Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday, 13 January 2014

Ucapan Selamat Tahun Baru

No comments:
 

Ucapan Selamat Tahun Baru


Ucapan Selamat Tahun Baru

Posted: 02 Jan 2014 12:00 AM PST

Ucapan Selamat Tahun Baru

Waktu ini adalah yang paling sibuk bagi kita semua. Oleh itu, saya amat menghargai kesudian anda semua untuk mengambil masa untuk membaca refleksi tahun yang baru lepas dan harapan untuk tahun baharu.

Masa berjalan begitu pantas sekali! Tahun 2013 akan melabuhkan tirainya tidak lama lagi dan ia merupakan tahun yang tidak dapat dilupakan untuk Lembaga Getah Malaysia (LGM) dalam banyak perkara, terutamanya bagi beberapa batu penanda dalam perjalanan kita. LGM tidak mungkin dapat mencapai matlamat ini tanpa sokongan dan kerjasama dari pihak-pihak yang berkepentingan dan rakan kongsi di sektor swasta. LGM amat menghargai sokongan yang berterusan dari anda.

Permulaan tahun 2013 disambut dengan ujian percubaan pra-pengkomersilan Automated Rubber Tapping System di Ladang Sime Darby, Bukit Pilah, Bahau. Ini telah membuka lebih banyak peluang yang menarik. LGM juga telah merasmikan Projek untuk Pribumi di Kampung Orang Asli Bukit Payung, Melaka dan Kg Tuel, Gua Musang, Kelantan yang diikuti dengan perasmian Seminar NKEA di Jasin, Melaka dan Ipoh Perak. Satu lagi perkembangan yang signifikan adalah kajian semula strategi LGM dan strategi industri getah negara bersama-sama dengan persatuan-persatuan yang terlibat dan pihak-pihak yang berkepentingan. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada persatuan-persatuan yang sentiasa menyokong LGM dan menghadiri dialog-dialog yang telah dianjurkan di samping bertukar pandangan dan pendapat yang berharga. LGM amat menghargai penglibatan persatuan-persatuan ini dalam memastikan strategi-strategi yang dirancang adalah selaras dengan keperluan industri.

Pada bulan Mei, kita mengalu-alukan YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas dan YB Dato' Noriah Kasnon sebagai Menteri dan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang baharu. Pada pertengahan tahun, Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) telah menyambut ulangtahun ke-75 dan sempena dengan upacara bersejarah ini, LGM telah menganjurkan Persidangan Getah Antarabangsa di London. Semasa acara MICCOS pada bulan Oktober, kita telah mempamerkan teknologi-teknologi LGM yang telah siap untuk pengkomersilan termasuklah teknologi i-Klon dan Rites. Mesyuarat Scientific and Economic Advisory telah diadakan pada bulan November dan sebagai pembaharuan, ahli-ahli panel telah dibawa melawat Intergrated Processing Centre (IPC) serta kawasan percubaan Automatic Rubber Tapping System (ARTS) di Kota Tinggi serta kawasan tanaman klon RRIM 3001.

Pada 9 Disember, LGM telah menandatangani Memorandum Persefahaman bersama dengan rakan kongsi projek iaitu KLIA Consult Services dan KLIA Associates yang merupakan anak syarikat KLIA Premier Holdings. KLIA Consult Services dan KLIA Associates akan membangunkan lima kemudahan LGM di Sg Buloh. Ini adalah satu titik bersejarah bagi LGM dalam perjalanannya untuk mencapai status sebagai Pusat Kecemerlangan Getah.

Dengan menjelangnya tahun 2014, kita teruja untuk melihat apa yang bakal menanti pada tahun hadapan terutamanya dalam pembinaan lima kemudahan di Sg Buloh dan kemajuan projek-projek NKEA. LGM akan membina ibu pejabat yang baharu dan kemudahan utama lain di atas 535 ekar tanah di Sg Buloh. Projek ini akan melibatkan pembinaan ibu pejabat baharu, pusat penyelidikan dan pembangunan, kolej, rubber discovery museum centre dan kelompok perniagaan. Kelima-lima kemudahan ini akan menjadi fokus utama LGM dalam menjadi Pusat Kecemerlangan Getah yang diiktiraf di peringkat antarabangsa. Projek ini dijangka siap dibina secara berperingkat bermula pada tahun 2014 dan dijangka siap pada 30 Ogos 2018.

Ucapan Selamat Tahun Baru

Untuk NKEA pula, pada tahun 2014, tiga agensi pelaksana iaitu RISDA, LIGS dan JPS akan mengguna pakai teknologi Rites dan i-Klon di tapak semaian mereka. Rites dan i-Klon dibangunkan untuk memantau dan menjejak sumber bahan tanaman yang dibekalkan selain dari menambah nilai kepada proses semasa pemeriksaan klon-klon getah. Bagi One Nation Strategy, kita tidak sabar dengan pelaksanaan strategi-strategi ini bagi memastikan aktiviti-aktiviti utama dan sampingan LGM seiring dengan matlamat industri.

Akhir sekali, saya mengucapkan Selamat Tahun Baru. Semoga tahun 2014 membawa kejayaan dan mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Datuk Dr Salmiah Ahmad
Ketua Pengarah
Lembaga Getah Malaysia (MRB)

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger