Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Wednesday 18 November 2015

Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka kepada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

No comments:
 

Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka kepada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia


Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka kepada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Posted: 14 Nov 2015 02:00 AM PST

Berita - Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka kepada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka kepada Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia

Tahniah diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM) sempena pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M) yang membawa gelaran Datuk pada 14 November 2015. Pengurniaan ini adalah sempena Hari Jadi ke- 77 Tuan Yang Terutama Yang di- Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob pada 9 Oktober 2015.

YBhg Datuk Dr Mohd Akbar telah berkhidmat bersama LGM sejak tahun 1979 yang dahulunya dikenali sebagai Institut Penyelidikan Getah Malaysia (IPGM). Beliau secara rasminya dilantik menjadi Ketua Pengarah LGM pada 24 Julai 2015. Sebelum pelantikan ini, beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Penyeldikan & Inovasi) di LGM sejak 2006. Dengan pengalaman yang menghampiri 35 tahun, kepakaran beliau dapat dilihat dalam teknologi penuaian lateks (latex harvesting technology).

Tahniah sekali lagi diucapkan kepada YBhg Datuk Dr Mohd Akbar di atas pengurniaan Darjah Pangkuan Seri Melaka dan semoga terus cemerlang.

Datuk Dr Mohd Akbar Md Said Datuk Dr Mohd Akbar Md Said
Datuk Dr Mohd Akbar Md Said

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger