Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015 |
- Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015
- Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi
- YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Dianugerahkan Tokoh Buku Industri Getah 2015
- Program Bersama Peserta GUP Sabah
- Seminar Galas Getah Teknologi Perlindungan Gempa Bumi Di Sabah Beri Pendedahan Awal Mengenai Keselamatan Bangunan
Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015 Posted: 05 Dec 2015 02:00 AM PST Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015Hari Keluarga Lembaga Getah (LGM) Malaysia 2015 telah diraikan dengan penuh kemeriahan pada 5 Disember 2015. Hampir 1,000 warga LGM bersama keluarga telah hadir ke sambutan ini yang bertemakan 'Keluarga Bahagia LGM Sejahtera' di Denai Alam Recreational Riding Club, Shah Alam. Selaras dengan tema yang telah dipilih, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan kea rah pengukuhan dan pemantapan semangat kerjasama dalam organisasi serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi. Sambutan Hari Keluarga ini merupakan acara dwitahunan yang dianjurkan untuk mengeratkan silaturahim dan mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pengurusan tertingi, warga LGM dan ahli keluarga. Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah (LGM) yang memberikan kata-kata semangat kepada seluruh peserta untuk bersama-sama menjayakan sambutan dengan mengikuti acara dan permainan yang telah disediakan. Antara permainan yang telah diadakan bagi peserta dewasa adalah terompah gergasi, susun bata, kereta sorong dan lari kembar manakala untuk kanak-kanak pula bola beracun, musical chair dan rebut gula-gula telah diadakan. Kesemua permainan telah mendapat sambutan yang menggalakkan namun acara kemuncak bagi sambutan ini adalah acara tarik tali yang sememangnya dinantikan oleh warga LGM. Bagi menghangatkan lagi suasana, acara cabutan bertuah turut diadakan. Juara keseluruhan kumpulan telah dimenangi oleh Rumah Biru. Antara pengurusan tertinggi yang turut hadir adalah Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Tuan Mohamad Tuan Muda, En Azhan Haris Ajidan, En Ang Chai Seng dan Dr Fauzi Md Som manakala Ahli Lembaga Pengarah LGM yang hadir adalah Dr Abu Amu dan En Yeaw Kok Kwey.
Warga LGM Meriahkan Sambutan Hari Keluarga 2015Hari Keluarga Lembaga Getah (LGM) Malaysia 2015 telah diraikan dengan penuh kemeriahan pada 5 Disember 2015. Hampir 1,000 warga LGM bersama keluarga telah hadir ke sambutan ini yang bertemakan 'Keluarga Bahagia LGM Sejahtera' di Denai Alam Recreational Riding Club, Shah Alam. Selaras dengan tema yang telah dipilih, aktiviti seperti ini juga dapat mengeratkan hubungan kea rah pengukuhan dan pemantapan semangat kerjasama dalam organisasi serta mampu mencetuskan perasaan kasih sayang dan semangat kekeluargaan yang lebih tinggi. Sambutan Hari Keluarga ini merupakan acara dwitahunan yang dianjurkan untuk mengeratkan silaturahim dan mewujudkan hubungan yang lebih mesra antara pengurusan tertingi, warga LGM dan ahli keluarga. Acara dimulakan dengan ucapan aluan daripada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah (LGM) yang memberikan kata-kata semangat kepada seluruh peserta untuk bersama-sama menjayakan sambutan dengan mengikuti acara dan permainan yang telah disediakan. Antara permainan yang telah diadakan bagi peserta dewasa adalah terompah gergasi, susun bata, kereta sorong dan lari kembar manakala untuk kanak-kanak pula bola beracun, musical chair dan rebut gula-gula telah diadakan. Kesemua permainan telah mendapat sambutan yang menggalakkan namun acara kemuncak bagi sambutan ini adalah acara tarik tali yang sememangnya dinantikan oleh warga LGM. Bagi menghangatkan lagi suasana, acara cabutan bertuah turut diadakan. Juara keseluruhan kumpulan telah dimenangi oleh Rumah Biru. Antara pengurusan tertinggi yang turut hadir adalah Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi), Tuan Mohamad Tuan Muda, En Azhan Haris Ajidan, En Ang Chai Seng dan Dr Fauzi Md Som manakala Ahli Lembaga Pengarah LGM yang hadir adalah Dr Abu Amu dan En Yeaw Kok Kwey.
| ||||||||||||||||||||
Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi Posted: 29 Nov 2015 04:00 AM PST Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota TinggiPada 29 November 2015, Lembaga Getah Malaysia telah mengadakan satu sesi khas iaitu Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi (SPKT). Hampir 100 warga LGM yang terdiri daripada kakitangan SPKT dan wilayah selatan telah hadir ke majlis ini. Perhimpunan ini diadakan khas bagi Ketua Pengarah, YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said untuk bertemu dengan warga LGM di SPKT dalam menyampaikan amanat bagi memastikan warga LGM terus memberikan perkhidmatan berkualiti dan ke arah organisasi cemerlang selaras dengan moto LGM iaitu 'Kreatif, Progresif dan Inovatif. YBhg Datuk Dr Mohd Akbar menekankan setiap warga LGM perlu melakukan kerja dengan penuh ketekunan dan kepentingan kerjasama dalam melakukan setiap pekerjaan. Antara mesej lain yang jelas disampaikan adalah mengenai kepentingan untuk terus menimba ilmu dalam pelbagai bidang bukan sahaja untuk keperluan dalam pekerjaan namun untuk kehidupan seharian. Selain itu, perhimpunan ini memberikan peluang kepada warga LGM di SPKT untuk berkongsi segala permasalahan, pendapat dan medan untuk beramah mesra bersama Pengurusan Tertinggi LGM dengan lebih dekat. Sebelum mengakhiri majlis, pihak pengurusan juga telah menyampaikan cek bagi perkhidmatan lama bernilai antara RM 1,000 ke RM 5, 000 kepada enam warga SPKT yang telah berkhidmat hampir 17tahun dan ke atas. Barisan pengurusan tertinggi LGM yang turut hadir adalah Dr Nasaruddin Mohd Aris, Pengarah Bahagian Kemajuan Pengeluaran, Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan, Dr Fauzi Md Som, Pengarah Centre of Excellence, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti dan Perkhidmatan Teknikal. Pengarah Bahagian juga turut menyampaikan mesej dan berkongsi pengalaman bersama warga LGM yang telah hadir.
Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota TinggiPada 29 November 2015, Lembaga Getah Malaysia telah mengadakan satu sesi khas iaitu Perhimpunan Ketua Pengarah bersama anggota Stesen Penyelidikan Kota Tinggi (SPKT). Hampir 100 warga LGM yang terdiri daripada kakitangan SPKT dan wilayah selatan telah hadir ke majlis ini. Perhimpunan ini diadakan khas bagi Ketua Pengarah, YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said untuk bertemu dengan warga LGM di SPKT dalam menyampaikan amanat bagi memastikan warga LGM terus memberikan perkhidmatan berkualiti dan ke arah organisasi cemerlang selaras dengan moto LGM iaitu 'Kreatif, Progresif dan Inovatif. YBhg Datuk Dr Mohd Akbar menekankan setiap warga LGM perlu melakukan kerja dengan penuh ketekunan dan kepentingan kerjasama dalam melakukan setiap pekerjaan. Antara mesej lain yang jelas disampaikan adalah mengenai kepentingan untuk terus menimba ilmu dalam pelbagai bidang bukan sahaja untuk keperluan dalam pekerjaan namun untuk kehidupan seharian. Selain itu, perhimpunan ini memberikan peluang kepada warga LGM di SPKT untuk berkongsi segala permasalahan, pendapat dan medan untuk beramah mesra bersama Pengurusan Tertinggi LGM dengan lebih dekat. Sebelum mengakhiri majlis, pihak pengurusan juga telah menyampaikan cek bagi perkhidmatan lama bernilai antara RM 1,000 ke RM 5, 000 kepada enam warga SPKT yang telah berkhidmat hampir 17tahun dan ke atas. Barisan pengurusan tertinggi LGM yang turut hadir adalah Dr Nasaruddin Mohd Aris, Pengarah Bahagian Kemajuan Pengeluaran, Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan, Dr Fauzi Md Som, Pengarah Centre of Excellence, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti dan Perkhidmatan Teknikal. Pengarah Bahagian juga turut menyampaikan mesej dan berkongsi pengalaman bersama warga LGM yang telah hadir.
| ||||||||||||||||||||
YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Dianugerahkan Tokoh Buku Industri Getah 2015 Posted: 25 Nov 2015 04:00 PM PST YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Dianugerahkan Tokoh Buku Industri Getah 2015Pada 26 November 2015,YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima anugerah Tokoh Buku Industri Getah sempena Majlis Anugerah Buku Negara 2015. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Anugerah tahunan anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara itu merupakan satu pengiktirafan kepada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar yang banyak terlibat dalam penerbitan buku-buku di RRIM/LGM antaranya seperti RRIM R&D Achievement, TARRC Coffee Table Book dan International Rubber Research Development Board (IRRDB) Tapping Notation. Di majlis itu juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh penulisan dan penerbit terkenal termasuklah Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (Tokoh Buku Negara), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim (Tokoh Sejarawan), Prof Emeritus Dr Hashim Musa (Tokoh Linguistik) dan Prof Madya Dr Lim Swee Tin (Anugerah Perdana Aminuddin Baki.
YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Dianugerahkan Tokoh Buku Industri Getah 2015Pada 26 November 2015,YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menerima anugerah Tokoh Buku Industri Getah sempena Majlis Anugerah Buku Negara 2015. Anugerah tersebut disampaikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Anugerah tahunan anjuran Yayasan Pembangunan Buku Negara itu merupakan satu pengiktirafan kepada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar yang banyak terlibat dalam penerbitan buku-buku di RRIM/LGM antaranya seperti RRIM R&D Achievement, TARRC Coffee Table Book dan International Rubber Research Development Board (IRRDB) Tapping Notation. Di majlis itu juga menyaksikan Timbalan Perdana Menteri menyampaikan anugerah kepada beberapa tokoh penulisan dan penerbit terkenal termasuklah Tan Sri Prof Dr Syed Muhammad Naquib al-Attas (Tokoh Buku Negara), Prof Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Khim (Tokoh Sejarawan), Prof Emeritus Dr Hashim Musa (Tokoh Linguistik) dan Prof Madya Dr Lim Swee Tin (Anugerah Perdana Aminuddin Baki.
| ||||||||||||||||||||
Program Bersama Peserta GUP Sabah Posted: 13 Nov 2015 04:00 AM PST Program Bersama Peserta GUP SabahPada 13 November 2015 yang lalu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan Majlis Suai Kenal Bersama Peserta Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) Sabah yang telah diadakan di Kampung, Paung Maragang, Membakut Sabah. Hadir pada program ini adalah, Tuan Haji Sanudin Hj Ismail, Penolong Pegawai Daerah Membakut serta En Awang Ku Lampoh Pengiran Simpul Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut, disamping penglibatan agensi-agensi pelaksana seperti Lembaga Industri Getah Sabah Daerah Membakut dan Bongawan dan RISDA Daerah Beaufort. Objektif pelaksanaan program ini adalah sebagai sesi suai kenal peserta GUP diantara pemimpin tempatan dan Majlis Tertinggi LGM, sekaligus dapat memperkenalkan Projek GUP ini kepada pemimpin tempatan. Pada program ini, seramai 84 orang pesert GUP menerima sijil penyertaan projek yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan (BPP) serta En Muhamad Aini bin Daud, Pengarah LGM, Negeri Sabah. Selain itu, turut disampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran iaitu Encik Gerard Bin Fredolin Sendukor dari Kg Paung Maragang yang merupakan salah seorang peserta GUP. Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian sumazau dan pukulan gong dari anak-anak Persatuan Tunas Baru yang dipimpin oleh En Jofery selaku Ketua Kampung Paung Maragang. Di akhir sesi, para tetamu dibawa untuk melawat ke Pusat Pembelajaran Getah yang terletak di kawasan Projek GUP, serta lawatan ke ladang getah milik salah seorang peserta GUP iaitu Raymund bin Mositol.
Program Bersama Peserta GUP SabahPada 13 November 2015 yang lalu, Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan Majlis Suai Kenal Bersama Peserta Projek Getah Untuk Pribumi (GUP) Sabah yang telah diadakan di Kampung, Paung Maragang, Membakut Sabah. Hadir pada program ini adalah, Tuan Haji Sanudin Hj Ismail, Penolong Pegawai Daerah Membakut serta En Awang Ku Lampoh Pengiran Simpul Pemimpin Pembangunan Masyarakat Membakut, disamping penglibatan agensi-agensi pelaksana seperti Lembaga Industri Getah Sabah Daerah Membakut dan Bongawan dan RISDA Daerah Beaufort. Objektif pelaksanaan program ini adalah sebagai sesi suai kenal peserta GUP diantara pemimpin tempatan dan Majlis Tertinggi LGM, sekaligus dapat memperkenalkan Projek GUP ini kepada pemimpin tempatan. Pada program ini, seramai 84 orang pesert GUP menerima sijil penyertaan projek yang disampaikan oleh Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan (BPP) serta En Muhamad Aini bin Daud, Pengarah LGM, Negeri Sabah. Selain itu, turut disampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran iaitu Encik Gerard Bin Fredolin Sendukor dari Kg Paung Maragang yang merupakan salah seorang peserta GUP. Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian sumazau dan pukulan gong dari anak-anak Persatuan Tunas Baru yang dipimpin oleh En Jofery selaku Ketua Kampung Paung Maragang. Di akhir sesi, para tetamu dibawa untuk melawat ke Pusat Pembelajaran Getah yang terletak di kawasan Projek GUP, serta lawatan ke ladang getah milik salah seorang peserta GUP iaitu Raymund bin Mositol.
| ||||||||||||||||||||
Posted: 12 Nov 2015 04:00 AM PST Seminar Galas Getah Teknologi Perlindungan Gempa Bumi Di Sabah Beri Pendedahan Awal Mengenai Keselamatan BangunanPada 12 November 2015, Seminar Perlindungan Gempa Bumi dengan Galas Getah Beredam Tinggi (HRDB) untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran HRDB. Seminar ini telah dianjurkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pihak yang berkepentingan. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penggunaan bahan pengasingan asas bagi melindungi struktur bangunan dan jambatan serta kandungan dari kesan gempa bumi. Empat kertas telah dibentangkan yang mana ianya terdiri daripada wakil industri, ahli akademik serta kertas penyelidikan. Turut diadakan sesi soal jawab dan perkongsian maklumat oleh ahli panel, dan pameran teknologi HRDB yang diaplikasikan ke model bangunan. Galas HDRB berfungsi dengan memantulkan tenaga gempa bumi kembali ke tanah dan seterusnya menghadkan anjakan struktur. Keadaan ini lebih dikenali sebagai pemencilan tapak yang mana dapat memastikan struktur dan juga isi dalaman struktur kekal selamat sekiranya gempa bumi berlaku. Seminar yang diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) LGM. Turut hadir sama pada seminar ini Dr Amir Hashim Md Yatim, Pengarah Teknologi & Kejuruteraan, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti & Perkhidmatan Teknikal, Dr Mohd Nasaruddin Mohd Aris, Pengarah Kemajuan Pengeluaran dan Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Pengembangan & Pembangunan. Penganjuran seminar ini telah diterima dengan baik dengan penyertaan lebih dari 40 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi yang berkepentingan termasuk agensi swasta. Panel Pembentang:- Kertas 2: YBhg Dato' Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif (TARRC). Kertas 3: Encik Or Tan Teng, Pengarah Urusan Doshin Rubber Product (M) Sdn Bhd. Kertas 4: YBhg Dato' Ir Dr Ismail Mohamed Taib, Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
Seminar Galas Getah Teknologi Perlindungan Gempa Bumi Di Sabah Beri Pendedahan Awal Mengenai Keselamatan BangunanPada 12 November 2015, Seminar Perlindungan Gempa Bumi dengan Galas Getah Beredam Tinggi (HRDB) untuk mempromosi dan meningkatkan kesedaran HRDB. Seminar ini telah dianjurkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk pihak yang berkepentingan. Objektif utama pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pihak-pihak yang berkepentingan terhadap penggunaan bahan pengasingan asas bagi melindungi struktur bangunan dan jambatan serta kandungan dari kesan gempa bumi. Empat kertas telah dibentangkan yang mana ianya terdiri daripada wakil industri, ahli akademik serta kertas penyelidikan. Turut diadakan sesi soal jawab dan perkongsian maklumat oleh ahli panel, dan pameran teknologi HRDB yang diaplikasikan ke model bangunan. Galas HDRB berfungsi dengan memantulkan tenaga gempa bumi kembali ke tanah dan seterusnya menghadkan anjakan struktur. Keadaan ini lebih dikenali sebagai pemencilan tapak yang mana dapat memastikan struktur dan juga isi dalaman struktur kekal selamat sekiranya gempa bumi berlaku. Seminar yang diadakan di Hotel Promenade, Kota Kinabalu, Sabah ini telah dirasmikan oleh YBrs Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) LGM. Turut hadir sama pada seminar ini Dr Amir Hashim Md Yatim, Pengarah Teknologi & Kejuruteraan, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti & Perkhidmatan Teknikal, Dr Mohd Nasaruddin Mohd Aris, Pengarah Kemajuan Pengeluaran dan Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Pengembangan & Pembangunan. Penganjuran seminar ini telah diterima dengan baik dengan penyertaan lebih dari 40 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi yang berkepentingan termasuk agensi swasta. Panel Pembentang:- Kertas 2: YBhg Dato' Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif (TARRC). Kertas 3: Encik Or Tan Teng, Pengarah Urusan Doshin Rubber Product (M) Sdn Bhd. Kertas 4: YBhg Dato' Ir Dr Ismail Mohamed Taib, Pengarah Urusan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB).
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment