Salam sejahtera,.
Terima kasih kerana datang melawat ke blog saya yang ringkas ini. Terus kepada persoalan di atas. Kenapa tanam pokok getah? Persoalan ini bakal dijawab dengan baik dan ringkasa setelah anda membaca dan mengikuti saya dalam artikel - artikel saya yang seterusnya.
Pengenalan
Getah berasal dari Brazil tapi berkembang maju di Tanah Melayu. Kenapa ya? Sebab di Brazil, pokok getah diserang penyakit hawar daun (leaf blight) menyebabkan kebanyakan pokok getah mati. Di Malaysia pula, penyakit tersebut tak sampai. Kita menjalankan kawalan ketat dalam mengelak penyakit ini sampai dan merebak di Malaysia. Dengan ini pokok getah di Malaysia tumbuh dengan baik.
Sebab Pertama - Kawalan Penyakit
Sebab Kedua - Harga Terus Meningkat
Diketahui juga harga getah asli mula naik setelah tahun 2000 selepas Malaysia, Indonesia, dan Thailand mengambil langkah mengawal pengeluaran getah asli masing-masing. Inipun cadangan dari Malaysia. Kalau tak sebelum tu Indonesia dan Thailand berlagak nak bersaing dengan Malaysia siapa jual harga paling murah. Apabila harga getah jatuh teruk barulah mereka sedar. Masa itulah nak dengar kata Malaysia. Kesannya kita boleh lihat sekarang. Harga getah asli mula meningkat dari tahun ke tahun. Pesaing utama getah asli kita adalah dengan getah tiruan. Walaupun begitu getah tiruan tak dapat bertahan lama sebab getah tiruan menggunakan sumber yang akan habis iaitu petroleum. Manakala getah asli menggunakan sumber yang boleh dijana semula (renewable resource).
Sebab Ketiga - Mudah Dijaga
Kesimpulan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment