Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday 28 January 2014

Majlis Amanat KSN – Merakyatkan Perkhidmatan Awam

No comments:
 
Posted: 20 Jan 2014 03:00 AM PST

Berita - Majlis Amanat KSN – Merakyatkan Perkhidmatan Awam

Majlis Amanat KSN – Merakyatkan Perkhidmatan Awam

Pada 20 Januari 2014, Ketua Setiasuaha Negara (KSN) Tan Sri Ali Hamsa telah memperkenalkan konsep "Merakyatkan Perkhidmatan Awam" bertujuan untuk memperkasa perkhidmatan awam yang kini terdiri dari 1.4 juta penjawat awam.

Semangat "Merakyatkan Perkhidmatan Awam" yang dipupuk dikalangan penjawat awam supaya mereka sedar bahawa apa yang mereka lakukan adalah untuk kebaikan rakyat termasuk diri mereka sendiri.

Konsep ini merupakan pendekatan yang berasaskan beberapa prinsip penting. Pertamanya, sifat keterbukaan dan mudah didekati oleh rakyat supaya mereka berpeluang mengemukakan idea dan isu yang perlu diatasi. Dalam konteks ini, kritikan yang membina amat digalakkan.

Melalui penggunaan media baharu seperti laman twitter, facebook membolehkannya memperoleh idea-idea baharu dan komen yang membina yang membolehkan beliau memperbaiki sistem penyampaian perkhidmatan awam.

Prinsip kedua ialah mengadakan program turun padang yang membabitkan ketua-ketua Jabatan dan agensi dengan lebih kerap bagi melihat sendiri penyampaian yang telah dilaksanakan disamping kebajikan penjawat awam sentiasa dijaga dengan baik. Program turun padang ini membolehkan ketua-ketua jabatan menilai sendiri kebajikan penjawat awam tidak terbia seperti peluang kenaikan pangkat, keselesaan tempat kerja dan pelbagai lagi isu yang membabitkan mereka yang mempengaruhi prestasi kerja harian mereka.

Perkara ketiga ialah dengan memperkenalkan musyawarah (engagement). Ini membolehkan kita sentiasa mendengar pandangan serta pendapat, memahami permasalahan serta mendapat maklum balas daripada pihak lain tanpa adanya musyawarah dengan kumpulan sasar, kita tidak dapat menilai impaknya sehingga ia dilihat sebagai program "syok sendiri".

Prinsip keempat ialah kekitaan dengan menanam nilai-nilai murni dan setiap penjawat awam mempunyai rasa tanggungjawab serta sayangkan organisasi sendiri dengan sepenuh hati.

Tan Sri Ali Hamsa juga berkata Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) akan diteruskan dan dikembangkan berdasarkan kepada kejayaan-kejayaan yang dicapai melalui strategi itu. Selain itu, penjawat awam akan terus menikmati struktur gaji yang yang lebih baik dan peluang kenaikan pangkat yang lebih terjamin.

Pelancaran Buku Merakyatkan Perkhidmatan Awam Pelancaran Buku Merakyatkan Perkhidmatan Awam
Pelancaran Buku Merakyatkan Perkhidmatan Awam

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger