Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday 10 January 2014

Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

No comments:
 
Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

Posted: 06 Jan 2014 02:00 AM PST

Berita - Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC yang pertama bagi tahun 2014 telah diadakan pada 6 Januari 2014 dimana YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah menyampaikan amanat dan maklumat semasa kepada semua warga Kementerian dan agensi-agensi serta Majlis-majlis dibawah MPIC.

YBM Datuk Amar telah mengimbas kembali peristiwa sepanjang 2013 serta pencapaian dan kejayaan yang telah dicapai dan merancang aktiviti-aktiviti yang bakal di jalankan untuk tahun 2014.

YBM telah menekankan peranan yang dimainkan oleh sektor komoditi terutamanya dari aspek penjanaan pendapatan ekspot negara. Statistik terkini menunjukkan bahawa sektor komoditi telah menyumbang sebanyak RM 94.7 bilion kepada pendapatan ekspot negara bagi tempoh Januari hingga Oktober 2013. Jumlah ini mewakili sebanyak 16% daripada keseluruhan eksport Negara dalam tempoh berkenaan.

Beliau berharap agar Tahun 2014 akan menjadi tahun yang lebih berjaya bagi pembangunan sektor komoditi Negara. Usaha-usaha akan dipergiatkan untuk meneruskan program dan aktiviti sedia ada, di samping merangka pelan tindakan pelaksanaan aktiviti dan program baru dalam tahun 2014. Tumpuan akan diberi kepada usaha-usaha di semua peringkat untuk mencapai sasaran-sasaran Petunjuk Prestasi Utama (Key Performance Indicators - KPI) yang ditetapkan dalam Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (Ministerial Key Results Area - MKRA) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

YBM juga telah memaklumkan mengenai pengumuman 11 langkah-langkah penjimatan Kerajaan baru-baru ini. Langkah-langkah ini mencerminkan kesungguhan dan komitmen Kerajaan untuk mengurangkan pembaziran dan mencapai perbelanjaan berhemah. Diakhir sekali, beliau memohon semua warga Kementerian termasuk agensi-agensi dan Majlis-majlis terus berganding bahu sebagai satu pasukan untuk meneruskan aspirasi negara dalam membangunkan sektor komoditi sebagai sumber ekonomi utama negara. Sesungguhnya, kerjasama berpasukan sedia ada inilah yang telah menyumbang kepada kejayaan dan pencapaian kita.

Aktiviti di Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC Aktiviti di Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

Aktiviti di Majlis Perhimpunan Bulanan MPIC

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger