatkan lebih 3,000 produk barangan getah serta pameran mengenai teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM.
Kunjungan Hormat Duta Besar Thailand Ke LGMPada 26 Ogos 2015, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima kunjungan hormat daripada Delegasi Kedutaan Thailand yang diketuai oleh Duta Besar Thailand, H.E Damrong Kraikruan, Mr Nattapong Suwanpakdee dan Mr Sarun Haetanurak Setiausaha Kedutaan yang diadakan di Stesen Penyelidikan Getah (RRIM) Sungai Buloh. Manakala wakil dari LGM yang hadir Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Dr Amir Hashim Md. Yatim, Pengarah Pusat Kecermelangan, Mr Ang Chai Seng, Pengarah Bahagian Ekonomi dan Pasaran Getah serta Puan Idahaizura Ibrahim, Penolong Setiausaha, Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Objektif lawatan ini adalah untuk memberi pendedahan dengan lebih dekat berkenaan industri getah Malaysia, disamping sebagai platform perbincangan dan pertukaran idea bagi menambahbaik industri getah bagi kedua-dua negara. Lawatan ini juga bagi mengukuhkan hubungan diplomatik diantara Malaysia dan Thailand khususnya dalam pembangunan industri getah negara. Antara topik yang dibincangkan adalah prestasi getah semasa Thailand-Malaysia dan bagaimana mereka boleh mendapatkan kerjasama LGM dalam mengukuhkan industri getah kedua-dua negara. Turut dikongsikan inovasi yang dibangunkan LGM seperti Rubberised Road dimana hasrat LGM sekurangnya- kurangnya 5% getah digunakan dalam pembuatan dan penurapan jalan baru. Pada tahun 2014, nilai eksport getah dan barangan getah ke Thailand yang telah direkodkan sebanyak RM573.24 million, peningkatan ini adalah sebanyak 0.5% berbanding tahun 2013 iaitu RM570.34 million. Manakala import getah dan barangan getah dari Thailand adalah sebanyak RM4.64 bilion iaitu penurunan sebanyak RM5.48 billion pada tahun 2013. Selain perbincangan, turut diadakan sesi lawatan ke International Rubber Product Exhibition Centre yang menempatkan lebih 3,000 produk barangan getah serta pameran mengenai teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM.
| ||||||||||||||||||||||||
Bicara Tokoh Bersama YBhg. Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali Posted: 21 Aug 2015 04:00 AM PDT Bicara Tokoh Bersama YBhg. Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali21 Ogos 2015, telah berlangsungnya Kolokium Perdana, Bicara Tokoh Siri Ke-2 bersama YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali. Yang Bhg Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi CIDB Malaysia berkuatkuasa pada 17 Februari 2014. Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah bagi UEM Group Berhad, UEM Sunrise Berhad, PLUS Expressways International Berhad, Linde Malaysia Holdings Berhad, dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Standards and Industry Research Institute Malaysia (SIRIM), sebelum dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad dan kemudiannya menjadi Pengerusi Gas Malaysia Berhad. Turut hadir sama pada Kolokium ini adalah YBrs. Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia serta barisan Ahli-ahli Majlis Pengurusan Tertinggi, para pegawai dan kakitangan LGM. Membawakan topik bicara "Science, Technology & Innovation: Hindsight, Insight & Foresight" antara lainnya turut membincangkan perkembangan penyelidikan sains dan teknologi. Justeru dilihat menerusi pelbagai bidang yang diterajui oleh LGM dalam penyelidikan menerusi "Standard Malaysia Rubber" membolehkan LGM untuk membantu membangunkan ekonomi negara melalui peningkatan pendapatan pekebun kecil. Penyelidikan dan pembangunan, sains, teknologi dan inovasi telah membantu membina kesejahteraan ekonomi negara. Tan Sri juga menegaskan betapa pentingnya kelompok komuniti sains dan teknologi serta peranan sains dan teknologi itu sendiri, didalam usaha-usaha pembangunan sosio ekonomi Negara. Tidak lupa juga perkongsian pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh YBhg. Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali. Memetik kata beliau "keseronokan dan kepuasan dalam bekerja adalah penting", justeru dilihat menerusi pelbagai bidang yang diterajui oleh LGM sama ada sebagai seorang penyelidik mahupun bukan keseronokan bekerja adalah penting dalam mencetus pelbagai idea dan kemampuan. Turut berkongsi pandangan adalah YBrs. Dr Mohd Akbar Md Said, dimana beliau menasihatkan bahawa "Buktikan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang diharapkan" dan bersama membawa LGM untuk lebih dikenali dan berjaya di peringkat global, turut diadakan sesi soal jawab perkongsian maklumat kepada kakitangan LGM yang hadir. Dr Amir Hashim bin Md Yatim, Pengarah Centre of Excellence LGM adalah moderator dalam sesi kolokium ini.
Bicara Tokoh Bersama YBhg. Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali21 Ogos 2015, telah berlangsungnya Kolokium Perdana, Bicara Tokoh Siri Ke-2 bersama YBhg. Tan Sri Dr. Ir. Ahmad Tajuddin Ali. Yang Bhg Tan Sri telah dilantik sebagai Pengerusi CIDB Malaysia berkuatkuasa pada 17 Februari 2014. Tan Sri Dr Ahmad Tajuddin juga merupakan Pengerusi Lembaga Pengarah bagi UEM Group Berhad, UEM Sunrise Berhad, PLUS Expressways International Berhad, Linde Malaysia Holdings Berhad, dan Suruhanjaya Tenaga Malaysia. Sebelum ini beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Standards and Industry Research Institute Malaysia (SIRIM), sebelum dilantik sebagai Pengerusi dan Ketua Eksekutif Tenaga Nasional Berhad dan kemudiannya menjadi Pengerusi Gas Malaysia Berhad. Turut hadir sama pada Kolokium ini adalah YBrs. Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia serta barisan Ahli-ahli Majlis Pengurusan Tertinggi, para pegawai dan kakitangan LGM. Membawakan topik bicara "Science, Technology & Innovation: Hindsight, Insight & Foresight" antara lainnya turut membincangkan perkembangan penyelidikan sains dan teknologi. Justeru dilihat menerusi pelbagai bidang yang diterajui oleh LGM dalam penyelidikan menerusi "Standard Malaysia Rubber" membolehkan LGM untuk membantu membangunkan ekonomi negara melalui peningkatan pendapatan pekebun kecil. Penyelidikan dan pembangunan, sains, teknologi dan inovasi telah membantu membina kesejahteraan ekonomi negara. Tan Sri juga menegaskan betapa pentingnya kelompok komuniti sains dan teknologi serta peranan sains dan teknologi itu sendiri, didalam usaha-usaha pembangunan sosio ekonomi Negara. Tidak lupa juga perkongsian pengalaman dan kejayaan yang telah dicapai oleh YBhg. Tan Sri Dr Ir Ahmad Tajuddin Ali. Memetik kata beliau "keseronokan dan kepuasan dalam bekerja adalah penting", justeru dilihat menerusi pelbagai bidang yang diterajui oleh LGM sama ada sebagai seorang penyelidik mahupun bukan keseronokan bekerja adalah penting dalam mencetus pelbagai idea dan kemampuan. Turut berkongsi pandangan adalah YBrs. Dr Mohd Akbar Md Said, dimana beliau menasihatkan bahawa "Buktikan kemampuan diri untuk mencapai sesuatu yang diharapkan" dan bersama membawa LGM untuk lebih dikenali dan berjaya di peringkat global, turut diadakan sesi soal jawab perkongsian maklumat kepada kakitangan LGM yang hadir. Dr Amir Hashim bin Md Yatim, Pengarah Centre of Excellence LGM adalah moderator dalam sesi kolokium ini.
| ||||||||||||||||||||||||
Posted: 08 Aug 2015 06:00 AM PDT Ketua Pengarah Menghadiri Jamuan Mesra Aidilfitri YB Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan KomoditiKakitangan dan pengurusan Lembaga Getah Malaysia telah dijemput untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato' Noriah Kasnon pada 8 Ogos 2015. Majlis Jamuan Mesra Aidilfirtri ini diadakan di Dewan Bestari, SMK Sungai Besar, Selangor menyaksikan lebih 5,000 tetamu yang hadir. Ketua Setiausaha MPIC, YBhg Datuk Himmat Singh diiringi oleh YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah LGM dan kakitangan telah menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan menghabiskan masa beramah mesra dengan tetamu. Turut mengiringi Ketua Pengarah telah Dr Suarni Sumormo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Operasi), Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan. Suasana di rumah terbuka tersebut dilihat begitu meriah dengan tetamu yang hadir mengenakan pakaian Hari Raya dan pakaian tradisional dengan pelbagai makanan tempatan dan tradisional dihidangkan sambil dihiburkan dengan muzik tradisional. Rumah terbuka diadakan untuk menggalakkan semangat kekitaan dan membina hubungan yang lebih rapat dengan sesame tetamu.
Ketua Pengarah Menghadiri Jamuan Mesra Aidilfitri YB Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan Dan KomoditiKakitangan dan pengurusan Lembaga Getah Malaysia telah dijemput untuk menyambut Hari Raya Aidil Fitri bersama dengan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi YB Dato' Noriah Kasnon pada 8 Ogos 2015. Majlis Jamuan Mesra Aidilfirtri ini diadakan di Dewan Bestari, SMK Sungai Besar, Selangor menyaksikan lebih 5,000 tetamu yang hadir. Ketua Setiausaha MPIC, YBhg Datuk Himmat Singh diiringi oleh YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah LGM dan kakitangan telah menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan menghabiskan masa beramah mesra dengan tetamu. Turut mengiringi Ketua Pengarah telah Dr Suarni Sumormo, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Operasi), Ketua-ketua Jabatan dan kakitangan. Suasana di rumah terbuka tersebut dilihat begitu meriah dengan tetamu yang hadir mengenakan pakaian Hari Raya dan pakaian tradisional dengan pelbagai makanan tempatan dan tradisional dihidangkan sambil dihiburkan dengan muzik tradisional. Rumah terbuka diadakan untuk menggalakkan semangat kekitaan dan membina hubungan yang lebih rapat dengan sesame tetamu.
| ||||||||||||||||||||||||
Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Bersama Masyarakat Pribumi Pos Tuel Posted: 02 Aug 2015 06:00 AM PDT Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Bersama Masyarakat Pribumi Pos TuelSempena Hari Raya AidilFitri pada tahun ini Lembaga Getah Malaysia (LGM) Negeri Kelantan telah menganjurkan majlis ramah tamah aidilfitri bersama Peserta Getah Untuk Pribumi (GUP) Pos Tuel dan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) LGM. Majlis ini telah diadakan pada 2 Ogos 2015 di PosTuel, GuaMusang, Kelantan dan telah dihadiri oleh seramai 350 orang yang terdiri daripada peserta GUP Pos Tuel serta ahli keluarga masing-masing dan warga LGM. Pada majlis ini kehadiran Ahli MPT yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Akbar Md. Said, Ketua Pengarah LGM dan 40 warga LGM telah disambut dengan meriah dan dalam suasana muhibah. Semua yang hadir pada majlis tersebut telah dihidangkan dengan juadah tradisional hari raya masyarakat pribumi yang disediakan khas oleh peserta GUP. Turut diadakan dalam majlis ini ialah majlis penyampaian sijil kursus kepada peserta GUP yang telah menghadiri Kursus Pengurusan Kebun anjuran LGM Negeri Kelantan. Kursus yang diadakan adalah untuk membimbing peserta GUP menguruskan kebun getah dengan baik seperti amalan pembajaan, cantasan terkawal serta kawalan penyakit. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Pengarah LGM dalam majlis ini, beliau menyatakan kehadiran LGM melalui projek GUP di Pos Tuel, bukan hanya memberi tumpuan kepada kemajuan projek tanaman getah sahaja, malahan ianya merangkumi hal ehwal komuniti masyarakat pribumi seperti pendidikan anak-anak peserta GUP, kebajikan keluarga peserta dan membantu mempertingkatkan ekonomi masyarakat ini. Sebelum program berakhir Ketua Pengarah juga turut membuat lawatan ke kebun peserta projek yang memulakan tanaman getah bermula Mac 2012 melalui Projek GUP. Ketua Pengarah amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta projek dan berterima kasih juga kepada Penyelia Projek GUP Pos Tuel yang sanggup member khidmat kepada masyarakat pribumi yang jauh di pendalaman.
Majlis Ramah Tamah Aidil Fitri Bersama Masyarakat Pribumi Pos TuelSempena Hari Raya AidilFitri pada tahun ini Lembaga Getah Malaysia (LGM) Negeri Kelantan telah menganjurkan majlis ramah tamah aidilfitri bersama Peserta Getah Untuk Pribumi (GUP) Pos Tuel dan Ahli Majlis Pengurusan Tertinggi (MPT) LGM. Majlis ini telah diadakan pada 2 Ogos 2015 di PosTuel, GuaMusang, Kelantan dan telah dihadiri oleh seramai 350 orang yang terdiri daripada peserta GUP Pos Tuel serta ahli keluarga masing-masing dan warga LGM. Pada majlis ini kehadiran Ahli MPT yang diketuai oleh YBrs. Dr. Mohd Akbar Md. Said, Ketua Pengarah LGM dan 40 warga LGM telah disambut dengan meriah dan dalam suasana muhibah. Semua yang hadir pada majlis tersebut telah dihidangkan dengan juadah tradisional hari raya masyarakat pribumi yang disediakan khas oleh peserta GUP. Turut diadakan dalam majlis ini ialah majlis penyampaian sijil kursus kepada peserta GUP yang telah menghadiri Kursus Pengurusan Kebun anjuran LGM Negeri Kelantan. Kursus yang diadakan adalah untuk membimbing peserta GUP menguruskan kebun getah dengan baik seperti amalan pembajaan, cantasan terkawal serta kawalan penyakit. Dalam ucapan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Pengarah LGM dalam majlis ini, beliau menyatakan kehadiran LGM melalui projek GUP di Pos Tuel, bukan hanya memberi tumpuan kepada kemajuan projek tanaman getah sahaja, malahan ianya merangkumi hal ehwal komuniti masyarakat pribumi seperti pendidikan anak-anak peserta GUP, kebajikan keluarga peserta dan membantu mempertingkatkan ekonomi masyarakat ini. Sebelum program berakhir Ketua Pengarah juga turut membuat lawatan ke kebun peserta projek yang memulakan tanaman getah bermula Mac 2012 melalui Projek GUP. Ketua Pengarah amat berpuas hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh peserta projek dan berterima kasih juga kepada Penyelia Projek GUP Pos Tuel yang sanggup member khidmat kepada masyarakat pribumi yang jauh di pendalaman.
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment