MRE menyambut Ulangtahun ke-53 |
MRE menyambut Ulangtahun ke-53 Posted: 09 Oct 2015 01:00 PM PDT MRE menyambut Ulangtahun ke-53Bersempena dengan ulangtahun yang ke-53, Malaysian Rubber Exchange telah menganjurkan Majlis Makan Malam pada 9 Oktober 2015 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila kira-kira 800 perwakilan industri getah dan tetamu mereka menghadiri majlis tersebut. Kehadiran para pengeluar dari rantau ASEAN dan para pengguna dari India, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Eropah menjadikan majlis tersebut sebagai forum untuk memupuk perhubungan baru di samping mengukuhkan hubungan perdagangan yang sedi ada. Majlis makan malam tersebut telah dihoskan oleh YBrs. Dr. Hj. Suarni Sumormo, Timbalan Pengerusi Malaysian Rubber Exchange yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Polisi & Operasi), Lembaga Getah Malaysia. YBrs. En. Zainal Azman Abu Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut. Sebagai amalan lalu, majlis tahunan tersebut telah menyediakan peluang kepada para pengeluar berinteraksi dengan para pengguna dan rakan perniagaan mereka. YBrs. En. Zainal Azman Abu Seman turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Golf MRE yang telah diadakan di sebelah pagi hari tersebut.
MRE menyambut Ulangtahun ke-53Bersempena dengan ulangtahun yang ke-53, Malaysian Rubber Exchange telah menganjurkan Majlis Makan Malam pada 9 Oktober 2015 di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Majlis ini telah menerima sambutan yang amat menggalakkan apabila kira-kira 800 perwakilan industri getah dan tetamu mereka menghadiri majlis tersebut. Kehadiran para pengeluar dari rantau ASEAN dan para pengguna dari India, China, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan Eropah menjadikan majlis tersebut sebagai forum untuk memupuk perhubungan baru di samping mengukuhkan hubungan perdagangan yang sedi ada. Majlis makan malam tersebut telah dihoskan oleh YBrs. Dr. Hj. Suarni Sumormo, Timbalan Pengerusi Malaysian Rubber Exchange yang juga merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Polisi & Operasi), Lembaga Getah Malaysia. YBrs. En. Zainal Azman Abu Seman, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, merupakan tetamu kehormat pada malam tersebut. Sebagai amalan lalu, majlis tahunan tersebut telah menyediakan peluang kepada para pengeluar berinteraksi dengan para pengguna dan rakan perniagaan mereka. YBrs. En. Zainal Azman Abu Seman turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang Kejohanan Golf MRE yang telah diadakan di sebelah pagi hari tersebut.
| ||||||||||||||||
Sembang Getah Di Kuala Nerang Kedah Posted: 07 Sep 2015 06:00 AM PDT Sembang Getah Di Kuala Nerang KedahProgram Sembang Getah di warung telah diadakan di Kampung Hulu Sanai, Kuala Nerang, Kedah pada 7 September 2015. Program ini telah diadakan di Warung Kak Na dan telah dihadiri oleh pekebun kecil, peniaga dan wakil-wakil koperasi. Program ini turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham Bin Hashim, ADUN Kuala Nerang, Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan (LGM), En Shahrir Mohd Salleh, Pengarah LGM Wilayah Utara serta pegawai dari Agensi Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Objektif utama penganjuran program ini sebagai platform ruang bicara diantara pekebun kecil dan pihak pengurusan tertinggi LGM, di samping pertukaran pandangan mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri serta langkah-langkah penyelesaian untuk memastikan industri ini kekal dan mapan. Antara isu-isu yang dibangkitkan berkenaan kejatuhan harga getah asli dan bagaimana ia telah memberi kesan kepada pendapatan pekebun kecil. Turut dibincangkan berkenaan aktiviti huluan, peluang pekerjaan yang boleh disediakan oleh LGM, penanaman baru serta geran penanaman semula yang disediakan oleh RISDA. Di samping itu, LGM juga mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada hadirin mengenai projek kilang memproses getah krep yang akan dibangunkan tidak lama lagi di Stesen Penyelidikan RRIM, Sungai Sari, Kuala Nerang. Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 dan kilang ini akan memerlukan bekalan getah asli daripada pekebun kecil di sekitar kawasan tersebut .
Sembang Getah Di Kuala Nerang KedahProgram Sembang Getah di warung telah diadakan di Kampung Hulu Sanai, Kuala Nerang, Kedah pada 7 September 2015. Program ini telah diadakan di Warung Kak Na dan telah dihadiri oleh pekebun kecil, peniaga dan wakil-wakil koperasi. Program ini turut dihadiri oleh YB Dato' Haji Badrol Hisham Bin Hashim, ADUN Kuala Nerang, Tuan Mohamad Tuan Muda, Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pembangunan (LGM), En Shahrir Mohd Salleh, Pengarah LGM Wilayah Utara serta pegawai dari Agensi Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). Objektif utama penganjuran program ini sebagai platform ruang bicara diantara pekebun kecil dan pihak pengurusan tertinggi LGM, di samping pertukaran pandangan mengenai isu-isu dan cabaran yang dihadapi oleh industri serta langkah-langkah penyelesaian untuk memastikan industri ini kekal dan mapan. Antara isu-isu yang dibangkitkan berkenaan kejatuhan harga getah asli dan bagaimana ia telah memberi kesan kepada pendapatan pekebun kecil. Turut dibincangkan berkenaan aktiviti huluan, peluang pekerjaan yang boleh disediakan oleh LGM, penanaman baru serta geran penanaman semula yang disediakan oleh RISDA. Di samping itu, LGM juga mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada hadirin mengenai projek kilang memproses getah krep yang akan dibangunkan tidak lama lagi di Stesen Penyelidikan RRIM, Sungai Sari, Kuala Nerang. Projek ini dijangka siap pada tahun 2016 dan kilang ini akan memerlukan bekalan getah asli daripada pekebun kecil di sekitar kawasan tersebut .
| ||||||||||||||||
Posted: 06 Sep 2015 06:00 AM PDT LGM di Karnival Balau 2015Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil bahagian sempena Karnival Balau 2015, yang telah diadakan di Tebingan Sungai Dalat, Pekan Dalat, Mukah, Sarawak. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Turut hadir pada majlis ini YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah LGM, dan Ketua Pengarah agensi-agensi di bawah MPIC. Bertemakan "Berakar Rumbia Berinti Budaya, karnival ini memberi ruang kepada rakyat Dalat untuk meraikan perpaduan dan kekuatan mereka dengan pelbagai aktiviti dan juga menyediakan platform untuk menunjukkan budaya tempatan. Dalam satu kenyataan, YB Datuk Amar Douglas Uggah menyebut bahawa jumlah eksport sagu berjumlah RM32.4 juta atau 17.816 tan pada tahun 2014. Tanaman sagu bukan sahaja memberi manfaat kepada pekebun kecil melalui pendapatan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Disamping mengekalkan budaya dengan penglibatan penyertaan dari setiap lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur, kaum dan agama, pelbagai aktiviti yang menarik dianjurkan sempena Karnival Balau 2015 ini, antaranya pertandingan Balau Idol, persembahan rakaman artis Iban, pameran agensi, gerai komuniti, sukan rakyat dan kemuncaknya iaitu pertandingan ratu rumbia yang terkenal dikalangan penduduk setempat. Tidak ketinggalan, melalui karnival ini turut diadakan pertandingan Masterchef dengan mempertandingkan menu yang berasaskan makanan tradisi etnik Melanau seperti masak lemak umbut rumbia, linut, umai, tumpik dan sebagainya. LGM turut menyertai karnival ini dengan memperkenalkan teknologi yang telah dibangunkan dan akan memberi manfaat kepada pekebun kecil. Antara yang dipamerkan adalah teknologi dalam bidang huluan seperti penggunaan bahan rangsangan pengeluaran hasil (Mortex), amalan pembajaan, penyakit–penyakit getah, kawalan rumpai dan demonstrasi torehan serta demonstrasi mencantum anak benih getah.
LGM di Karnival Balau 2015Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengambil bahagian sempena Karnival Balau 2015, yang telah diadakan di Tebingan Sungai Dalat, Pekan Dalat, Mukah, Sarawak. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Turut hadir pada majlis ini YB Datuk Hajah Fatimah Abdullah, Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Sarawak, YBrs Dr Mohd Akbar Md Said, Ketua Pengarah LGM, dan Ketua Pengarah agensi-agensi di bawah MPIC. Bertemakan "Berakar Rumbia Berinti Budaya, karnival ini memberi ruang kepada rakyat Dalat untuk meraikan perpaduan dan kekuatan mereka dengan pelbagai aktiviti dan juga menyediakan platform untuk menunjukkan budaya tempatan. Dalam satu kenyataan, YB Datuk Amar Douglas Uggah menyebut bahawa jumlah eksport sagu berjumlah RM32.4 juta atau 17.816 tan pada tahun 2014. Tanaman sagu bukan sahaja memberi manfaat kepada pekebun kecil melalui pendapatan, tetapi juga menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara. Disamping mengekalkan budaya dengan penglibatan penyertaan dari setiap lapisan masyarakat tidak mengira peringkat umur, kaum dan agama, pelbagai aktiviti yang menarik dianjurkan sempena Karnival Balau 2015 ini, antaranya pertandingan Balau Idol, persembahan rakaman artis Iban, pameran agensi, gerai komuniti, sukan rakyat dan kemuncaknya iaitu pertandingan ratu rumbia yang terkenal dikalangan penduduk setempat. Tidak ketinggalan, melalui karnival ini turut diadakan pertandingan Masterchef dengan mempertandingkan menu yang berasaskan makanan tradisi etnik Melanau seperti masak lemak umbut rumbia, linut, umai, tumpik dan sebagainya. LGM turut menyertai karnival ini dengan memperkenalkan teknologi yang telah dibangunkan dan akan memberi manfaat kepada pekebun kecil. Antara yang dipamerkan adalah teknologi dalam bidang huluan seperti penggunaan bahan rangsangan pengeluaran hasil (Mortex), amalan pembajaan, penyakit–penyakit getah, kawalan rumpai dan demonstrasi torehan serta demonstrasi mencantum anak benih getah.
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States |
No comments:
Post a Comment