Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday, 17 January 2014

Penduduk Rumah Kalau bakal nikmati hasil lumayan skim tanaman ...

No comments:
 

Penduduk Rumah Kalau bakal nikmati hasil lumayan skim <b>tanaman</b> <b>...</b>


Penduduk Rumah Kalau bakal nikmati hasil lumayan skim <b>tanaman</b> <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 02:12 PM PST

SERIAN: Sebanyak 47 pintu penduduk dari Rumah Kalau, Ensebang Plaie di sini bakal menikmati pulangan lumayan menerusi Skim Mini Estet Tanaman Getah, Jabatan Pertanian Daerah Serian.

Ahli Parlimen Sri Aman Masir Kujat berkata projek Jabatan Pertanian Serian dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) rumah panjang itu bakal memberi keuntungan kepada kira-kira 300 penduduk.

"Jabatan Pertanian Serian dan JKKK rumah panjang ini akan bekerjasama mengusahakan tanah daripada sejumlah 47 pintu penduduk yang merangkumi 146 hektar untuk tujuan tersebut bermula pada tahun ini," katanya ketika merasmikan projek berkenaan di Kampung Ensebang Plaie di sini pagi semalam.

Menurutnya hasil daripada projek berkenaan, penduduk rumah panjang itu akan menikmati keuntungannya pada beberapa tahun akan datang dan ekonomi penduduk luar bandar bakal ditingkatkan.

Katanya, penduduk luar bandar tidak seharusnya melepaskan peluang menyertai skim seperti itu yang merupakan satu cara kerajaan membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup mereka.

"Jangan menganggap projek ini tidak memberi keuntungan serta pulangan lumayan, kerana banyak kawasan di Sri Aman  sudah mula menyertai projek seperti ini," tegasnya.

Katanya penyaluran projek itu jelas membuktikan bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan pembangunan rakyat luar bandar malah penduduk turut menikmati pembangunan seperti di bandar.

Beliau turut menggesa penduduk rumah-rumah panjang mahupun kampung-kampung di kawasannya agar memohon menyertai skim berkenaan dari Jabatan Pertanian Serian, Simunjan mahupun Sri Aman.

"Saya mohon kepada rakyat di kawasan saya agar tidak malu bertanya dengan Jabatan Pertanian yang terdekat bagaimana untuk menyertai skim seperti ini.

"Pegawai-pegawai pertanian kita bersedia membantu dan memberi penerangan kepada penduduk yang ingin menyertai skim ini," katanya.

Hadir sama Pegawai Pertanian Serian Tedwin Betie, Kaunselor Tuai Rumah Peter Mornie, Tuai Rumah Sumbang serta dua Pegawai Khas Masir iaitu Abah Ugi dan Edmund Pirang.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

<b>Getah</b> mampu jadi punca ekonomi penduduk – BorneoPost Online <b>...</b>

Posted: 12 Jan 2014 02:18 PM PST

by Clare Cinderella. Posted on January 13, 2014, Monday

Penanaman getah secara giat di Lambir diharap kembali sebagai penanaman komersil
MIRI: Seorang Ketua Masyarakat Lambir Penghulu Randi Elon berharap zaman penanaman getah yang pernah dilaksanakan secara giat di kawasan itu suatu ketika dahulu akan kembali semula sebagai penanaman secara komersil.

Ini kerana katanya, penanaman getah adalah aktiviti utama dan menjadi salah satu daripada punca ekonomi penduduk Lambir dan Sibuti suatu ketika dahulu.

"Walaupun kegiatan penanaman getah semakin berkurangan dan hanya dilakukan oleh pekebun kecil, namun ia masih berterusan di Lambir dan Sibuti," katanya.

Sehubungan itu, pelantikan Ahli Parlimen Sibuti Ahmad Lai Bujang sebagai Pengerusi Lembaga Amanah Majlis Promosi Eksport Getah Malaysia (MPEGM) memberi harapan baharu kepada penanam getah terutama pekebun kecil.

"Sebagai ketua masyarakat di kawasan konstituensi beliau (Sibuti), saya amat berbangga dengan pencapaian beliau dan pelantikan tersebut.

"Apatah lagi bila mengetahui ia berkaitan dengan getah sudah pasti saya dan penduduk Lambir dan Sibuti berharap beliau membawa berita baik kepada penanam getah dan pekebun kecil di negeri ini," jelasnya.

Menurut Randi, beliau sedar ramai penduduk di konstituensi tersebut masih belum mengetahui mengenai pelantikan Ahmad Lai dan berita baik tersebut.

Katanya apabila wakil rakyat itu turun padang ke kampung-kampung dan rumah-rumah panjang bagi menjelaskan mengenai pelantikan tersebut dan bidang kuasanya kelak, pasti ramai yang akan memperoleh motivasi untuk kembali semula bergiat dengan tanaman getah.

"Saya dan penduduk di sini pastinya tidak sabar menunggu kehadiran beliau membawa berita baik kepada kami sekali gus memberikan kata-kata semangat dan motivasi kepada penduduk khususnya mereka yang sedang dan mahu mengusahakan tanaman getah," jelasnya.

Tambahnya, dengan adanya Ahmad Lai berada di salah satu kerusi penting itu maka impian penduduk untuk melihat kawasan Sibuti khususnya Lambir kembali semula sebagai kawasan penanaman getah utama di utara negeri ini, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Sementara itu, Lembaga Amanah MPEGM yang diterajui oleh Ahmad Lai merupakan salah satu daripada jabatan yang berada di bawah Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger