Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday 2 June 2014

Lawatan Kerja KSU ke Stesen Penyelidikan Sungai Sari (SPSS) dan Makmal GTACR Sungai Petani, Kedah

No comments:
 
Posted: 02 May 2014 05:00 AM PDT

Berita - Lawatan Kerja KSU ke Stesen Penyelidikan Sungai Sari (SPSS) dan Makmal GTACR Sungai Petani, Kedah

Lawatan Kerja KSU ke Stesen Penyelidikan Sungai Sari (SPSS) dan Makmal GTACR Sungai Petani, Kedah

YBhg Datuk Seri Nurmala Abdul Rahim, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah mengadakan lawatan kerja ke Stesen Penyelidikan Sungai Sari dan Makmal GTACR Sungai Petani Kedah. Lawatan kerja sehari itu diadakan pada 2 Mei 2014.

Sepanjang lawatan, YBhg Datuk Seri KSU dan rombongan yang terdiri dari pegawai-pegawai MPIC diiringi oleh Dr. Mohd. Akbar Md. Said, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Inovasi). Sebelum ke SPSS, Datuk Seri KSU dan rombongan telah dibawa melawat ke Projek Tanaman Baru Getah di bawah NKEA di Bukit Perangin Daerah Kubang Pasu. Projek tanaman baru getah berkeluasan 134.6 hektar ini dianggotai oleh seramai 33 orang peserta projek di bawah pengurusan Risda Plantation Sdn. Bhd. (RPSB). Satu taklimat ringkas mengenai projek tanaman getah di kawasan ini telah disampaikan oleh En. Ahmad Bahari, Pengarah Risda Negeri Kedah.

Datuk Seri KSU dan rombongan seterusnya di bawa ke SPSS untuk melihat perkembangan pembangunan ladang SPSS yang berkeluasan 636 hektar dan melihat kemudahan infrastruktur yang merangkumi pejabat dan rumah kakitangan seluas 40 hektar. Semasa lawatan ke ladang En. Mohd Jannatul Firdaus Md. Rashid, Pengurus SPSS telah memberi taklimat merangkumi aktiviti penyediaan kawasan, penanaman dan penubuhan tapak semaian. Setelah selesai melakukan lawatan ladang, Datuk Seri KSU dibawa ke bangunan pejabat baru SPSS yang telah memulakan operasi pada 1 Januari 2014. Datuk Seri KSU juga dibawa melawat ke rumah kakitangan yang telah diduduki dan berkenan melawat dan beramah mesra dengan salah seorang penghuni yang menetap di kuarters tersebut.

Pada sebelah petang Datuk Seri KSU dan rombongan dibawa melawat ke Makmal GTACR yang terletak di Pejabat LGM Sungai Petani. Sepanjang lawatan ke makmal ini, Dr. Faridah Hanim Ab. Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti dan Perkhidmatan Teknikal selaku Ketua Projek telah memberi penerangan mengenai status pembangunan makmal yang telah siap sepenuhnya. Satu penerangan mengenai operasi makmal GTACR dan penggunaan peralatan ujian sampel getah juga telah disampaikan oleh Pn. Ruhida Abd. Rahim, Pegawai Penyelidik, Unit Pencirian Bahan (UPB).

Pada keseluruhannya Datuk Seri KSU amat berpuashati dengan maklumat yang telah disampaikan sepanjang lawatan sehari yang diadakan. Beliau turut beramah mesra dengan kakitangan yang hadir sepanjang lawatan tersebut.

YBhg Datuk Seri Nurmala di Makmal GTARC Sungai Petani, Kedah YBhg Datuk Seri Nurmala di Makmal GTARC Sungai Petani, Kedah
YBhg Datuk Seri Nurmala di Makmal GTARC Sungai Petani, Kedah

YBhg Datuk Seri Nurmala di Stesen Penyelidikan Sungai Sari (SPSS) YBhg Datuk Seri Nurmala di Makmal GTARC Sungai Petani, Kedah
5
YBhg Datuk Seri Nurmala di Stesen Penyelidikan Sungai Sari (SPSS)

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger