Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 27 August 2015

Kunjungan Pelawat Papua New Guinea

No comments:
 
Kunjungan Pelawat Papua New Guinea

Kunjungan Pelawat Papua New Guinea

Posted: 19 Aug 2015 04:00 AM PDT

Berita - Kunjungan Pelawat Papua New Guinea

Kunjungan Pelawat Papua New Guinea

Lembaga Getah Malaysia (LGM) menerima kunjungan dari Syarikat Lotic Bige Limited (LBL) pada 19 Ogos 2015, yang diadakan di Stesen Penyelidikan Getah (RRIM) Sungai Buloh. Lawatan ini diketuai oleh Mr Anthony Ambrasinghe, Pengarah Lotic Bige Limited, Mr Ketu Nuri, Pengerusi Lembaga Pengarah Lotic Bige Limited dan Mr Ejerad Amerasinghe.

Lawatan yang diadakan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan LGM dalam membantu dan membangunkan industri getah di Malaysia. Ia dapat dilihat menerusi pelbagai inovasi penyelidikan, pembangunan, penghasilan produk dan strategi pengkomersilan yang telah dibangunkan oleh LGM bagi industri ini. Disamping itu juga, lawatan ini sebagai platform perkongsian maklumat bersama yang mana akan dapat digunakan bagi mengukuhkan industri getah kedua-dua negara

Syarikat yang berpengkalan di Wilayah Barat, Papua New Guinea ini telah memulakan operasi pada 1 Januari 2012, antara misi penubuhannya adalah untuk memberi peluang pekerjaan dan kemahiran kepada komuniti kawasan Ok Tedi dan penduduk kampung sekitarnya. Syarikat ini turut membangunkan industri getah yang mana telah memberi peluang kepada para pekebun kecil.

Selain taklimat, turut diadakan sesi lawatan ke Pusat Pameran Getah Antarabangsa Malaysia yang mana menempatkan maklumat getah, pameran produk dan teknologi yang telah dibangunkan oleh LGM. Peserta lawatan juga turut dibawa melawat ke ladang tanaman getah bagi demonstrasi menoreh.

Pembentangan ringkas mengenai LGM oleh Pn Kulwant Kaur, Ketua Unit Komunikasi Korporat Peserta dibawa melawat ke Pusat Pameran Barangan Antarabangsa Malaysia

Pemberian Cenderamata kepada peserta Lawatan ke ladang tanaman getah

Peserta bergambar bersama di akhir sesi lawatan

LGM di BioMalaysia 2015

Posted: 17 Aug 2015 06:00 AM PDT

Berita - LGM di BioMalaysia 2015

LGM di BioMalaysia 2015

Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil bahagian dalam pameran "BioMalaysia & Asean Bioekonomi Conference & Exhibition 2015" anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta Perbadanan Bioteknologi Malaysia (BiotechCorp).

BioMalaysia 2015 ini telah diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur bermula dari 17 hingga 19 Ogos 2015, dimana ia telah dirasmikan oleh YB. Datuk Madius Tangau, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Malaysia.

"BioMalaysia & Asean Bioekonomi Conference & Exhibition 2015" dianjurkan bagi menfokuskan nilai kedua - dua bidang, perniagaan dan bioteknologi dalam memacu industri perdagangan produk dan perkhidmatan Malaysia. Penganjuran selama tiga hari bertujuan untuk meningkatkan kemampanan ekonomi jangka panjang dengan menggabungkan Pameran, BioAppreciation Night, BioCareer dan Persidangan yang membincangkan topik-topik penting dalam menfokuskan BioMedical, BioEconomy, BioIndustry dan AgroBiotech.

Bersesuaian dengan penganjuran ini, LGM sebagai peneraju industri getah negara tidak ketinggalan dalam mengambil bahagian di pameran yang diadakan ini. Pengunjung yang datang boleh mendapatkan maklumat berkenaan teknologi dan inovasi terkini yang telah dibangunkan oleh LGM. Fokus pameran LGM memberi penekanan kepada penerangan mengenai Proteomik Hevea, Transformasi Genetik Hevea, Patologi Molekul, Sistem Pengiktirafan Hevea dan bahan kimia daripada sisa getah. LGM juga turut mempamerkan Quebrachitol dari serum getah asli dan teknologi Getah-T Kit Diagnostik yang dibangunkan oleh penyelidik LGM.

Dr E.Sunderasan menerima plak gangsa semasa majlis pelancaran Demontrasi produk oleh Puan Aimi Izyana

Gerai Pamerah LGM Kakitangan LGM yang mengambil bahagian Di Persidangan dan Pameran ini

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger