Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday, 5 October 2015

Tahniah - Timbalan Ketua Pengarah LGM Memenangi Pingat Emas Tan Sri BC Sekhar

No comments:
 
Posted: 30 Sep 2015 05:00 AM PDT

Berita - Tahniah-Timbalan Ketua Pengarah LGM Memenangi Pingat Emas Tan Sri BC Sekhar

Tahniah - Timbalan Ketua Pengarah LGM Memenangi Pingat Emas Tan Sri BC Sekhar

Dr Zairossani Mohd Nor, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan & Inovasi) Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah memenangi Pingat Emas Tan Sri BC Sekhar yang dianugerahkan oleh Rubber Asia, majalah getah utama di Asia, di atas sumbangan cemerlang beliau kepada industri getah global.

Juri terkemuka antarabangsa yang dilantik sebulat suara untuk mengurniakan Pingat Emas yang berprestij ini kepada beliau sebagai mengiktiraf sumbangan beliau terutamanya dalam pengeluaran dan pengkomersilan getah khusus serta teknologi produk mesra alam. Dr Zairossani mempunyai lebih daripada 50 penerbitan serta 12 paten dan trademark setakat ini.

LGM mengucapkan tahniah kepada Dr Zairossani memenangi Pingat Emas yang ditubuhkan diatas nama Mendiang Tan Sri Dr BC Sekhar, salah seorang saintis yang terkenal dalam industri getah global.

Skim Kadar Rata untuk Pekebun Kecil Komoditi Wilayah Utara

Posted: 21 Sep 2015 05:00 AM PDT

Berita - Skim Kadar Rata untuk Pekebun Kecil Komoditi Wilayah Utara

Skim Kadar Rata untuk Pekebun Kecil Komoditi Wilayah Utara

Pada 21 September 2015, taklimat Skim Kadar Rata (FRS) telah dianjurkan oleh Lembaga Getah Malaysia (LGM) dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) untuk pekebun kecil serta komoditi yang berkepentingan di bawah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC). Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan mengenai kemudahan FRS yang boleh dituntut oleh para petani.

Petani, pekebun kecil, nelayan, penternak berhak untuk mengenakan cas tambahan dua peratus "caj kadar rata" di bawah FRS kepada pemborong yang berdaftar di bawah GST.

Mereka yang berpendapatan di bawah RM 500,000 setahun layak untuk mengenakan caj tambahan ini, tanpa perlu mengemukakan penyata akaun mereka. Caj tambahan ini adalah untuk menampung kos pengeluaran atau sebagai pendapatan tambahan untuk mereka.

Mereka yang layak untuk menyertai skim ini, haruslah disahkan oleh salah satu dari 16 agensi yang terlibat termasuk agensi di bawah MPIC seperti Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia, Lembaga Koko Malaysia dan Lembaga Lada Malaysia.

Taklimat ini telah diadakan di Park Avenue Hotel, Sungai Petani Kedah dan disampaikan oleh Puan Aminah bt Abdul Manap, Penolong Kanan, Pengarah Kastam dari Bahagian GST, Putrajaya dan telah dirasmikan oleh Encik Shahrir bin Mohd Salleh Pengarah LGM Wilayah Utara. Penganjuran program ini telah diterima dengan baik, dengan penyertaan lebih dari 115 peserta serta pelbagai komoditi yang terlibat.

Ucapan aluan oleh En. Shahrir bin Mohd Salleh sempena Taklimat Skim Kadar Rata Taklimat Skim Kadar Rata (FRS) oleh Pn. Aminah bt Abdul Manap dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Para peserta yang hadir pada Majlis tersebut dan sessi soal jawab Para peserta yang hadir pada Majlis tersebut dan sessi soal jawab
Para peserta yang hadir pada Majlis tersebut dan sessi soal jawab

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger