Jabatan Pertanian siasat dakwaan anak pokok <b>getah</b> Sarawak <b>...</b> |
Jabatan Pertanian siasat dakwaan anak pokok <b>getah</b> Sarawak <b>...</b> Posted: 03 Sep 2014 02:46 PM PDT KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin berkata pihaknya telah meng-arahkan Jabatan Pertanian Negeri menyiasat dakwaan kononnya anak pokok getah dari Sarawak diseludup ke Sabah. Yahya yang juga Menteri Pertanian dan Industri Maka-nan negeri berkata sekiranya dakwaan itu benar, ia adalah satu kesalahan kerana sebarang usaha membawa benih tanaman atau haiwan ke Sabah perlu melalui prosedur dan peraturan ditetapkan kerajaan negeri. "Setakat ini saya belum mendapat apa-apa maklumat lanjut dan terperin-ci mengenai hal tersebut (penyeludupan anak pokok getah). Saya masih menunggu laporan daripada Jabatan Pertanian Sabah tentang perkara ini," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis penye-rahan cek bernilai RM5 juta daripada Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) kepada Sabah Development Bank di sini semalam. Majlis ber-kenaan disaksikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. Sebuah akhbar setempat di sini semalam melaporkan sebuah lori yang sarat dengan muatan anak pokok getah dipercayai dibawa dari Sarawak dilihat di Papar baru-baru ini. Yahya berkata mereka yang ingin membawa masuk tanaman atau haiwan ke Sabah mesti memahami undang-undang atau peraturan berkaitan dan mematuhinya bagi mengelak sebarang masalah. "Setakat ini kita belum mendapat sebarang laporan tentang ketidakcukupan bekalan bibit getah (anak pokok getah) di Sabah. LIGS pun ada menyediakan kira-kira 4.2 juta anak pokok getah (untuk tanaman getah di Sabah). Jadi dari segi pengeluaran, tidak menjadi masalah di Sabah," katanya. Sehubungan itu tidak ada sebab untuk membawa masuk anak pokok getah dari luar ke Sabah, katanya. — Bernama |
You are subscribed to email updates from tanaman getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment