Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday 9 April 2015

Majlis Makan Malam Sempena “Meeting Of The Asean Consultative for Standard and Quality Rubber–Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)” Kali Ke-20

No comments:
 
Posted: 18 Mar 2015 01:00 PM PDT

Berita - Majlis Makan Malam Sempena "Meeting Of The Asean Consultative for Standard and Quality Rubber –Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)" Kali Ke -20

Majlis Makan Malam Sempena "Meeting Of The Asean Consultative for Standard and Quality Rubber–Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)" Kali Ke-20

Bersempena dengan "Meeting of the ASEAN Consultative for Standard and Quality Rubber-Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)" satu Majlis Makan Malam telah diadakan pada 18 Mac 2015. Majlis makan malam ini dianjurkan bagi meraikan para perwakilan dari negara – negara ASEAN.

Antara tetamu yang hadir pada majlis tersebut ialah Dr Mohd Akbar Md Said, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Inovasi), Lembaga Getah Malaysia, Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti & Perkhidmatan Teknikal (BKPT) serta para perwakilan dari negara –negara ASEAN yang terlibat.

Dr Mohd Akbar Md Said dalam ucapannya sempat merakamkan ucapan tahniah kepada semua perwakilan diatas usaha dan kerja keras dalam memastikan hasil yang berkesan dalam merundingkan sekatan bukan tarif atau kadang-kala disebut sebagai halangan teknikal yang sering timbul daripada perbezaan dalam peraturan-peraturan dan piawaian teknikal bagi sektor getah seterusnya menjadi salah satu sektor utama yang dikenal pasti ke arah pelaksanaan Komuniti Ekonomi ASEAN (AEC) menjelang 2015.

Majlis makan malam tersebut dihiburkan dengan persembahan muzik Kumpulan Orkestra, persembahan seni tarian di dalam kaum dan etnik di Malaysia dan persembahan joget lambak yang dibawakan oleh Kumpulan Kebudayaan dari Istana Budaya.

Dr Mohd Akhbar Bin Md Said menyampaikan ucapan beliau kepada para perwakilan negara – negara ASEAN yang menghadiri majlis makan malam bersempana ACCSQ-RBPWG

Performance from Kumpulan Kebudayaan, Istana Buday Dr Mohd Akhbar Bin Md Said menyampaikan ucapan beliau kepada para perwakilan negara – negara ASEAN yang menghadiri majlis makan malam bersempana ACCSQ-RBPWG

Sesi bergambar Dr Mohd Akbar Md Said dan Dr Faridah Hanim Ab Hanan bersama-sama para perwakilan dari negara-negara ASEAN di Majlis Makan Malam bersempena ACCSQ-RBPWB

Among guest who attended the dinner Antara tetamu-tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam tersebut
Antara tetamu-tetamu yang hadir pada Majlis Makan Malam tersebut

Majlis Perasmian Kali Ke-20 “Meeting of The Asean Consultative for Standard and Quality Rubber–Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)”

Posted: 18 Mar 2015 01:00 AM PDT

Berita - Majlis Perasmian Kali Ke-20 "Meeting of The Asean Consultative for Standard and Quality Rubber–Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)"

Majlis Perasmian Kali Ke-20 "Meeting of The Asean Consultative for Standard and Quality Rubber–Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)"

Pada 18 Mac 2015 telah berlangsungnya Majlis Perasmian Kali ke-20 "Meeting of the ASEAN Consultative for Standard and Quality Rubber-Based Product Working Group (ACCSQ-RBPWG)". Mesyuarat ACCSQ-RBWB yang berlangsung selama tiga hari bermula 17 hingga 19 Mac tersebut telah dianjurkan oleh Unit Bahagian Kualiti Perkhidmatan Teknikal (BKPT), Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Majlis dihadiri oleh YB Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hj. Hamzah, Pengerusi LGM, YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Inovasi), Dr Faridah Hanim Ab Hanan, Pengarah Bahagian Kualiti & Perkhidmatan Teknikal (BKPT) serta para perwakilan dari 10 buah negara ASEAN seperti Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah dalam ucapan perasmiannya menyatakan tugas untuk merealisasikan pasaran tunggal dalam bidang standard dan pematuhan memerlukan kerjasama erat dan penglibatan semua pihak berkepentingan termasuk sektor swasta dan perniagaan, rakan-rakan dialog serta orang kuat di pelbagai peringkat dalaman negara-negara anggota ASEAN. Dalam hal ini, ACCSQ-RBPWG mesti terus mengenal pasti dan melibatkan pemegang kepentingan yang berkaitan di semua peringkat dan semua sektor untuk mendapatkan hasil yang diingini.

Diharap perhimpunan penting ini menjadi satu medium yang sangat baik untuk anggota Negara-negara ASEAN berkongsi pendapat selain mengeratkan ukhuwah diantara Negara seterusnya meningkatkan lagi industri getah di tahap yang tertinggi.

YB Datuk Wira Hj. Ahmad Bin Hj. Hamzah menyampaikan ucapan beliau kepada para perwakilan negera – negara ASEAN pada majlis perasmian kali ke-20 ACCSQ-RBPWB

Antara para perwakilan negara –negara ASEAN yang menghadiri majlis perasmian kali ke-20 ACCSQ-RBPWB Some photos during the IPG Briefing at Dewan Orang Ramai Pekan Rompin, Bahau
Antara para perwakilan negara –negara ASEAN yang menghadiri majlis perasmian kali ke-20 ACCSQ-RBPWB
Sesi bergambar YB Datuk Wira Hj. Ahmad bin Hj. Hamzah Dr Mohd Akbar Bin Md Said dan Dr Faridah Hanim Ab Hanan bersama-sama para perwakilan dari negara-negara ASEAN diakhir majlis perasmian kali ke-20 ACCSQ-RBPWB

Majlis Makan Malam Anugerah Inovasi 2014 Iktiraf Penyelidik LGM

Posted: 10 Mar 2015 01:00 PM PDT

Berita - Majlis Makan Malam Anugerah Inovasi 2014 Iktiraf Penyelidik LGM

Majlis Makan Malam Anugerah Inovasi 2014 Iktiraf Penyelidik LGM

Pada 10 Mac 2015, Majlis Makan Malam Anugerah Inovasi telah diadakan bertujuan memberi pengiktirafan dan menyampaikan anugerah kepada para penyelidik yang telah berjaya menghasilkan inovasi yang cemerlang sepanjang tahun 2014. Turut hadir pada makan malam tersebut adalah YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YBhg Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Wira Hj. Ahmad Hamzah, Pengerusi LGM dan YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM.

YB Dato' Noriah Kasnon dalam ucapannya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada penerima-penerima anugerah diatas sumbangan dan dedikasi mereka didalam bidang penyelidikan. Selaras dengan Tema Hari Inovasi LGM 2014, iaitu Synergizing Evolution Through Innovation, beliau menyatakan LGM perlu sentiasa berkembang maju untuk memastikan peranannya sentiasa relevan sebagai pemangkin industri getah.

Selain penyampaian anugerah, turut diadakan adalah persembahan Sand Art oleh Long Bee, persembahan nyanyian oleh artis youtube terkenal iaitu Elizabeth Tan dan penyanyi rock tanah air, Saleem IKLIM.

YB Dato’ Noriah Kasnon menyampaikan ucapan pembukaan Majlis Malam Anugerah Inovasi 2014
YB Dato' Noriah Kasnon menyampaikan ucapan pembukaan Majlis Malam Anugerah Inovasi 2014
Tetamu-tetamu VIP yang hadir pada Majlis Malam Hari Anugerah Inovasi 2014

Wajah ceria pegawai dan kakitangan LGM yang hadir pada malam itu Wajah ceria pegawai dan kakitangan LGM yang hadir pada malam itu
Wajah ceria pegawai dan kakitangan LGM yang hadir pada malam itu
Di antara penerima Anugerah Inovasi pada malam tersebut Di antara penerima Anugerah Inovasi pada malam tersebut Di antara penerima Anugerah Inovasi pada malam tersebut
Di antara penerima Anugerah Inovasi pada malam tersebut

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Tahun 2014 Disambut Meriah

Posted: 10 Mar 2015 08:00 AM PDT

Berita - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Tahun 2014 Disambut Meriah

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Tahun 2014 Disambut Meriah

Pada 10 Mac 2015, Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Lembaga Getah Malaysia (LGM) Tahun 2014 telah berlangsung di Hotel Marriot Putrajaya bagi memberi penghargaan kepada kakitangan LGM yang telah berkhidmat cemerlang sepanjang tahun 2014.

YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah berbesar hati menyampaikan anugerah ini kepada pemenang-pemenang. Pada tahun 2014, seramai 101 penerima telah menerima anugerah tersebut. Hadir sama pada majlis tersebut adalah YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah, Pengerusi LGM dan YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM.

Semasa ucapan YB Dato' Noriah Kasnon, beliau menyatakan kecemerlangan perkhidmatan awam amat penting terutamanya ketika negara kita menghadapi pelbagai cabaran untuk mencapai visi menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. Dalam sektor komoditi, terutamanya industri getah asli yang melibatkan LGM secara langsung, cabaran yang sedang dan akan kita lalui termasuklah persaingan daripada negara-negara yang mengeluarkan produk-produk berasaskan getah.

Sebagai penutup ucapan, beliau mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga LGM yang telah bersama-sama Kerajaan dalam mentransformasikan perkhidmatan dan ekonomi negara. Beliau berharap warga LGM dapat meningkatkan lagi prestasi kerja masing-masing ke tahap yang lebih tinggi dari semasa ke semasa.

Antara Tetamu Kehormat yang hadir pada Majlis Penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2014

Barisan Pengarah-pengarah Bahagian yang turut sama hadir memeriahkan majlis

Antara pemenang-pemenang yang menerima penghargaan daripada YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Antara pemenang-pemenang yang menerima penghargaan daripada YB Dato’ Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Antara pemenang-pemenang yang menerima penghargaan daripada YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger