Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday 19 December 2014

Lawatan Delegasi ANRPC di Melaka

No comments:
 
Lawatan Delegasi ANRPC di Melaka

Lawatan Delegasi ANRPC di Melaka

Posted: 18 Oct 2014 01:00 AM PDT

Berita - Lawatan Delegasi ANRPC di Melaka

Lawatan Delegasi ANRPC di Melaka

Pada 18 Oktober 2014, satu lawatan telah diadakan di Melaka oleh delegasi Association of Natural Rubber Producing Countries (ANRPC) yang merupakan lawatan sambil belajar kepada Persidangan Getah Tahunan Ke-7 ANRPC yang berlangsung di Kuala Lumpur. Lawatan hasil kerjasama Lembaga Getah Malaysia (LGM) dan Rubber Industry Smallholders Development Authority (RISDA) ini disertai oleh Ketua Setiausaha ANRPC, Mdm Sheela Thomas, Ketua Pengarah LGM, YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad serta delegasi ANRPC yang terdiri dari pelbagai negara seperti Vietnam, Kemboja, China, India, Sri Lanka dan Thailand.

Lawatan pertama adalah di Kilang Pemprosesan Kota Trading, Tampin. Dalam lawatan tersebut, pelawat-pelawat telah didedahkan dengan pemprosesan lateks bermula daripada susu getah sehingga siap untuk dieksport. Kilang ini merupakan kilang pemprosesan lateks kompaun bagi sarung tangan getah seperti sarung tangan pembedahan, isi rumah, perindustrian dan sarung tangan peperiksaan. Selain itu produk-produk lain juga seperti belon, mainan, SMR 20 dan SMR GP.

Selain itu, pelawat-pelawat turut dibawa ke Pusat Pengumpulan Getah, Selandar, Melaka. Sesi penerangan mengenai aktiviti-aktiviti di pusat pengumpulan getah tersebut serta demonstrasi torehan getah yang mana pelawat-pelawat sendiri berpeluang untuk cuba menoreh telah disediakan.

Lawatan seterusnya adalah di Pusat Kraftangan Daun Getah juga di Selandar, Melaka. Pelawat-pelawat disambut dengan persembahan silat oleh ahli Daerah Selandar, Melaka. Turut diadakan ialah demonstrasi anyaman daun getah untuk dijadikan hasil kraftangan. Malah, pelawat–pelawat berpeluang untuk membeli pelbagai hasil kraftangan yang terdapat di pusat tersebut untuk dibawa pulang ke negara masing-masing.

Lawatan ini dilihat memberi reaksi yang positif daripada pelawat-pelawat delegasi ANRPC yang mana selain mendapat pengetahuan mengenai aktiviti-aktiviti yang melibatkan getah di negara Malaysia, mereka dapat turun padang dan melihat sendiri di peringkat akar umbi mengenai getah yang dihasilkan oleh negara Malaysia.

Delegasi bergambar dihadapan Kilang Pemprosesan Getah Kota Trading, Tampin, Melaka

YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad menunjukkan skill menoreh getah beliau Pelawat-pelawat melihat demonstrasi membuat kraftangan menggunakan daun getah.

Madam Sheela Thomas menyampaikan ucapan semasa di Pusat Pengumpulan Getah

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger