Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday, 30 June 2014

Masalah orang tengah ditangani - The Borneo Post Online


Masalah orang tengah ditangani - The Borneo Post Online

Posted:

KUCHING: Kerajaan pusat meluluskan satu mekanisma yang membenarkan Lembaga Getah Malaysia menentukan harga di peringkat ladang bagi membantu pekebun kecil getah yang terjejas berikutan masalah orang ...

UMNO Online - Penoreh <b>Getah</b> Bakal Nikmati Bantuan RM500 <b>...</b>

Posted:

KUALA LUMPUR, 11 Jun - Kerajaan hari ini mengumumkan penoreh getah di seluruh negara bakal menikmati bantuan RM500, seperti yang pernah diberikan kepada pekebun kecil komoditi itu sebelum ini. Menteri Perusahaan Perladangan dan ... Uggah juga berkata kementerian mencadangkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) diberi kuasa untuk menentukan harga diskaun bagi komoditi itu supaya ianya lebih berpatutan. Beliau berkata cadangan itu juga untuk ...

Friday, 27 June 2014

Jika &lt;b&gt;<b>harga getah Malaysia</b>&lt;/b&gt; mahal.neg... - Tanah2Getah


Jika &lt;b&gt;<b>harga getah Malaysia</b>&lt;/b&gt; mahal.neg... - Tanah2Getah

Posted:

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia sahaja menaikan harga getah tanpa negara pengeluar getah utama .

Thursday, 26 June 2014

Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di Kemboja - Tanah2Getah - Blogger


Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di Kemboja - Tanah2Getah - Blogger

Posted: 11 Jun 2014 02:42 PM PDT

Bookmark and Share


Cara Menanam Nangka Yang Baik dan Benar,Nangka tergulung dalam keluarga Moraceae. Terdapat 60 genus dan lebih 1000 spesies pokok-pokok dari keluarga ini di kawasan tropika. Nangka memupunyai zat tenaga, air, protin, lemak, karbohidrat, gentian, abu, kalsium, fosforus, besi, beta-karotin, vitamin B1, vitamin B2, vitamin C dan niasin.
Pokok nangka adalah sejenis tumbuhan yang mengandungi getah berwarna putih dan boleh mencapai ketinggian sehingga 20 meter serta mempunyai sistem akar tunjang. Anak pokok nangka mempunyai akar tunjang yang mudah tercedera dan boleh menjejaskan kejayaan penanaman di ladang.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Iklim

Sesuai ditanam di kawasan rendah beriklim tropika. Taburan hujan tahunan 2540 mm sementara suhu optimum di antara 27o - 31oC. Tanaman ini agak tahan kepada ketegasan kekurangan air tetapi kemarau yang melebihi dua bulan kurang sesuai untuk tanaman ini melainkan pengairan dapat disediakan. Tanaman nangka juga tidak sesuai ditanam di kawasan yang mudah dibanjiri.

Faktor tanah

Tanah gembur dalam, mendatar atau berbukit tidak terlalu curam dan bersaliran baik adalah sesuai. manakala kawasan yang senang bertakung air tidak sesuai.

VARIETI-VARIETI NANGKA

Klon kultivar yang disyorkan:-

J 29
Nangka ini berasal dari Sungai Chua, Kajang, Selangor dan didaftarkan pada 8 Februari 1973. Mempunyai buah yang besar dengan berat 10 kg sebiji dan berbentuk bulat. Kulit berwarna hijau kekuningan dan sederhana tebal. Durinya kasar dan jarang. Ulas besar dan banyak dan bijinya besar. Isinya tebal, pejal, manis, berwarna kuning dan bertekstur halus. Jeraminya kurang tetapi kasar dan manis.

J 31
Digelar dengan N.S.I dan didaftarkan pada 30 Mei 1973. Saiz buah besar dan berat buah 10 kg sebiji dan panjang buah 45-55 cm. Buah berbentuk lurus panjang dan kulitnya berwarna hijau, sederhana tebal, banyak getah dan durinya rapat-rapat. Ulasnya sederhana besar dan berbentuk bulat. Isinya berwarna kuning, sederhana tebal tetapi pejal, rasanya manis, berbau kuat, tekstur isinya halus dan banyak jerami. Bijinya kecil.

J 32
Klon J 32 didaftarkan pada November 1997. Bentuk buah bujur panjang, bahu melekuk dan hujung buah bulat. Saiz sederhana besar, berduri padat dan beraroma sedikit. Warna isi kuning oren, tebal, saiz isi besar keras dan pejal tetapi kurang manis serta sedikit berair.

J 33
Sesuai dimakan mentah. Pembiakan secara tampang.

MASTURA (Cj)
Nangka adalah sejenis buah tropika yang mempunyai nilai komersil yang setanding dengan buah cempedak dan sukun, tetapi kurang diberi perhatian oleh petani, penggemar buah-buahan dan para penyelidik. Hasil dari penyelidikan selama 16 tahun, saintis daripada Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang telah berjaya menghasilkan kultivar baru buah nangka (Arthocarpus heterophyllus) dan diberi nama sebagai nangka MASTURA (Cj - USM 2000).

Bagaimana MASTURA dihasilkan?

Kultivar baru MASTURA dihasilkan daripada projek yang bermula pada tahun 1982 hingga 1987 di mana hampir 400 titisan gemaplasma telah dikumpulkan dari seluruh Asia Tenggara dan dibuat penilaian. Di sekitar tahun 1992 baka CJ1 dan CJ6 telah dipilih untuk dikacukkan.

Baka CJ1 dipilih sebagai induk jantan berdasarkan ciri-cirinya seperti saiz buah boleh mencapai 40 kg se, empulur yang kecil dan mengeluarkan banyak debunga yang boleh mengeluarkan buah yang banyak. Baka CJ6 pula dipilih sebagai induk betina berdasarkan ciri-cirinya seperti isi buah yang berwarna kuning keemasan, ketebalan isi antara 8-10 mm dan mengeluarkan aroma yang menyelerakan.

Sebanyak 10 jenis baka kacukan telah dihasilkan dan 40 biji benih dipilih secara rawak daripada setiap kacukan untuk ditanam dan dibuat penilaian dan ini menghasilkan kultivar MASTURA.

Ciri-ciri MASTURA:

Kultivar baru nangka MASTURA mempunyai ciri-ciri seperti beriku

lon nangka.

PENYEDIAAN BENIH TANAMAN:
Gunakan baja klonal yang dibiakkan secara tampang iaitu cantuman mata tunas dan baji (klik untuk lihat proses cantuman dan cantuman pokok). Bahan pembiakan mestilah diperolehi dari sumber pokok induk yang disahkan tulen. Anak benih nangka yang hendak ditanam ke ladang mestilah anak benih yang sihat, subur, cergas dan tidak berpenyakit.

PENANAMAN DI LADANG

Semua anak benih yang bakal ditanam ke ladang mestilah melalui proses pengerasan bagi mengelakkan kejutan atau tegasan yang memungkinkan anak benih mati atau tumbesaran pokok terbantut. Proses ini boleh diperolehi dengan mendedahkan anak benih kepada sinaran matahari penuh secara berperingkat atau mengurangkan kekerapan penyiraman, umpamanya dua kali sehari kepada sekali sehari selama seminggu. Setelah itu anak benih bolehlah ditanam di ladang.

Buat lubang berukuran 60 cm x 60 cm x 60 cm. Lubang-lubang ini seelok-eloknya dibiarkan terdedah selama 1-2 hari. tanah yang dikeluarkan tadi digaul dengan baja organik dan baja fostat. Sebanyak 5-10 kg baja organik dan 150-250 gm baja fostat diperlukan bagi setiap lubang. Setelah digaul, tanah tersebut dibiarkan selama seminggu sebelum operasi penanaman anak pokok dilakukan.

Penanaman anak benih dimulakan dengan membuat lubang sebesar polibeg pada pertengahan lubang penanaman. Tanggalkan polibeg dan tempatkan anak benih di dalam lubang tersebut. Padatkan tanah di keliling pangkal dengan sempurna dan pastikan tanah di pangkal anak pokok tadi berbusut sedikit bagi mengatasi air bertakung atau tanah mendap. Siram anak pokok dengan secukupnya selepas menanam.

Anak pokok yang baru ditanam ke ladang perlu diikat kepada kayu pancang bagi mendapatkan pertumbuhan pokok yang tegak. Anak pokok nangka perlu juga dilindungi dengan bahan lindungan sementara seperti bakul buluh, daun kelapa dan lain-lain bahan bagi mengurangkan kesan tegasan di ladang. Lindungan diperlukan di pangkal anak pokok bagi memberikan keadaan kelembapan tanah yang optimum bagi pertumbuhan anak pokok.

SISTEM PENANAMAN

Tanaman tunggal / selingan:

Menggunakan empat sistem penanaman iaitu sistem empat segi sama, sistem tiga segi sama, sistem sesiku keluang dan sistem kontour. Keutamaan sistem tiga segi sama, pada satu jarak yang sama dapat memberikan bilangan pokok yang baik, iaitu sebanyak 15% lebih jika dibandingkan dengan sistem empat segi sama.

Sistem empat segi sama tanaman selingan atau sesiku keluang pula melibatkan penanaman pokok pengisi di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok pengisi bersifat sementara dan akan dibuang apabila kanopi mula bertaut. Sistem ini memberikan kepadatan pokok yang tinggi. Dalam sistem ini nangka dijadikan sebagai tanaman selingan atau tanaman pengisi. Kombinasi yang popular ialah menanam nangka dengan durian. Penanamannya mengikut sistem sesiku keluang di mana pokok durian di tanam di tengah-tengah sistem empat segi sama. Pokok nangka akan dibuang apabila produktiviti nangka telah menurun dan kanopi pokok-pokok mula bertaut.

Tumbesaran pokok nangka lazimnya terjejas apabila kanopi pokok mula bertaut dan ini boleh menyebabkan permukaan tanah akan terlindung dan wujudnya satu keadaan persekitaran yang lembab. Keadaan lembab akan menggalakkan kejadian penyakit bakteria.

PEMANGKASAN:

Pokok nangka memerlukan cantasan bersistematik dari peringkat awal pertumbuhan untuk membentuk kanopi yang diingini. Aktiviti pemangkasan melibatkan kerja-kerja memotong atau mencantas ranting, dahan, tunas yang tidak dikehendaki dan rosak; berpalis; bertindih; bergeser atau berpenyakit. (sila lihat pangkasan pokok).

Pemangkasan pembentukan adalah untuk memperolehi bentuk pokok yang dikehendaki dan perlu dilakukan pada tahun pertama apabila berumur 3-6 bulan selepas ditanam. Perseimbangan pokok ditentukan oleh jarak dan kedudukan dahan-dahan primer. Untuk mendapatkan pokok yang seimbang, seeloknya percabangan dahan primer dibiar tumbuh di sekeliling batang utama dengan jarak yang sama. Buah dahan-dahan yang terlalu rapat pada sesuatu bahagian pokok. Lakukan pemangkasan ini dari semasa ke semasa bermula dari tahun pertama, kedua dan tahun ketiga.

PEMBAJAAN

Pembajaan selalunya dilakukan dengan menabur baja di bawah hujung kanopi. Bagi tanah yang agak curam, baja dibubuh dalam lubang sekeliling pokok untuk mengurangkan kehilangan baja melalui larian permukaan.; Baja organik diberi setahun sekali sebaiknya selepas menuai.

Program Pembajaan Bagi Tanaman Nangka

Umur pokok (tahun) Kadar baja kimia (g/pokok/tahun) Baja Organik
(kg/pokok/tahun)
Urea TSP K20 Mg
1
2
3
4
5
6
7
8-20
165
330
459
530
670
795
1060
1325
163
325
488
520
650
780
1040
1300
125
250
375
565
710
850
1130
1415 40
75
110
150
185
225
300
375 10
10
15
15
20
30
40
40

Nota:

Urea
TSP
K20
Mg :
:
:
: Untuk tumbesaran pokok
Trade Super Phosphate (P)
Kalium (K)
Magnesium + mg

Urea, TSP, K20 dan Mg merupakan baja tunggal. Digunakan untuk kesesuaian pokok pada keadaan ketika itu. Hasil gabungan keempat-empat elemen di atas dikenali dengan nama N:P:K + Mg.

PENGURUSAN AIR

Sistem pengairan sangat diperlukan semasa pokok nangka telah matang, terutamanya semasa pokok berbunga dan berbuah. Sistem pengairan yang sesuai untuk ladang adalah sistem pengiaran titis. Ini adalah kerana sistem pengairan titis memerlukan kos pembangunan, operasi dan penyelenggaraan yang rendah serta mempunyai kecekapan pengairan yang sangat baik. Didalam sistem ini, air yang ditapis itu dibekalkan terus kepada setiap pokok nangka secara perlahan dan kerap melalui penyebar-penyebar yang dipasang pada satu rangkaian paip di lokasi-lokasi yang ditentukan. Selain daripada mengalirkan air kepada tanaman nangka, sistem ini juga boleh digunakan untuk tujuan membaja.

PENJARANGAN BUAH

Untuk mendapatkan saiz buah yang seragam, bentuk buah yang menarik untuk pasaran, mengelakkan serangan serangga dan mengurangkan beban pada dahan pokok bagi mengelakkan dahan sekah serta mengurangkan persaingan tumbesaran pada buah. Penjarangan buah boleh dijalankan 3-4 minggu selepas buah terjadi apabila putik buah telah mencapai ukuran 20-25 cm panjang dan 6-8 cm garis pusat.

Pengeluaran buah berlaku sepanjang tahun bergantung kepada penjagaan dan pengurusan ladang yang betul. Untuk mendapat buah yang besar, hanya dua buah terbaik sahaja dibenarkan membesar bagi setiap pokok.

PENYAKIT DAN KAWALAN TANAMAN NANGKA

Mati Rosot (Branch Dieback/Bacterial Blight)

Penyebab: Ervinia caratovora merebak lalu menyerang dahan dan batang. Daun menjadi kuning pada cabang pokok yang dijangkiti. Jika berjangkit pada batang utama, keseluruhan pokok menjadi kuning, daun gugur dan diikuti dengan mati rosot. Terdapat damar berwarna putih kekuningan pada kulit pokok dan tangkai buah. Akhirnya kulit menjadi lembut dengan keadaan reput yang basah dan memberikan bau yang busuk.

Kawalan: Bersihkan kawasan ladang untuk mengurangkan sumber penyakit. Buang dan bakar pokok-pokok yang diserang dengan teruk. Potong dan bakar bahagian pokok yang baru diserang. Bersihkan alat memangkas degnan disinfektan (alkohol 90% sodium hydroxide 10%) terlebih dahulu.

KAWALAN SERANGGA PEROSAK TANAMAN NANGKA

Antara perosak serangga yang menyerang tanaman nangka ialah:-

Pengorek Buah (Margaronia caesalis) - dari jenis kupu-kupu.
Larva yang baru menetas mengorek dan masuk ke dalam isi buah dan memakannya dan meninggalkan lubang di permukaan buah. Bahan buangan aau fras dikeluarkan dari lubang ini. Balut buah dua minggu selepas berputik dengan karung kertas.

Pengorek Batang (Apriona flavescens) Kamp - sejenis kumbang
Larva mengorek ke dalam batang dan mengambil masa lebih enam bulan untuk matang. Larva akan mengorek terowong di sepanjang ranting hingga ke dahan dan ke batang utama. Ia mengeluarkan frass melalui lubang yang dikorek. Daun dan pucuk menjadi kuning dan kering. Ranting dan dahan yang diserang dipangkas dan dibakar.

Lalat buah (bactrocera spp).
Bertelur di dalam buah yang hampir masak. Mengorek dan memakan isi buah. Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas. Penggunaan umpan protein promar dicampur dengan racun perosak seperti malathion disemburkan ke daun. Penggunan bahan penarik methyl-eugenol untuk memerangkap lalat buah.

Kumbang-kumbang Pemakan Daun (Apogonia spp & aderatus spp)
Bungkus buah apabila saiz mencapai 16-18 cm dengan karung kertas sebagai halangan fizikal untuk mengelakkan lalat buah bertelur pada buah.

KEMATANGAN DAN PENUAIAN BUAH NANGKA
Nangka biasanya dituai berdasarkan tarikh selepas buah dibungkus. Penanam mengamalkan pembungkusan buah nangka di pokok untuk mengelakkan buah daripada serangan serangga perosak terutama lalat buah. Buah nangka mula dibungkus apabila saiznya mencapai 8-10 cm panjang atau 2 minggu selepas berputik. Buah jangka NS1 sudah boleh dipetik 12 minggu selepas dibungkus, manakala buah nangka Madu dipetik 14 minggu selepas dibungkus.

Kadang-kadang petani tidak sedar apabila buah mula berputik. Biasanya mereka melihat perubahan sifat luar buah untuk menganggarkan peringkat kematangan buah nangka. Duri nangka kelihatan tajam dan rapat antara satu sama lain pada peringkat muda. Apabila buah mencapai peringkat matang, duri semakin tumpul dan menjarak antara satu sama lain. Buah yang matang juga mempunyai tangkai yang kelihatan mengecut dan bahagian absis pada tangkal buah membengkak. Apabila buah dijentik atau diketuk, buah nangka yang matang mengeluarkan bunyi kosong (tidak padat).

Buah nangka dipetik dengan memotong tangkai buah dengan sekateur atau pisau. Kadangkala buah dituai dengan cara menolaknya ke arah atas sehingga tangkai buah terpisah daripada pokok.

Indeks Kematangan Buah Nangka

Indeks 1
Tidak matang. Keseluruhan permukaan kulit berwarna hijau sepenuhnya. Keadaan duri masih rapat dan tajam. Belum sesuai untuk dipasarkan.

Indeks 2
Matang. Sebahagian permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar tetapi masih agak tajam. Sesuai untuk dituai dan akan masak dalam tempoh 3-4 hari.

Indeks 3
Masak. Permukaan kulit berwarna hijau muda atau kuning kehijauan. Duri semakin lebar dan kurang tajam. Buah mengeluarkan bau aroma yang agak kuat.

Indeks 4
Buah ranum. Keseluruhan permukaan kulit berwarna kuning kemerahan. Buah mengeluarkan bau aroma yang kuat.

PENGENDALIAN LEPAS TUAI

Pengangkutan buah ke pusat pengumpulan
Menyambut dan menyusun rapi buah dengan cara seorang pekerja. Buah disusun dengan tangkai menghala ke atas tidak lebih dari 2 lapis buah. Di antara lapisan diletak pelapik span. Kerja-kerja mengangkat, menyusun dan mengangkut dibuat berhati-hati supaya buah tidak bergesel.

Penerimaan buah di tempat pengumpulan
Tarikh terima buah, sumber buah dan kuantitinya direkod.

Memilih / mengasingkan buah
Buah diasingkan mengikut tahap kematangan/kemasakan dan keadaan kerosakan.

Membasuh buah
Air yang bersih digunakan untuk membasuh. Untuk diproses, minima air dicampur klorin ialah 100 ppm. Basuh buah berhati-hati agar kulitnya tidak cedera. Kesan-kesan getah ditanggalkan begitu juga bahan lain yang melekat pada kulit.

Mengeringkan buah
Buah yang telah dibasuh diletak atas rak di kawasan teduh dengan pengudaraan yang baik.

Mengred buah
Pengredan Am: Buah nangka bebas daripada kecacatan, kerosakan, penyakit, serangga (hidup atau mati), kulat dan lain-lain kekotoran.

Gred A:
Buah dari varieti yang mempunyai ciri yang sama, matang, tidak terlalu masak, bersih, bentuk menarik, berkeadaan baik tanpa sebarang infeksi dan kerosakan. Peratus tolerans ialah 10% bagi kerosakan buah dan 5% bagi buah luar saiz di dalam sesuau konsainan.

Gred B:
Buah dari varieti yang mempunyai ciri yang sama, matang, tidak terlalu masak, bersih dan bebas daripada sebarang infeksi dan kerosakan. Peratus tolerans ialah 10% bagi kerosakan buah dan 10% bagi buah luar saiz di dalam sesuau konsainan.

Pembungkusan buah
Buah yang telah digred diisi ke dalam kotak dan disekat antara satu sama lain dengan lapisan span supaya tidak bergesel. Kotak kertas bersalur tahan menampung berat buah serta boleh memuatkan 1-2 biji buah untuk dieksport.

Penyimpanan / pengangkutan buah ke destinasi
Ia perlu segera dihantar ke destinasi pasaran dalam tempoh 3-4 selepas dituai

Memeram buah
Rawat buah dengan gas Etilena pada kepekatan 50 ppm selama 24 jam pada suhu 25oC supaya buah masak dengan sekata antara 3-4 hari.

Proses Minima
Buah dipotong dan ulas isi dikeluarkan. Ulas digred mengikut saiz, kemasakan dan warna. Hanya ulas yang tidak terpotong dibungkus untuk dipasarkan. Biji boleh dikeluarkan mengikut kehendak pasaran. Ulas isi disusun dalam bekas seperti kotak/bekas polistrene dan dibalut dengan plastik pembungkus. Buah yang diproses disimpan pada suhu 20oC supaya tahan disimpan selama 3 minggu. Buah dihantar ke destinasi menggunakan lori sejuk pada suhu 20oC. Buah boleh diisi dalam 'thermal freeze box' untuk kekalkan suhu.

artikel lainnya :

Biaqpila™: GAMBAR POKOK KURMA BERBUAH LEBAT DI KB <b>...</b>

Posted: 13 Jun 2014 06:25 AM PDT









POKOK KURMA SESUAI DENGAN IKLIM DI MALAYSIA...............


Kota Bharu: Tujuh tahun lalu, penduduk bandar ini pelik melihat
beberapa pohon kurma yang ditanam pihak berkuasa tempatan namun kini
pohon sama menjadi tumpuan ramai apabila lebat berbuah.

Difahamkan
37 pokok itu ditanam Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB)
sebagai tanaman hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini sejajar
gelaran Bandaraya Islam.

Satu lokasi yang mencuri perhatian
adalah di Bulatan Jam Besar berikutan kedudukannya di tengah-tengah
bandar menyebabkannya paling menonjol berbanding yang lain.

Setiausaha MPKB Rosnazli Amin berkata, pohon kurma dianggap tanaman hiasan yang paling sesuai berikutan cuaca di negeri ini.

Malah berikutan keunikannya, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan agensi lain yang beroperasi di sini.

"Ia adalah sejenis pokok palma yang rimbun dengan daun yang lebat.

Sejak tahun lalu pohon di Bulatan Jam Besar sudah mula berbuah.

"Namun kali ini, ia semakin lebat sekali gus mencuri tumpuan semua pihak.

"Akhir Ramadan ini buahnya dijangka masak dan boleh dipetik untuk dimakan," katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Rosnazli
berkata, daripada 37 pokok itu, 10 daripadanya sudah berbuah namun
pihaknya menegah orang ramai memetiknya. Katanya, ia bagi memastikan
pokok terbabit kekal terjaga.

Bagaimanapun, pihak MPKB tidak melarang mana-mana pihak yang mahu menikmati kurma yang sudah gugur.
"Harap mereka tak petik di pokok, sebaliknya ambil yang sudah gugur di tanah.

Pohon ini tujuannya untuk indahkan Kota Bharu," katanya.


Wednesday, 25 June 2014

Jika &lt;b&gt;<b>harga getah Malaysia</b>&lt;/b&gt; mahal.negara - Tanah2Getah


Jika &lt;b&gt;<b>harga getah Malaysia</b>&lt;/b&gt; mahal.negara - Tanah2Getah

Posted:

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. Jika Malaysia sahaja menaikan harga getah tanpa negara pengeluar getah utama .

Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di - Tanah2Getah - Blogger


Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di - Tanah2Getah - Blogger

Posted: 01 Jun 2014 01:37 PM PDT

BERA – Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini.

Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak
kemarau melanda pendapatannya hanya antara RM18 hingga RM25 sehari.

"Apabila cuaca terlalu panas, pokok getah tidak banyak mengeluarkan susu menyebabkan pendapatan kami juga berkurangan.

Tambah memeritkan apabila harga komoditi itu kini juga merosot menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian," katanya.

Jika hendak bercucuk tanam untuk mendapatkan pendapatan sampingan pun, tanah semuanya kering kontang menyebabkan tanaman bantut ataupun mati, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Sementara itu Yusnaidi Harun, 45, dari Kampung Guntong Kerdau, Temerloh berkata dia kini terpaksa berjimat cermat dan membeli hanya barangan keperluan penting sahaja untuk kegunaan keluarganya.

"Pokok getah semuanya kering dengan daun getah menjadi merah dan luruh. Ia juga kurang mengeluarkan hasil dan hanya boleh ditoreh dua hari sekali sahaja kerana jika ditoreh sekali sehari menyebabkan pokok itu cepat mati," katanya.

Mohamed Jali, 43, dari Kampung Tanah Nyior, Jerantut pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja memukat ikan di Sungai Pahang atau paya sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menyara 10 anak.

"Lapan anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan antara RM20 hingga RM35 sehari termasuk belanja dapur. Jika tiada pendapatan pasti kami akan berpuasa kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja, manakala untuk bergantung kepada kerja menoreh sepenuhnya pada masa kemarau sekarang tidak akan mencukupi," katanya.

Mohamed bagaimanapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana
sentiasa peka dan prihatin membela rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan bebanan pekebun kecil sepertinya.

"Rakyat bersyukur dan teruja dengan bantuan kerajaan BN itu yang membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan kita berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan rakyat miskin seperti kami," katanya. – BERNAMA

Musim Kemarau Jejas Pendapatan Pekebun Getahhttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Getah-1024x762.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/Getah-150x150.jpg22 February 2014 MyNewsHub Terkini,

BERA - Hampir 30,000 pekebun kecil getah di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini. Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi...

<p style="text-align: justify;">BERA - Hampir 30,000 pekebun kecil <a title=" Kerajaan Persekutuan Akan Jadikan Kedah Hub Getah" href="http://redirect.viglink.com?key=11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0&u=http%3A%2F%2Fredirect.viglink.com%3Fkey%3D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%26amp%3Bu%3Dhttp%253A%252F%252Fredirect.viglink.com%253Fkey%253D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%2526amp%253Bu%253Dhttp%25253A%25252F%25252Fredirect.viglink.com%25253Fkey%25253D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%252526amp%25253Bu%25253Dhttps%2525253A%2525252F%2525252Fwww.google.com%2525252Furl%2525253Fq%2525253Dhttp%2525253A%2525252F%2525252Fmynewshub.my%2525252F2012%2525252F12%2525252F16%2525252Fkerajaan-persekutuan-akan-jadikan-kedah-hub-getah%2525252F%25252526amp%2525253Bsa%2525253DU%25252526amp%2525253Bei%2525253DDFoIU8KlPNXmoATW1oDYAQ%25252526amp%2525253Bved%2525253D0CA0QFjAE%25252526amp%2525253Bclient%2525253Dinternal-uds-cse%25252526amp%2525253Busg%2525253DAFQjCNHqIsNoC7aBPjIX--WTX_Y2PCFeAQ" target="_blank"><strong>getah</strong></a> di daerah Bera, Temerloh dan Jerantut mendakwa pendapatan mereka terjejas teruk berikutan musim kemarau yang melanda sejak awal bulan ini.</p> <p style="text-align: justify;">Seorang pekebun kecil getah di Bera, Masood Mat Jali, 49, berkata sebelum ini dia mampu meraih pendapatan antara RM40 hingga RM50 sehari tetapi sejak kemarau melanda pendapatannya hanya antara RM18 hingga RM25 sehari.</p> <p style="text-align: justify;">"Apabila cuaca terlalu panas, pokok getah tidak banyak mengeluarkan susu menyebabkan pendapatan kami juga berkurangan.</p> <p style="text-align: justify;">Tambah memeritkan apabila harga komoditi itu kini juga merosot menyebabkan kami terpaksa berjimat cermat dalam perbelanjaan seharian," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Jika hendak bercucuk tanam untuk mendapatkan <a title="Aiskrim 'Goyang' Jana Pendapatan Lumayan" href="http://redirect.viglink.com?key=11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0&u=http%3A%2F%2Fredirect.viglink.com%3Fkey%3D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%26amp%3Bu%3Dhttp%253A%252F%252Fredirect.viglink.com%253Fkey%253D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%2526amp%253Bu%253Dhttp%25253A%25252F%25252Fredirect.viglink.com%25253Fkey%25253D11fe087258b6fc0532a5ccfc924805c0%252526amp%25253Bu%25253Dhttps%2525253A%2525252F%2525252Fwww.google.com%2525252Furl%2525253Fq%2525253Dhttp%2525253A%2525252F%2525252Fmynewshub.my%2525252F2014%2525252F02%2525252F10%2525252Faiskrim-goyang-jana-pendapatan-lumayan%2525252F%25252526amp%2525253Bsa%2525253DU%25252526amp%2525253Bei%2525253DNloIU4PQIMKGoQT2moGwAg%25252526amp%2525253Bved%2525253D0CBYQFjAJ%25252526amp%2525253Bclient%2525253Dinternal-uds-cse%25252526amp%2525253Busg%2525253DAFQjCNGhnit_25vRZxRIpS4rTq927-jbVQ" target="_blank"><strong>pendapatan</strong></a> sampingan pun, tanah semuanya kering kontang menyebabkan tanaman bantut ataupun mati, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.</p> <p style="text-align: justify;">Sementara itu Yusnaidi Harun, 45, dari Kampung Guntong Kerdau, Temerloh berkata dia kini terpaksa berjimat cermat dan membeli hanya barangan keperluan penting sahaja untuk kegunaan keluarganya.</p> <p style="text-align: justify;">"Pokok getah semuanya kering dengan daun getah menjadi merah dan luruh. Ia juga kurang mengeluarkan hasil dan hanya boleh ditoreh dua hari sekali sahaja kerana jika ditoreh sekali sehari menyebabkan pokok itu cepat mati," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Mohamed Jali, 43, dari Kampung Tanah Nyior, Jerantut pula berkata dia kini terpaksa melakukan kerja memukat ikan di Sungai Pahang atau paya sebagai sumber pendapatan sampingan untuk menyara 10 anak.</p> <p style="text-align: justify;">"Lapan anak saya masih bersekolah dan memerlukan perbelanjaan antara RM20 hingga RM35 sehari termasuk belanja dapur. Jika tiada pendapatan pasti kami akan berpuasa kerana hanya saya seorang sahaja yang bekerja, manakala untuk bergantung kepada kerja menoreh sepenuhnya pada masa kemarau sekarang tidak akan mencukupi," katanya.</p> <p style="text-align: justify;">Mohamed bagaimanapun sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana sentiasa peka dan prihatin membela rakyat dengan memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia yang dapat mengurangkan bebanan pekebun kecil sepertinya.</p> <p style="text-align: justify;">"Rakyat bersyukur dan teruja dengan bantuan kerajaan BN itu yang membantu rakyat tanpa mengira kaum, agama dan fahaman politik dan kita berharap bantuan seperti ini dapat diteruskan bagi meringankan bebanan rakyat miskin seperti kami," katanya. - BERNAMA</p>


Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tinjau Peluang <b><b>Tanaman Getah</b></b> Di Kemboja <b>...</b> - Tanah2Getah

Posted: 29 May 2014 03:39 PM PDT

Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di Kemboja - Tv3

Posted: 20 Dec 2013 07:13 AM PST


Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama


20 Dec 2013, 11:13pm by mahirah shah

Felcra Berhad meninjau peluang membeli tanah tanaman getah seluas 16,000 hektar di Kemboja. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ramlee Abu Bakar jika urusniaga itu berjaya pihaknya berhasrat memulakan tanaman pada pertengahan tahun 2014.

Beliau ditemui pada pengumuman dividen interim ke-2, siang tadi.

Dividen melibatkan nilaian lebih RM120 juta itu akan diagihkan kepada 73,423 peserta yang layak.

Sementara itu, Datuk Ramlee berkata pihaknya masih mengenal pasti anak syarikat yang berpotensi untuk di senarai di Bursa Malaysia.

Berita Berkaitan


Perak perlu cari mekanisma baru atasi masalah <b>getah</b> - Harakah Daily

Posted: 11 Apr 2014 12:22 AM PDT

DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS | 11 April 2014.

Masyarakat luar bandar terutamanya penoreh getah cukup merasa bimbang dengan harga semasa getah atau nama saintifiknya iaitu Hevea Brasiliensis sekarang ini iaitu RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh lagi.

Para penoreh getah yang dahulunya mampu memperolehi dari RM4.50 sehingga RM5.00 sekilogram sekitar pada tahun 2011 yang lalu.

Bagaimanakah nasib penoreh getah terutamanya di Perak dan apakah perancangan agensi Kerajaan untuk mengatasi masalah harga getah ini dalam tempoh terdekat?

Banyak rungutan penoreh getah yang dilaporkan berikutan harga yang begitu rendah dan akan menyukarkan penoreh-penoreh getah terutama di Kampung Pendalaman yang bergantung kepada perusahaan getah ini.
 
Di Negeri Perak masih merupakan kawasan pertanian walaupun perkembangan sektor industri adalah begitu pesat.  Daripada 2,117,54 hektar tanah di Perak, 30% iaitu 631,552 hektar adalah kawasan pertanian.

Beberapa jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit, kelapa, buah-buahan, sayur-sayuran, koko, padi, tanaman singkat, tanaman kekal dan pelbagai lain-lain tanaman. Seluas 205,764 hektar merupakan kawasan penanaman getah dari Utara Perak hinggalah ke Selatan Perak.

Dari jumlah itu, 180,591.5 hektar adalah kawasan getah yang telah dikenalpasti dan diuruskan oleh badan-badan Kerajaan dan Swasta.  

Daripada jumlah 180,591.5 hektar yang dikenalpasti itu hanya 147,044.5 hektar yang dimiliki oleh 58,353 orang pekebun kecil getah sahaja yang berdaftar dengan Risda Negeri Perak.
 
Oleh kerana perkembangan pesat tanaman getah di Perak dahulu, sehinggakan terhadap nama Pekan Getah di Tapah Road. Manakala di Kampung Bendang Selising, Sauk, Kuala Kangsar terdapat dua batang pokok getah klon istemewa yang ditanam mampu mengeluarkan susu enam kilogram setiap hari dengan sekali torehan.

Mengikut sejarahnya, pada tahun 1877 tanaman getah di Malaysia telah di bawa masuk dari negara Brasil dan benih terakhir yang di bawa dari Brazil masih ada di Kuala Kangsar.

Jelas tanaman getah ini begitu dekat dengan rakyat Perak terutamanya pada masa dahulu dan mereka yang duduk di ladang-ladang sehingga kini. Banyak faktor penyebab perkembangan tanaman getah telah berubah dan yang paling kritikalnya kerana harga pasaran getah mencatatkan penurunan yang membimbangkan.
 
Ianya turut akan menjejaskan agensi di bawah Kerajaan Negeri Perak iaitu Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (SADC) yang mempunyai tiga buah ladang seluas 2998.0 hektar yang telah dimajukan dalam tahun 2012.

SADC telah mula memajukan tapak semaian getah pada Ogos 2011, tapak semaian seluas dua hektar ini terletak di lokasi yang sama dengan kapasiti sebanyak 560,000 anak benih getah. Sudah tentu nasib buruk akan bakal ditanggung oleh SADC jika melihat kepada perkembangan harga getah kini.

Ini tidak termasuk di Felda Wilayah Trolak yang terdapat 21 perancangan Felda di seluruh Perak khasnya yang menguruskan tanaman getah. Sudah tentu akan memberikan kesan terutamanya pelaburan tanaman getah akan menjejaskan sektor ekonomi menyeluruh di atas penjualan getah.
 
Saya merasakan beberapa langkah daripada agensi Kerajaan yang terlibat seperti program tanam semula getah ke getah (TSGG), tanaman baharu komoditi getah (TBKG) Projek di bawah Skim Tanam Semula di Felda-Felda tidak banyak memberikan sumbangan kepada nilai jualan getah semasa.

Ini ditambah telah ada kawasan-kawasan yang dahulunya melakukan penanaman getah telah menjual tanah-tanah mereka. Dan hasilnya telah banyak pembangunan perumahan-perumahan yang telah dibangunkan.

Dengan nilai RM85,000 tanah getah 9.615 ekar di Redang Panjang, Ijok hanya menunggu jualannya. Dan ada juga seperti kebun getah di Batu 25, Mukim Hulu Ijok, Selama seluas 2.84 ekar yang mempunyai pokok getah serta mempunyai hasil dengan harga RM70,000 juga akan bakal menerima nasib yang sama.
 
Semua ini penyumbang ke atas suasana yang berlaku dengan tanaman getah yang seperti 'sudah jatuh di timpa tangga'. Satu pelan jangka masa pendek dan panjang perlu dibentangkan daripada semua agensi Kerajaan yang terlibat.

Bagi saya, Kerajaan Negeri khasnya juga tidak terlepas di dalam memastikan kadar nilai jualan harga getah boleh diberikan 'nafas baru' seperti menyuntik ruang dan peluang peruntukan khas kepada pengusaha tanaman getah.

Kerangka bidang kuasa yang ada mampu 'menyumburkan' tanaman semula getah di seluruh Perak khasnya. Ini kerana tanah-tanah yang subur di Perak akan mampu mengembangkan bidang industri untuk kembali di Perak kelak.

Kerajaan Negeri perlu serius dan peka perkembangan industri getah untuk memastikan ianya terus kekal sebagai salah satu pembekal terbesar hasil pertanian iaitu getah.

Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak.

Tinjau Peluang <b><b><b><b><b>Tanaman Getah</b></b></b></b></b> Di <b>...</b>

Posted: 20 May 2014 01:43 PM PDT

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

Felda dan Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b> | Usahawan <b>...</b>

Posted: 10 May 2014 02:19 PM PDT

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya


 
© 2014. Design by Blogger