Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday 6 April 2015

Mesyuarat ke-21 Kumpulan Pakar tentang Pembentukan Pasaran Getah Serantau

No comments:
 
Posted: 01 Apr 2015 01:00 AM PDT

Berita - Mesyuarat ke-21 Kumpulan Pakar tentang Pembentukan Pasaran Getah Serantau

Mesyuarat ke-21 Kumpulan Pakar tentang Pembentukan Pasaran Getah Serantau

Mesyuarat ke-21 EGERRM yang berlangsung di Pattaya, Thailand telah dihoskan oleh IRCo pada 1 April 2015. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Y.Bhg Datuk M. Nagarajan, Timbalan Ketua Setiausaha (komoditi), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia .

Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil Thailand – Mr. Picheat Prommoon, Indonesia-Mr. Mardjoko dan Malaysia – Ms Arsuhaila bt Musha. Dalam mesyuarat ini Thailand telah membentangkan satu kertas makluman bertajuk Pasaran Spot Getah (RubberConnex) yang merupakan satu projek di bawah Pejabat Tabung Bantuan Tanam Semula Getah (ORRAF). RubberConnex menyediakan platform bagi sebutharga untuk pasaran spot yang mempunyai 108 rangkaian pasaran tempatan di seluruh Thailand. Gred getah asli yang ditawarkan ialah USS, RSS dan getah beku. Sistem ini menawarkan beberapa aspek positif seperti penjual dapat menetapkan harga mereka sendiri pada masa sebenar (masa ketika proses atau transaksi berlaku). Oleh itu, dengan pelaksanaan sistem ini, harga dijangkakan lebih adil dan telus bagi kedua-dua pihak iaitu pembeli dan penjual.

Mesyuarat juga turut membincangkan berkenaan hala tuju Rubber Regional Market (RRM). Cadangan ini menekankan beberapa isu seperti objektif kedua-dua jenis pasaran iaitu pasaran spot fizikal dan pasaran hadapan fizikal, infrastruktur getah sedia ada di kalangan negara ahli.

Pegawai-pegawai yang menghadiri Mesyuarat Ke-21 EGERRM

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger