Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday, 29 January 2015

Kursus Pengenalan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) di Akademi Hevea Malaysia (AHM)

No comments:
 
Posted: 21 Jan 2015 12:00 AM PST

Berita - Kursus Pengenalan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) di Akademi Hevea Malaysia (AHM)

Kursus Pengenalan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) di Akademi Hevea Malaysia (AHM)

Unit Integriti Lembaga Getah Malaysia dengan kerjasama Unit Pengurusan Sumber Manusia telah mengadakan satu kursus berkaitan Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 (Akta 605) kepada kakitangan LGM bagi (Kumpulan Sokongan). Kursus yang berlangsung selama dua hari iaitu pada 20-21 Januari 2015 telah dihadiri oleh seramai 36 orang kakitangan bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman mengenai Akta 605 tersebut. Kursus telah disampaikan oleh Puan Emilia Binti Kassim, Ketua Unit Integriti LGM.

Akta 605 merupakan suatu peruntukan bagi perkara-perkara yang berhubung dengan tatakelakuan, hukuman tatatertib, dan pengenaan surcaj ke atas pegawai-pegawai LGM. Melalui kursus ini, kakitangan LGM lebih memahami mengenai hukuman dan tindakan yang dikenakan bagi pelanggaran akta ini. Semasa kursus ini, pegawai telah diminta untuk membacakan akujanji untuk berkhidmat dengan taat setia, berdedikasi, dan berintegriti dalam menjalankan tugas. Kursus ini akan diperluaskan lagi kepada seluruh warga LGM.

Antara Para Peserta Kursus Pengenalan Akta 605 Antara Para Peserta Kursus Pengenalan Akta 605
Antara Para Peserta Kursus Pengenalan Akta 605
Peserta Kursus Akta 605 melafazkan ikrar akan mematuhi peruntukan akta berkenaan Peserta Kursus Akta 605 melafazkan ikrar akan mematuhi peruntukan akta berkenaan
Peserta Kursus Akta 605 melafazkan ikrar akan mematuhi peruntukan akta berkenaan

No comments:

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger