Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday 20 October 2015

H.I.D.S. – Penanaman Pokok-Pokok Getah Hevea Brasiliensis Yang ...

No comments:
 

H.I.D.S. – Penanaman Pokok-Pokok <b>Getah</b> Hevea Brasiliensis Yang <b>...</b>


H.I.D.S. – Penanaman Pokok-Pokok <b>Getah</b> Hevea Brasiliensis Yang <b>...</b>

Posted: 02 Oct 2015 07:10 PM PDT

Hevea_brasiliensis03 Oktober 1877 – Pada hari ini dalam tahun 1877, pokok-pokok getah Hevea Brasiliensis yang pertama telah ditanam di Kuala Kangsar, Perak oleh H.J. Murton, Penguasa Botanical Gardens, Singapura. Sebanyak 9 biji benih getah Hevea Brasiliensis telah ditanam di halaman rumah Residen British Perak, Sir Hugh Low. Bermula dari itu, penanaman pokok getah terus berkembang dan sehingga kini dianggarkan tanaman getah negara meliputi kawasan seluas 1.7 juta hektar.

Bekalan yang pertama sebanyak 50 biji benih pokok dari Sri Lanka telah dihantar ke Singapura tetapi disebabkan oleh kelambatan di dermaga, usaha ini telah menemui kegagalan. Bekalan kedua sebanyak 22 biji getah telah dihantar dari Taman Kew, England ke Singapura dalam tahun 1877. Sebahagian daripadanya telah ditanam di Botanical Garden Singapura, manakala selebihnya ditanam di Kuala Kangsar.

Kini, selepas lebih seabad masa berlalu, pokok getah yang dahulunya dianggap tidak menarik, kini telah menjadi bahan ekonomi yang penting di Malaysia. Dengan wujudnya Lembaga Getah Malaysia, tanaman getah berupaya melonjakkan ekonomi negara.

Sumber : Arkib Negara Malaysia

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger