Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Sunday, 18 August 2013

Panduan : Penyediaan Tapak atau Kawasan Penanaman Getah

No comments:
 
Pembersihan Kawasan
Sebelum kerja penanaman dilaksanakan, kebun perlu dibersihkan daripada segala tanaman lain supaya tiada naungan. Pemuliharaan tanah, pembinaan teres, parit serta jalan perlu diberi perhatian dalam pembangunan ladang.

Kaedah Pembersihan Kawasan
Pokok-pokok ditolak menggunakan jentolak sehingga tumbang dan terbungkas akarnya. Pokok-pokok yang ditolak direbahkan sehala dalam kawasan hendak ditanam semula atau tanaman baru.
Bagi kawasan yang tidak boleh dimasuki jentolak atau menebang secara manual sukar dilakukan, musnahkan pokok dengan racun pokok. Campuran 1 bahagian Garlon 250 dengan 8 bahagian diesal disapu pada keliling pangkal pokok selebar 40 sm. Ulangi meracun bagi pokok yang tidak mati.

Membaris Lubang Tanaman
Tujuan utama membaris lubang tanaman adalah untuk menggunakan tanah sepenuhnya dan bagi mendapatkan tumbesaran pokok yang baik.

Menyediakan Lubang Tanaman
Saiz lubang tanaman mempengaruhi tumbesaran pokok getah.
Gali lubang dengan cangkul sekurang-kurangnya 45 sm x 45 sm x 45 sm.
Lubang yang digali dengan jentera bentuknya bulat dengan garis pusat 45 sm.
Tanah yang digali diletakkan di tepi lubang. Buat dua longgok serta asingkan tanah lapisan atas dan lapisan bawah.
Gaul tanah dengan 113 gram baja debu fosfat asli seperti CIRP.

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger