Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Wednesday 14 January 2015

Pelancaran Minggu Kempen Keselamatan LGM 2014

No comments:
 
Posted: 30 Dec 2014 12:00 AM PST

Berita - Pelancaran Minggu Kempen Keselamatan LGM 2014

Pelancaran Minggu Kempen Keselamatan LGM 2014

Menyedari pentingnya keselamatan di tempat kerja Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah menganjurkan Minggu Kempen Keselamatan LGM 2014. Kempen Keselamatan LGM merupakan usaha berterusan pihak Pengurusan ke arah menyelesaikan isu keselamatan di tempat kerja di samping penjagaan keselamatan harta benda dan juga tatacara untuk pengendalian dokumen dan ICT dengan selamat. Kempen ini akan dijalankan selama 5 minggu bermula dari 25 Nov sehingga 30 Dis 2014. Majlis Pelancaran Minggu Keselamatan LGM telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Suarni Sumormo, Timbalan Ketua Pengarah (D&O), di Stesen Penyelidikan Sungai Sari, Kedah.

Tema bagi Kempen tahun ini adalah KESELAMATAN AMALAN KAMI. Kempen keselamatan pada kali ini menggabungkan ke semua cabang keselamatan yang ada di LGM seperti keselamatan pekerjaan, keselamatan fizikal serta sekuriti. Tidak ketinggalan keselamatan dokumen dan juga keselamatan ICT di mana ianya selaras dengan misi LGM untuk menjadi sebuah organisasi terulung dan pusat rujukan global bagi industri getah. Ianya mencerminkan tentang komitmen LGM dalam memberi penekanan tentang keperluan penjagaan keselamatan dan kesihatan kakitangan LGM di samping keselamatan yang lain sebagai keutamaan dalam perjalanan organisasi ini ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

Di sepanjang kempen ini, pelbagai aktiviti akan dijalankan seperti seminar keselamatan di tempat kerja, seminar keselamatan harta-benda, seminar pengendalian rekod dan dokumen terperingkat serta seminar keselamatan cyber dan ICT. Melalui kempen yang diadakan ini ianya dapat memupuk kesedaran semua kakitangan LGM bahawa aspek Keselamatan bukan hanya dipertanggungjawabkan kepada pihak pengurusan, pengawal keselamatan atau individu tertentu sahaja tetapi ianya menjadi tanggungjawab oleh semua warga LGM tanpa mengira pangkat.

Majlis Penutup Minggu Keselamatan LGM 2014 telah dilakukan oleh YBhg. Datuk Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM di Akademi Hevea Malaysia, Sungai Buloh pada 30 Disember 2014.

Dr Suarni Sumormo merasmikan Minggu Kempen Keselamatan LGM 2014 Staf LGM mendengar taklimat keselamatan daripada wakil Pihak Bomba dan Penyelamat

Pengurusan Tertinggi LGM bergambar bersama di Stesen Penyelidikan Sungai Sari Pasukan Bomba dan Penyelamat menunjukkan demonstrasi menyelamatkan mangsa

YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad menyempurnakan Penutup Minggu Kempen Keselamatan LGM Penceramah jemputan melakukan demonstrasi keselamatan di tempat kerja.

YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad menyampaikan cenderahati kepada penceramah jemputan
YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad menyampaikan
cenderahati kepada penceramah jemputan

IPICEX 2014

Posted: 25 Nov 2014 12:00 AM PST

Berita - IPICEX 2014

IPICEX 2014

IPICEX 2014 telah diadakan pada 24-25 November bertempat di Riverside Majestic Hotel Sarawak. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha MPIC disaksikan oleh pelbagai persatuan, agensi kerajaan dan wakil kerajaan negeri dan bersama lebih 600 peserta yang hadir.

Persidangan Industri Perladangan dan Pameran ( IPiCEX2014 ) adalah forum utama bagi pembentangan kemajuan baru, isu dan hasil penyelidikan di dalam sektor perladangan. Persidangan ini turut memberi peluang untuk mewujudkan dan mengukuhkan jaringan antarabangsa diantara saintis, pengusaha ladang, penggubal dasar perladangan serta pihak professional di dalam industri perladangan. Persidangan ini merangkumi pelbagai perpektif dan aspek termasuk pembentangan kertas kerja dari pihak industri dan agensi kerajaan, interaksi secara terus dan pameran berkaitan perladangan.

Lembaga Getah Malaysia turut bersama menyertai pameran di IPICEX2014 dengan mempamerkan pelbagai teknologi terkini upstream yang focus pada proses penanaman getah. LGM telah membawa pelbagai teknologi.

IPICEX 2014 merupakan platform yang baik untuk LGM mempamerkan pelbagai teknologi perladangan yang mana mampu untuk memberikan faedah kepada industri getah di dalam menuju wawasan 2020 dan kea rah Negara berpendapatan tinggi.

Ybhg Datuk Himmat Singh, Ketua Setiausaha MPIC mendengar penerangan ARTS

Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan & Inovasi, Dr Mohd Akbar Md Said memerhatikan Ybhg Datuk KSU MPIC mengaktifkan ARTS

YBH Datuk KSU memerhatikan demo I-Klon ditemani oleh TKP P&I LGM

Majlis Pelancaran Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014 Peringkat Negeri Melaka

Posted: 24 Nov 2014 12:00 AM PST

Berita - Majlis Pelancaran Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014 Peringkat Negeri Melaka

Majlis Pelancaran Peraturan-peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014 Peringkat Negeri Melaka

Pelancaran Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (LGM) peringkat negeri Melaka telah diadakan pada 22 November 2014 di Dewan Seri Negeri, Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka. Majlis yang dihadiri oleh para pelesen dan agensi pelaksana diadakan bagi memberikan maklumat tentang penambahbaikan dalam peraturan baru yang diperkenalkan oleh LGM. Selain itu, taklimat mengenai Government Service Tax (GST) dan Taklimat Insentif Pengeluaran Getah (IPG) turut diadakan bagi memberi penjelasan dengan lebih lanjut mengenai (IPG) yang akan dilaksanakan pada Januari 2015. Insentif ini diperkenalkan bagi membantu pekebun kecil menghadapi kejatuhan harga getah dunia. Insentif ini akan diaktif dengan pemberiaan insentif sebanyak 30 sen satu kilogram jika paras harga getah SMR 20 menurun kepada RM 4.60 sekilogram manakala kadar maksimum IPG bagi getah keping belum diasap adalah 60 sen dan susu getah 90 sen berdasarkan peratusan kandungan getah kering (KGK).

Di majlis ini juga, LGM turut mengadakan sesi soal jawab bersama pelesen dan pekebun kecil yang hadir. Antara isu yang dibincangkan ialah mengenai kad Permit Authoriti Getah (PAT-G) dan Akta Timbang dan Sukat 1972 (Akta 1971) kepada pekebun kecil.

Dr Suarni Sumormo merasmikan Minggu Kempen Keselamatan LGM 2014

Para pelesen bertanyakan soalan mengenai taklimat yang disampaikan Para pelesen bertanyakan soalan mengenai taklimat yang disampaikan Para pelesen bertanyakan soalan mengenai taklimat yang disampaikan
Para pelesen bertanyakan soalan mengenai taklimat yang disampaikan
Dr Suarni Sumormo menjawab soalan-soalan yang diajukan Barisan Pengurusan Tertinggi LGM bergambar bersama para pelesen

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger