Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA |
Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA Posted: 13 Feb 2015 12:00 AM PST Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEAUnit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah menganjurkan Bengkel NKEA Minyak Sawit dan Getah 2015. Bengkel ini yang telah bermula pada 26 Januari 2015 telah dirasmikan oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas. Di antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PEMANDU YB Dato' Sri Idris Jala dan Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi. Bengkel ini telah diadakan untuk mengkaji serta menilai semula kesan kepada NKEA yang terkini dan hala tuju yang baru pada masa akan datang. Tahun 2015 merupakan tahun kelima pelaksanaan NKEA Minyak Sawit & Getah dan bengkel ini dilihat sebagai satu platform yang baik untuk melaksanakan aktiviti kaji semula. Terdapat sembilan bengkel yang berasingan yang dipecahkan mengikut aliran minyak sawit dan getah. Pertamanya adalah Pekebun Kecil Minyak Sawit, Pekebun Kecil Getah, Produktiviti Minyak Sawit, Oleochemicals & SME, Makanan dan Kesihatan, Getah Asli, Lateks, Tenaga dan Efluen dan Aliran Terbuka. Sambutan bagi bengkel NKEA ini adalah amat menggalakkan di mana terdapat lebih 150 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai bidang dan industri dalam sektor kerajaan dan swasta. Antaranya terdapat wakil-wakil daripada FELDA, FELCRA, RISDA, Petronas, Shell, Sime Darby dan lain-lain. Bengkel ini telah menutup tirainya pada 13 Februari 2015 dan dengan rasminya ditutup oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas.
Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEAUnit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah menganjurkan Bengkel NKEA Minyak Sawit dan Getah 2015. Bengkel ini yang telah bermula pada 26 Januari 2015 telah dirasmikan oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas. Di antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PEMANDU YB Dato' Sri Idris Jala dan Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi. Bengkel ini telah diadakan untuk mengkaji serta menilai semula kesan kepada NKEA yang terkini dan hala tuju yang baru pada masa akan datang. Tahun 2015 merupakan tahun kelima pelaksanaan NKEA Minyak Sawit & Getah dan bengkel ini dilihat sebagai satu platform yang baik untuk melaksanakan aktiviti kaji semula. Terdapat sembilan bengkel yang berasingan yang dipecahkan mengikut aliran minyak sawit dan getah. Pertamanya adalah Pekebun Kecil Minyak Sawit, Pekebun Kecil Getah, Produktiviti Minyak Sawit, Oleochemicals & SME, Makanan dan Kesihatan, Getah Asli, Lateks, Tenaga dan Efluen dan Aliran Terbuka. Sambutan bagi bengkel NKEA ini adalah amat menggalakkan di mana terdapat lebih 150 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai bidang dan industri dalam sektor kerajaan dan swasta. Antaranya terdapat wakil-wakil daripada FELDA, FELCRA, RISDA, Petronas, Shell, Sime Darby dan lain-lain. Bengkel ini telah menutup tirainya pada 13 Februari 2015 dan dengan rasminya ditutup oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas.
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment