Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday, 26 February 2015

&lt;b&gt;<b>harga getah di</b>&lt;/b&gt; - Tanah2Getah - Blogger


&lt;b&gt;<b>harga getah di</b>&lt;/b&gt; - Tanah2Getah - Blogger

Posted:

Berapa negarakah yang sudi duduk semeja bagi membicangkan hala tuju harga getah dan harga getah di Malaysia sahajakah yang murah. You are subscribed to email updates from harga getah di malaysia - Google Blog .

Wednesday, 25 February 2015

<b>cara menanam getah</b></b> | Wiki Wow - Tanah2Getah - Blogger


<b>cara menanam getah</b></b> | Wiki Wow - Tanah2Getah - Blogger

Posted: 03 Jan 2015 07:06 PM PST

Perkembangan Perusahaan Getah di Tanah Melayu

Pengenalan

Getah mula diperkenalkan di Tanah Melayu pada tahun 1880-an. Sebelumnya, tanaman yang popular ialah kopi, gambir dan lada hitam. Pada tahun 1876, Pengarah Taman Kew di London iaitu Joseph Hooker telah menghantar Henry Wickham ke Brazil untuk mendapatkan bijih benih getah. Sebanyak 70 ribu bijih benih getah dibawa ke England dan disemai di Taman Kew, London. Tiga ribu bijih benih dari Taman Kew kemudian dihantar ke tanah jajahan British terutamanya ke Sri Lanka, dan Singapura. Pada tahun 1877, 22 ribu bijih benih dibawa ke Singapura dan ditanam di Taman Botanical Singapura dan di perkarangan rumah Sir Hugh Low (Residen Perak) di Kuala Kangsar. H.N. Ridley yang menjadi Pengarah Taman Botanical Singapura sejak 1888 memainkan peranan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalakkan penduduk Tanah Melayu menanam getah. Pada mulanya, galakan beliau tidak mendapat sambutan tetapi menjelang abad ke-20, tanaman getah mula diminati oleh orang ramai. Berikut ialah jadual perangkaan penanaman getah di Tanah Melayu:

Tahun Keluasan Tanah (ekar)

1897 345

1900 46000

1905 48000

1906 85000

1909 200000

1911 1000000

1914 1500000

1918 2500000

1940 3500000

Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah

1. Permintaan

Menjelang abad ke-20, permintaan getah meningkat akibat dari perkembangan industri kereta di Eropah dan Amerika, lebih-lebih lagi selepas J.B. Dunlop berjaya mencipta tayar angin. Pada tahun 1905, perkembangan industri kereta di Amerika terbukti daripada pertambahan pengeluarannya. Pengeluaran kereta Amerika sebanyak 500 ribu buah pada tahun 1910 telah meningkat kepada 8 juta buah pada tahun 1920. Selain itu, getah juga diperlukan oleh industri lain seperti alat-alat elektrik, alat-alat perubatan, perkakas rumah dan lain-lain. Permintaan yang bertambah telah menyebabkan harga getah meningkat. Pada tahun 1900, harga getah hanya 2s 3d (penn) bagi sepaun tetapi pada tahun 1911, harganya meningkat kepada 5s 5d (penn) bagi sepaun. Antara tahun 1906 hingga 1918, harga getah ialah kira-kira 15s sepaun. Kenaikan harga sudah tentu menyebabkan orang-orang Melayu menanam getah.

2. Kejatuhan harga kopi

Kejatuhan harga kopi juga menjadi faktor menyebabkan perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Pada tahun 1890-an, berlaku kejatuhan harga kopi akibat saingan kopi Brazil dan juga pengeluaran berkurangan disebabkan penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu "Beehawk". Harga kopi $45 sepikul pada tahun 1975 telah jatuh kepada $19 sepikul pada tahun 1899. Kejatuhan harga kopi menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada tanaman getah. Buktinya pada tahun 1898, taman-taman percubaan Kerajaan Perak telah menjual 32 ribu biji benih getah dan 60 ribu anak benih getah.

3. Tenaga buruh

Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah hasil dari usaha untuk membawa imigran-imigran dari Selatan India terutamanya dan Madras. Pelbagai kemudahan telah diadakan bagi menggalakkan kedatangan orang India seperti Tabung Percuma, tempat tinggal dan lain-lain. Pada tahun 1907, tabung imigran orang-orang India telah ditubuhkan bagi menguruskan kedatangan orang India. Pada tahun 1912, Undang-undang Buruh dilaksanakan bagi mengelakkan penindasan majikan kepada buruh-buruh ladang. Imigran-imigran India dibawa ke Tanah Melayu melalui beberapa sistem seperti Sistem Kontrak (Identuru), Sistem Kangani, buruh bebas yang dibantu dan yang tidak dibantu. Usaha untuk bantu orang-orang India ke Tanah Melayu bertambah mudah kerana adanya hubungan kerjasama Kerajaan British di India dan Tanah Melayu. Kedatangan ramai imigran India telah membolehkan lebih banyak ladang-ladang dibuka di Tanah Melayu. Orang India memberi sumbangan penting terhadap perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu dan mereka dianggap sebagai rakyat British yang kuat dan rajin bekerja, mudah dikawal dan tidak bercita-cita tinggi.

4. Campur tangan British

Campur tangan British dan perlaksanaan Sistem Residen di Tanah Melayu sejak tahun 1874 menamatkan kekacauan di Tanah Melayu seperti perebutan takhta, pergaduhan antara pembesar, pergaduhan di antara pelombong Cina, perlanunan dan lain-lain lagi. Kestabilan politik serta keamanan dan peraturan yang wujud telah memberi jaminan keselamatan terhadap nyawa dan harta benda. Keadaan ini menyebabkan berlaku perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Selain itu, keadaan ini telah menarik pelabur-pelabur untuk menanam modal.

5. Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896

Penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu 1896 yang menggabungkan Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah berjaya mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran seperti Undang-undang tanah dan sistem cukai yang seragam antara negeri-negeri itu diperkenalkan. Keseragaman pentadbiran telah mewujudkan kestabilan politik serta keamanan dan ini telah memberi tarikan kepada pelabur-pelabur untuk memperkembangkan perusahaan ini.

6. Sistem perhubungan

Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi memudahkan pengangkutan getah dari kawasan pengeluaran ke kawasan pelabuhan untuk dieksport. Menjelang tahun 1904, terdapat jalan keretapi sejauh 340 batu dan jalan raya 2400 batu. Jalan kertapi pertama dibuka pada tahun 1885 yang menghubungkan antara Taiping – Port Weld, 1886 Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Seremban – Port Dickson, 1893 Ipoh – Teluk Anson. Menjelang tahun 1903 sudah terdapat jalan keretapi dari Perai ke Seremban dan 1909 disambungkan ke Johor Bahru. Menjelang tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke Singapura.

7. Sistem pengukuran tanah

Sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman. Keadaan yang tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.

8. Iklim dan tanah

Iklim dan tanah di tanah Melayu amat sesuai untuk tanaman getah. Percubaan yang dijalanlkan menunjukkan getah dapat ditanam di pelbagai jenis tanah di Tanah Melayu. Akibatnya getah dapat ditanam di seluruh Tanah Melayu.

9. Undang-undang Tanah

Undnag-undang Tanah yang liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah. Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897, cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10 tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢ seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman getah diberi hak milik kekal.

10. Peranan H.N. Ridley

H.N. Ridley yang menjadi pengarah Taman Botanical Singapura sejak tahun 1888 bertanggungjawab ke atas perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah menjalankan penyelidikan dan menggalak penduduk Tanah Melayu menanam getah sehingga digelar "Ridley Getah" atau "Ridley Gila". Pada peringkat awalnya saranan beliau tidak mendapat sambutan. Hanya beberapa orang pengusaha yang mengambil langkah menanam getah. Sebagai contoh, pada tahun 1896, seorang Cina di Selangor iaitu Tan Choy Yan telah menanam 40 ekar getah dan pada tahun yang sama, adik-beradik Kindersley telah menanam 5 ekar getah di Kajang. Pada tahun 1897, hanya terdapat 345 ekar getah diseluruh Tanah Melayu. H.N. Ridley telah mencipta teknik menoreh getah yang dikenali sebagai "Tulang Ikan Herring" yang membolehkan pokok getah hidup lebih lama dan pengeluaran susu getah meningkat. Beliau juga teleh mencipta cara mengangkut anak benih getah, iaitu membungkusnya dengan arang yang lembap. Cara ini membolehkan anak getah diangkut ke tempat yang jauh.

11. Penyelidikan

Penyelidikan juga dijalankan bagi memajukan perusahaan getah. Pada 1899 sebanyak $4 ribu diperuntukkan untuk tujuan tersebut. Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menguruskan tanaman getah. Pada tahun 1926, pusat penyelidikan getah (RRI) ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan mengenai penanaman getah seperti teknik menanam, penggunaan baja, teknik menoreh, cara memproses susu getah, penggunaan getah dan lain-lain.

12. Negeri-negeri Melayu Utara dan Johor

Penguasaan British ke atas Negeri-negeri Melayu Utara (1909) dan Johor (1914) juga memajukan perusahaan getah. Tanaman getah dapat dijalankan di negeri-negeri tersebut sedangkan sebelumnya tumpuan hanya pada Negeri-negeri Melayu Bersekutu.

13. Dasar ekonomi bebas

Dasar ekonomi bebas dan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan British telah menarik ramai pelabur-pelabur Eropah untuk menanam modal dalam perusahaan getah.

14. Firma Eropah

Penglibatan firma Eropah telah memajukan perusahaan getah di Tanah Melayu. Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak ladang getah dibuka. Pada tahun 1910, sebanyak 142 buah ladang getah di Selangor. Antara firma Eropah tersebut ialah Harrison dan Crossfield, Sime Darby, Guthurie, Dunlop dan sebagainya.

Sumbangan perusahaan getah

1. Ekonomi

Perusahaan getah merupakan punca hasil yang terbesar bagi kerajaan Semenanjung tanah Melayu. Hampir kesemua daripada hasil tersebut diperolehi melalui cukai ke atas eksport getah. Hasil daripada perusahaan getah telah membolehkan kerajaan memodenkan Semenanjung Tanah Melayu.

Pengeluaran getah juga menjadi sumber pendapatan penduduk dengan membekalkan pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.

2. Sosial

a. Jalan raya dan keretapi dibina bagi menghubungkan kawasan-kawasan getah dengan pelabuhan.

b. Perusahaan getah telah mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk Semenanjung Tanah Melayu. Beberapa kilang yang menghasilkan barang buatan getah telah didirikan.

c. Perusahaan getah telah mengakibatkan penghijrahan orang India dan Indonesia dari Jawa dan Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Hal ini telah menyumbangkan kepada kemunculan masyarakat majmuk dan tambahan dalam bilangan penduduk yang pesat.

Kesimpulan

Walaupun harga getah meningkat kira-kira $5 sepaun antara tahun 1906-1918, tetapi pada tahun 1920-an, berlaku kejatuhan harga getah. Pada tahun 1920, harga getah hanya 20 sen sehingga 30 sen sepaun. Akibatnya, Kerajaan British terpaksa melakukan Rancangan Pembatasan Stevenson pada tahun 1922 bagi menghadkan pengeluaran agar tidak melebihi permintaan. Perlaksanaan Rancangan Pembatasan Stevenson telah menyebabkan harga getah meningkat kepada $2 sepaun (1925). Walau bagaimanapun, rancangan ini gagal dan dibatalkan pada tahun 1928 kerana hanya disertai oleh wilayah British. Indonesia yang mengeluarkan 24% getah dunia tidak menyertainya. Kegagalan rancangan ini menyebabkan kejatuhan harga getah pada tahun 1931, harga getah hanya 5 sen sehingga 7 sen sepaun. Akibatnya, pada tahun 1934, negara-negara pengeluar getah telah melaksanakan Rancangan Pembatasan Getah Antarabangsa. Rancangan ini meningkatkan harga getah kepada 40 sen sepaun pada tahun 1937.

Fokus <b>tanaman getah</b> berkelompok bantu ekonomi penduduk luar <b>...</b>


Fokus <b>tanaman getah</b> berkelompok bantu ekonomi penduduk luar <b>...</b>

Posted: 10 Dec 2014 08:18 AM PST

LUBOK ANTU: Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Perumahan, Datuk Francis Harden Hollis menasihat rakyat pedalaman Ulu Engkari supaya memberi tumpuan dengan tanaman getah secara berkelompok untuk mempertingkat taraf ekonomi masing-masing.

Menurutnya, rakyat tinggal di Ulu Engkari boleh berkecimpung dalam bidang penanaman getah secara berkelompok kerana keadaan tanah di kawasan penempatan mereka berbukit.

Beliau menjelaskan, ini merupakan salah satu peluang baik bagi penduduk luar bandar mempertingkat pendapatan  keluarga masing-masing.

"Usahakan tanaman getah secara berkelompok bagi  membantu penduduk luar bandar memajukan ekonomi dari semasa ke semasa," katanya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Pemimpin di Rumah Kaunselor Weslley Bakak, Stamang, Ulu Engkari, Lubok Antu , semalam..

Dalam majlis itu Harden mengumum peruntukan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM9,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Nanga Stamang dengan RM3,000 lagi kepada  biro wanita rumah panjang itu.

Harden turut menasihat ketua kaum supaya rajin menghadir diri dalam setiap majlis rasmi di kawasan penempatan masing-masing.

Ini penting bagi membolehkan mereka bertukar-tukar pandangan dengan ketua kaum lain sebelum ia boleh dikongsi bersama anak buah masing-masing, ujarnya.

"Saya menasihatkan ketua kaum di sini supaya menyebar dasar pembangunan kerajaan agar penduduk dapat memajukan hidup masing-masing," kata beliau.

Turut hadir pada majlis itu Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman Cassiddy Moris dan ketua-ketua masyarakat sekitar Lubok Antu.

Print Friendly

Info Anda: <b>Cara</b> Penanaman <b><b><b>Getah</b></b></b <b>...</b>

Posted: 13 Nov 2014 01:56 PM PST

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya


Pohon Kemenyan Penghasil <b>Getah</b> Kemenyan Asli Indonesia <b>...</b>

Posted: 16 Feb 2015 03:26 PM PST

Pohon kemenyan adalah pohon penghasil getah kemenyan. Pohon kemenyan merupakan salah satu pohon asli Indonesia. Tumbuhan ini tersebar alami di pulau Sumatera, Jawa, dan Kalimantan. Resin (getah kemenyan) yang dihasilkan dari tanaman ini telah diperdagangkan sejak 5.000 tahun silam. Bersama dengan barus, kemenyan telah menjadi komoditi andalan nusantara sejak beratus tahun silam.

Getah kemenyan yang diperdagangkan untuk kebutuhan mistik, medis, hingga kosmetik ini dihasilkan oleh tanaman dari famili Styracaceae genus Styrax. Terdapat beberapa tanaman dari genus Styrax yang menghasilkan getah kemenyan. Namun yang paling dikenal diantaranya adalah Styrax benzoin Dryand, Styrax paralleloneurum Perkins, dan Styrax tonkinensis (Pierre) Craib ex Hartwich.

Di Indonesia biasanya disebut sebagai Kemenyan Durame (Styrax Benzoine), Kemenyan Bulu (Styrax Benzoine var. hiliferum), Kemenyan Toba (Styrax paralleloneurum), dan Kemenyan Siam (Styrax Tokinensis). Styrax benzoin memiliki beberapa nama sinonim seperti Benzoin officinale Hayne; Benzoina vera Rafin.; Cyrta dealbata Miers; Lithocarpus benzoin Royle; Plagiospermum benzoin Pierre; Styrax benjuifer Stokes; dan Styrax dealbata Gürke, dengan subspesies Styrax Benzoine var. hiliferum.

Kemenyan Toba (Styrax paralleloneurum) bersinonim dengan Styrax sumatranus J.J.Smith. Sedangkan Kemenyan Siam (Styrax Tokinensis) bersinonim dengan Anthostyrax tonkinensis Pierre; Styrax hypoglaucus Perkins; Styrax macrothyrsus Perkins; dan Styrax subniveus Merr. & Chun. Jenis-jenis kemenyan ini selain dikenal sebagai Kemenyan Durame, Kemenyan Bulu, Kemenyan Toba, juga dikenal sebagai Kemenyan Jawa dan Kemenyan Sumatera.

Batang dan Getah Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Batang dan Getah Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Jenis Kemenyan Durame merupakan tumbuhan asli Indonesia yang tumbuh di Jawa, Sumatera, dan Bangka Belitung, Pun tersebar di Malaysia, Vietnam, Laos, dan Thailand. Kemenyan Bulu dan Kemenyan Toba tumbuh di Sumatera dan Malaysia.

Pohon Kemenyan tumbuh cukup besar. Tingginya bisa mencapai 24-40 meter. Diameter batangnya mampu mencapai 60-100 cm. Batangnya lurus dan hanya memiliki sedikit percabangan. Kulit pohon beralur namun tidak dalam dengan warna kulit merah anggur. Sedangkan kayu gupal Kemenyan berwarna putih.

Daun Kemenyan tunggal dan tersusun spiral. Daun berbentuk oval membulat hingga memanjang, berukuran panjang 4-15 cm dengan lebar 5-7,5 cm. Permukaan bawah daun berwarna putih sampai abu-abu, agak mengkilap. Warna daun jenis Kemenyan Toba lebih gelap kecoklatan dan lebih tebal dibandingkan jenis Kemenyan Durame.

Bunga majemuk, berbentuk tandan (malai), bertangkai panjang, memiliki 9-12 helai daun mahkota bunga. Bunga muncul pada ujung atau ketiak daun. Bunga Berbunga sekali dalam tahun, antara bulan November hingga Januari. Buahnya gepeng lonjong berukuran 2,5-3 cm dengan berwarna coklat keputihan.

Daun dan Bunga Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Daun dan Bunga Kemenyan Durame (Styrax Benzoine)

Manfaat tanaman Kemenyan yang telah dikenal sejak rbuan tahun silam adalah resin atau getahnya. Getah Kemenyan ini telah digunakan sebagai bahan obat sejak abad ke-14. Getah ini mengandung asam sinamat, asam benzoate, styrol, styracin, vanillin, coniferil sinamat, coniferil benzoate dan suatu resin yang mengandung benzoresinol dan sumaresinotannol.

Resin atau getah Kemenyan digunakan juga sebagai perlengkapan ritual-ritual tradisional, yakni sebagai dupa, sesajen, dan campuran rokok. Kemenyan juga dimanfaatkan sebagai aroma parfum, aroma terapi, bahan pengawet, dan bahan campuran kosmetik.

Selain dihasilkan oleh getah pohon dari genus Styrax, kemenyan juga menjadi sebutan bagi getah sejenis yang dihasilkan oleh pohon dari famili Burseraceae, utamanya anggota genus Boswellia. Kemenyan jenis ini biasanya disebut Kemenyan Arab.

Klasifikasi Ilmiah Kemenyan: Kerajaan: Plantae. Filum: Tracheophyta. Kelas:  Magnoliopsida. Ordo: Ericales. Famili: Styracaceae. Genus: Styrax.

  Referensi dan gambar :  www.catalogueoflife.org/col/browse/tree/id/21981184  id.wikipedia.org/wiki/Kemenyan  Balai Penelitian Kehutanan Aek Nauli. 2013. Buku Kecil Kemenyan. Aek Nauli: Balai Penelitian Kehutanan Aek Nauli Kementerian Kehutanan  Gambar :  

Baca artikel tentang tumbuhan Indonesia lainnya :

PENANAMAN <b>GETAH</b> DI SABAH ~ AgroCommunity

Posted: 10 Dec 2014 06:30 AM PST

27,607 pekebun kecil di Sabah giat usahakan tanaman getah


Terdapat seramai 27,607 pekebun kecil getah di Sabah dengan jumlah keluasan tanah getah sebanyak 77,737.69 hektar. Menurut kenyataan daripada Menteri Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Radin Malleh daripada jumlah itu, Tenom, termasuk Kemabong mendahului daerah lain di negeri ini dari segi jumlah keluasan tanah getah iaitu 9,793 hektar tanah dan terdapat 2,149 pekebun kecil getah dalam tempoh berkenaan. Daripada Januari 2012 sehingga Ogos 2014, kerajaan negeri melalui Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) telah memperuntukkan sebanyak RM8.14 juta untuk melaksanakan Projek Tanam Baru Getah Berkelompok seluas 581.9 hektar tanah getah yang membabitkan 192 orang pekebun kecil getah di daerah ini. Dalam tempoh itu juga, kerajaan negeri memperuntukkan RM15.587 juta untuk melaksanakan Projek Tanam Semula Getah Berkelompok seluas 1,113.39 hektar tanah getah yang membabitkan 210 pekebun kecil getah dari sekitar daerah itu. Pada tahun 2015, kerajaan negeri melalui LIGS memperuntukkan RM2.8 juta untuk melaksanakan Projek Tanam Baru Getah Berkelompok  seluas 200 hektar tanah getah yang akan membabitkan 70 pekebun kecil getah dari sekitar Teno, serta RM4.2 juta bagi pelaksanaan Projek Tanam Semula Getah Berkelompok seluas 300 hektar di S.P.G Lagud Sebrang Tenom dan S.P.G Kuala Tomani Kemabong. Untuk tempoh lima tahun, kos pembangunan untuk satu hektar tanah getah itu oleh kerajaan ialah RM14,000 yang meliputi kerja-kerja pembersihan tanah dan membuat teres, penanaman, pembajaan serta penjagaan pokok-pokok getah tersebut. 

Apabila pokok-pokok getah itu matang, kerajaan akan menyerahkan semula tanah getah itu kepada para pekebun kecil getah berkenaan untuk diusahakan oleh mereka. Semua usaha berkenaan untuk menggalakkan rakyat luar bandar membangunkan tanah-tanah mereka seperti penanaman getah secara berkelompok yang dapat menjana pendapatan dan meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat. Pada ketika ini, purata pendapatan bersih sebulan para pekebun kecil getah di daerah Tenom termasuklah Kemabong ialah di antara RM900 sehingga RM1,200. Purata pendapatan bersih sebulan itu membuktikan usaha-usaha kerajaan untuk mengurangkan gejala kemiskinan di kalangan penduduk luar bandar di negeri ini berada di landasan yang betul. Kursus sedemikian dapat meningkatkan lagi kecekapan dan kemahiran menoreh pokok getah di kalangan para pekebun kecil getah berkenaan. 

Kerajaan menggesa pekebun-pekebun kecil getah supaya sentiasa menjaga kualiti susu getah tersebut agar getah kepingan yang telah diproses oleh mereka itu mempunyai gred getah yang baik serta mendapat harga yang baik di pasaran. Walaupun harga getah pada ketika ini adalah rendah, kerajaan menggalakkan rakyat khususnya di luar bandar yang memiliki tanah-tanah terbiar untuk menanam pokok getah bagi memenuhi permintaan pasaran. Bagi mereka yang mempunyai tanah getah, mereka akan beroleh pendapatan lumayan apabila harga getah naik. Manakala bagi mereka yang baru mula menanam pokok getah setelah melihat para pekebun kecil getah memperolehi pendapatan lumayan berikutan kenaikan harga getah itu, sudah tentu mereka akan ketinggalan peluang untuk turut sama menikmati kenaikan harga getah itu. Kerajaan juga menggalakkan para pekebun kecil getah di negeri ini khususnya di daerah Tenom untuk menjual hasil keluaran getah mereka itu kepada LIGS bagi mengelakkan mereka menjadi mangsa manipulasi harga oleh orang tengah dan agen-agen pembeli getah berkenaan

Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA


Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA

Posted: 13 Feb 2015 12:00 AM PST

Berita - Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA

Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah menganjurkan Bengkel NKEA Minyak Sawit dan Getah 2015. Bengkel ini yang telah bermula pada 26 Januari 2015 telah dirasmikan oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas. Di antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PEMANDU YB Dato' Sri Idris Jala dan Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi.

Bengkel ini telah diadakan untuk mengkaji serta menilai semula kesan kepada NKEA yang terkini dan hala tuju yang baru pada masa akan datang. Tahun 2015 merupakan tahun kelima pelaksanaan NKEA Minyak Sawit & Getah dan bengkel ini dilihat sebagai satu platform yang baik untuk melaksanakan aktiviti kaji semula.

Terdapat sembilan bengkel yang berasingan yang dipecahkan mengikut aliran minyak sawit dan getah. Pertamanya adalah Pekebun Kecil Minyak Sawit, Pekebun Kecil Getah, Produktiviti Minyak Sawit, Oleochemicals & SME, Makanan dan Kesihatan, Getah Asli, Lateks, Tenaga dan Efluen dan Aliran Terbuka.

Sambutan bagi bengkel NKEA ini adalah amat menggalakkan di mana terdapat lebih 150 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai bidang dan industri dalam sektor kerajaan dan swasta. Antaranya terdapat wakil-wakil daripada FELDA, FELCRA, RISDA, Petronas, Shell, Sime Darby dan lain-lain. Bengkel ini telah menutup tirainya pada 13 Februari 2015 dan dengan rasminya ditutup oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas.

YB Datuk Douglas Uggah Embas memberikan sedikit ulasan di dalam Bengkel Getah Kering
YB Datuk Douglas Uggah Embas memberikan sedikit ulasan di dalam Bengkel Getah Kering
YB Datuk Amar Douglas dan YB Datuk Idris Jala mendengar pembentangan ringkas daripada wakil Aliran Lateks Fasilitator bengkel menunjukkan hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan di dalam bengkel Makanan dan Kesihatan
YB Datuk Amar Douglas dan YB Datuk Idris Jala mendengar pembentangan ringkas daripada wakil Aliran Lateks Fasilitator bengkel menunjukkan hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan di dalam bengkel Makanan dan Kesihatan
YB Datuk Amar Douglas meneliti pembentangan yang terakhir Gambar kumpulan sebelum Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 menutup tirai
YB Datuk Amar Douglas meneliti pembentangan yang terakhir Gambar kumpulan sebelum Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 menutup tirai
Berita - Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA

Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 Kaji Semula Perancangan dan Pelaksanaan NKEA

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dengan kerjasama Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC) telah menganjurkan Bengkel NKEA Minyak Sawit dan Getah 2015. Bengkel ini yang telah bermula pada 26 Januari 2015 telah dirasmikan oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas. Di antara tetamu kehormat yang hadir adalah Ketua Pegawai Operasi PEMANDU YB Dato' Sri Idris Jala dan Timbalan Menteri, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, YB Datuk Alexander Nanta Linggi.

Bengkel ini telah diadakan untuk mengkaji serta menilai semula kesan kepada NKEA yang terkini dan hala tuju yang baru pada masa akan datang. Tahun 2015 merupakan tahun kelima pelaksanaan NKEA Minyak Sawit & Getah dan bengkel ini dilihat sebagai satu platform yang baik untuk melaksanakan aktiviti kaji semula.

Terdapat sembilan bengkel yang berasingan yang dipecahkan mengikut aliran minyak sawit dan getah. Pertamanya adalah Pekebun Kecil Minyak Sawit, Pekebun Kecil Getah, Produktiviti Minyak Sawit, Oleochemicals & SME, Makanan dan Kesihatan, Getah Asli, Lateks, Tenaga dan Efluen dan Aliran Terbuka.

Sambutan bagi bengkel NKEA ini adalah amat menggalakkan di mana terdapat lebih 150 peserta telah mengambil bahagian yang terdiri daripada pelbagai bidang dan industri dalam sektor kerajaan dan swasta. Antaranya terdapat wakil-wakil daripada FELDA, FELCRA, RISDA, Petronas, Shell, Sime Darby dan lain-lain. Bengkel ini telah menutup tirainya pada 13 Februari 2015 dan dengan rasminya ditutup oleh YB Menteri MPIC Datuk Douglas Uggah Embas.

YB Datuk Douglas Uggah Embas memberikan sedikit ulasan di dalam Bengkel Getah Kering
YB Datuk Douglas Uggah Embas memberikan sedikit ulasan di dalam Bengkel Getah Kering
YB Datuk Amar Douglas dan YB Datuk Idris Jala mendengar pembentangan ringkas daripada wakil Aliran Lateks Fasilitator bengkel menunjukkan hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan di dalam bengkel Makanan dan Kesihatan
YB Datuk Amar Douglas dan YB Datuk Idris Jala mendengar pembentangan ringkas daripada wakil Aliran Lateks Fasilitator bengkel menunjukkan hasil kerja dan perbincangan yang telah dilakukan di dalam bengkel Makanan dan Kesihatan
YB Datuk Amar Douglas meneliti pembentangan yang terakhir Gambar kumpulan sebelum Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 menutup tirai
YB Datuk Amar Douglas meneliti pembentangan yang terakhir Gambar kumpulan sebelum Bengkel Minyak Sawit dan Getah 2015 menutup tirai

Tuesday, 24 February 2015

35,000 Pekebun Kecil <b>Getah</b> Pantai Timur Gagal Daftar PAT-G |


35,000 Pekebun Kecil <b>Getah</b> Pantai Timur Gagal Daftar PAT-G |

Posted:

MACHANG - Lebih 35000 daripada 84410 pekebun kecil getah di Pantai Timur belum berdaftar dengan Lembaga Getah Malaysia bagi mendapatkan Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) sejak ia diperkenal November lepas. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, ... IPG akan diaktifkan selepas harga fizikal getah SMR20 mencecah RM4.60 sekilogram dan harga getah buku mangkuk berharga RM1.75 sekilogram. �Kerajaan memberi bantuan tambahan ...

Monday, 23 February 2015

Dum Dam Dum Dam <b>Harga Getah</b> , Najib fikirNak kawal sahaja <b>...</b>


Dum Dam Dum Dam <b>Harga Getah</b> , Najib fikirNak kawal sahaja <b>...</b>

Posted:

Najib mengumumkan Lembaga Getah Malaysia (LGM) akan memperuntukkan RM100 juta untuk melaksanakan mekanisme kawal selia harga di peringkat ladang, bertujuan untuk melindungi pekebun kecil daripada ...

Sunday, 22 February 2015

<b>Harga</b> Karet Petani Turun Rp5 Ribu per Kg | METROSIANTAR.com


<b>Harga</b> Karet Petani Turun Rp5 Ribu per Kg | METROSIANTAR.com

Posted:

�Maunya pemerintah membeli getah petani dengan harga normal seperti yang dilakukan pemerintah Malaysia dan Thailand seperti yang kami baca di TV (televisi),� katanya. Pedagang karet di Sumut, M .Harahap, mengakui ...

Saturday, 21 February 2015

<b>Malaysia</b> Cadang Mesyuarat Peringkat Menteri ANRPC Tangani <b>...</b>


<b>Malaysia</b> Cadang Mesyuarat Peringkat Menteri ANRPC Tangani <b>...</b>

Posted:

Dalam pasaran domestik, Noriah berkata kerajaan dalam Bajet 2015 memperuntukkan RM106.4 juta untuk meningkatkan harga yang diterima oleh pekebun kecil getah di peringkat ladang. Ini termasuk melaksana ...

Friday, 20 February 2015

<b>Harga</b> Karet Petani Turun Rp5 Ribu per Kg | METROSIANTAR.com


<b>Harga</b> Karet Petani Turun Rp5 Ribu per Kg | METROSIANTAR.com

Posted:

�Maunya pemerintah membeli getah petani dengan harga normal seperti yang dilakukan pemerintah Malaysia dan Thailand seperti yang kami baca di TV (televisi),� katanya. Pedagang karet di Sumut, M .Harahap, mengakui ...

Wednesday, 18 February 2015

KENAIKAN <b>HARGA</b> MINYAK DAN PENURUNAN <b>HARGA GETAH</b>


KENAIKAN <b>HARGA</b> MINYAK DAN PENURUNAN <b>HARGA GETAH</b>

Posted:

Baru baru ini, saya bersama rakyat Perak khususnya di kawasan Larut dan Selama telah mengadakan demo besar besaran mendesak agar kerajaan meningkatkan harga getah Malaysia. Malaysia memang terkenal dengan ...

Saturday, 14 February 2015

lapor jika ada perbezaan <b>harga getah</b> � pengerusi <b>...</b> - MEDIAtv KOTA


lapor jika ada perbezaan <b>harga getah</b> � pengerusi <b>...</b> - MEDIAtv KOTA

Posted:

Pengerusi Lembaga Getah Malaysia (LGM), Datuk Wira Ahmad Hamzah berkata, tidak ada perbezaan harga getah mengikut kawasan sebaliknya harga getah yang ditetapkan adalah sama di seluruh Malaysia. DATUK WIRA ...

Thursday, 12 February 2015

Mesyuarat khas bincang <b>harga getah</b> - BNBBC


Mesyuarat khas bincang <b>harga getah</b> - BNBBC

Posted:

... pengeluaran getah lebih 100,000 tan metrik pada tahun lalu,� kata Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi, Datuk Douglas Uggah Embas selepas Taklimat Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G) di Lembaga Getah Malaysia, (LGM) ... �Kerana itu kerajaan mengumumkan pemberian Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada pekebun kecil sekiranya harga getah jatuh di bawah paras RM4.60 sekilogram untuk menggalakkan pekebun getah terus menoreh ...

Wednesday, 11 February 2015

Ucapan Tahniah Atas Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang bagi Ketua Eksekutif TARRC


Ucapan Tahniah Atas Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang bagi Ketua Eksekutif TARRC

Posted: 06 Feb 2015 02:00 AM PST

Berita - Ucapan Tahniah Atas Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang bagi Ketua Eksekutif TARRC

Ucapan Tahniah Atas Anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang bagi Ketua Eksekutif TARRC

Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg Dato' Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC) di atas penganugerahan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' sempena Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah ke 82 yang lalu.

YBhg Dato' Dr Kamarudin telah dilantik sebagai Ketua Eksekutif TARRC pada 24 Mac 2010 dan beliau merupakan pakar dalam bidang kejuruteraan getah terutama dalam galas getah seismic untuk perlindungan bangunan dari gempa bumi dan penggunaan getah bagi aplikasi offshore. Beliau telah menulis lebih 60 kertas kerja dalam bidang-bidang kejuruteraan berasaskan getah. Beliau juga merupakan ahli fellowship dari Akademi Sains Malaysia pada tahun 2010.

Tahniah kepada YBhg Dato' Dr Kamarudin dari LGM, semoga beliau terus berjaya di masa akan datang.

YBhg Dato’ Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC) YBhg Dato’ Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC)
YBhg Dato' Dr Kamarudin Ab Malek, Ketua Pegawai Eksekutif di Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC)

Planters’ Tea Talk, Sabah

Posted: 20 Jan 2015 02:00 AM PST

Berita - Planters' Tea Talk, Sabah

Planters' Tea Talk, Sabah

Program Planters' Tea Talk anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Institut Pengurusan Perladangan Antarabangsa (IIPM) telah dijayakan pada 20hb Januari 2015 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Program pembuka tirai 2015 ini diadakan untuk memberi peluang kepada penggiat industri getah Sabah berkumpul dan bertukar fikiran mengenai isu-isu terkini yang dihadapi oleh industri perladangan getah di Sabah. Selain itu ianya juga dapat mempereratkan lagi hubungan di samping berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang industri yang sama.

Program yang dirasmikan oleh YB Datuk Musbah Hj Jamli, Pembantu Menteri 1 dari Pejabat Pembantu Menteri 1, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah mendapat penyertaan peserta anggaran sebanyak 120 orang.

Penerangan dan bual bicara berkaitan getah bersama ketiga-ketiga panel iaitu YBhg Datuk Harris Mathews, Pengarah Urusan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM dan YBrs. En Philip Ho Hong Chek dari Bornion Timber Sdn Bhd telah mendapat sambutan hangat dari peserta yang terdiri dari agensi pelaksana, penggiat industri getah, pekebun kecil dan ramai lagi.

YB Datuk Musbah Hj Jamli menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan program Planters Tea Talk, Sabah
YB Datuk Musbah Hj Jamli menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan program Planters Tea Talk, Sabah
Antara peserta-peserta yang turut serta dalam program tersebut Antara peserta-peserta yang turut serta dalam program tersebut
Antara peserta-peserta yang turut serta dalam program tersebut
Sesi dialog diantara panel dan peserta Sesi dialog diantara panel dan peserta Sesi dialog diantara panel dan peserta
Sesi dialog diantara panel dan peserta
Berita - Planters' Tea Talk, Sabah

Planters' Tea Talk, Sabah

Program Planters' Tea Talk anjuran Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Institut Pengurusan Perladangan Antarabangsa (IIPM) telah dijayakan pada 20hb Januari 2015 di Promenade Hotel, Kota Kinabalu, Sabah.

Program pembuka tirai 2015 ini diadakan untuk memberi peluang kepada penggiat industri getah Sabah berkumpul dan bertukar fikiran mengenai isu-isu terkini yang dihadapi oleh industri perladangan getah di Sabah. Selain itu ianya juga dapat mempereratkan lagi hubungan di samping berkongsi pengalaman dan pengetahuan dalam bidang industri yang sama.

Program yang dirasmikan oleh YB Datuk Musbah Hj Jamli, Pembantu Menteri 1 dari Pejabat Pembantu Menteri 1, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah telah mendapat penyertaan peserta anggaran sebanyak 120 orang.

Penerangan dan bual bicara berkaitan getah bersama ketiga-ketiga panel iaitu YBhg Datuk Harris Mathews, Pengarah Urusan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM dan YBrs. En Philip Ho Hong Chek dari Bornion Timber Sdn Bhd telah mendapat sambutan hangat dari peserta yang terdiri dari agensi pelaksana, penggiat industri getah, pekebun kecil dan ramai lagi.

YB Datuk Musbah Hj Jamli menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan program Planters Tea Talk, Sabah
YB Datuk Musbah Hj Jamli menyampaikan ucapan alu-aluan dan merasmikan program Planters Tea Talk, Sabah
Antara peserta-peserta yang turut serta dalam program tersebut Antara peserta-peserta yang turut serta dalam program tersebut
Antara peserta-peserta yang turut serta dalam program tersebut
Sesi dialog diantara panel dan peserta Sesi dialog diantara panel dan peserta Sesi dialog diantara panel dan peserta
Sesi dialog diantara panel dan peserta
 
© 2014. Design by Blogger