Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 5 February 2015

Program Lawatan Stesen Penyelidikan Kota Tinggi

No comments:
 
Posted: 22 Jan 2015 12:00 AM PST

Berita - Program Lawatan Stesen Penyelidikan Kota Tinggi

Program Lawatan Stesen Penyelidikan Kota Tinggi

Pada 22 Januari 2015, En Wan Saiful Ikhmal bin Wan Abdul Rahman, Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Pembangunan dan Kewangan (PPK), Kementerian Perushaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) bersama Pegawai MPIC serta Pegawai Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Unit Perancangan Ekonomi (EPU) telah membuat lawatan ke tapak projek Specialty Rubber Factory (SRF), Kota Tinggi di dalam program lawatan komprehensif status pembangunan Pusat Pemprosesan Integrasi Getah Termaju (IPC). YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Inovasi) Lembaga Getah Malaysia (LGM), Dr Zairossani Mohd Nor, Pengarah Bahagian Teknologi & Kejuruteraan (BTK) dan Ketua Projek IPC turut hadir di dalam menyampaikan taklimat kepada pegawai yang hadir.

Taklimat pembukaan disampaikan oleh Dr Mohd Akbar dan beliau menerangkan mengenai kepentingan fasiliti IPC ini kepada industri getah amnya. Fasiliti IPC merupakan yang pertama di dunia dan tiada negara lain yang mempunyai keperluan yang disediakan oleh fasiliti ini. Disamping itu juga, ia mampu untuk menjana pendapatan LGM secara kolektif dan menjadikan LGM sebuah institusi penyelidikan yang berpotensi untuk bersaing di persada dunia.

Selain daripada lawatan IPC, mereka juga turut diberikan penerangan mengenai projek jalan raya getah (Rubberised Bitumen Road) yang telah disiapkan sepanjang 1 kilometer yang melibatkan jalan menuju ke Stesen Penyelidikan Kota Tinggi (SPKT), Johor. Penerangan diberikan oleh Pengarah BTK bersama pihak pembekal. Pelbagai persoalan diajukan dari pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di dalam merealisasikan projek ini pada masa akan datang. Pihak pembekal juga memaklumkan bahawa jalan raya getah ciptaan LGM ini boleh dikira sebagai jalan raya bitumen premium di Malaysia dengan kos yang rendah.

Majlis ditamatkan dengan penerangan terperinci mengenai pendebungaan getah menggunakan tangan (hand pollination). Penerangan proses ini memberikan satu gambaran baru kepada pegawai yang hadir di mana ia amat jarang mendapat pendedahan secara praktikal kepada pelawat. Demonstrasi dan penerangan tersebut disampaikan oleh Dr Zairossani Mohd Nor, Dr Nasaruddin Mohd Aris dan En Zarawi Abdul Ghani.

YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan & Inovasi memberikan taklimat pembukaan kepada yang hadir Kontraktor memberikan penerangan status pembangunan SRF

Penerangan jalan raya Rubberised Bitumen dari Dr Zairossani, Pengarah Bahagian Teknologi & Kejuruteraan Pegawai yang hadir bergambar di atas jalan raya Rubberised Bitumen

En Zarawi Abdul Ghani, Ketua Genetic Resources & Improvement Programme, memberikan penerangan mengenai hand pollination

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger