Malaysia Tawar Kepakaran Kepada Kemboja - Mynewshub.my |
Malaysia Tawar Kepakaran Kepada Kemboja - Mynewshub.my Posted: 20 Feb 2014 04:57 AM PST PHNOM PENH – Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dengan Kemboja bagi membangunkan sektor perladangan getah dan pemprosesan padi di negara itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri berkata sebagai sebuah negara yang memiliki tanah subur dan kawasan tanaman padi yang luas, kepakaran Malaysia dalam bidang berkenaan amat ditagih dan perkara itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. "Minat dari sini adalah untuk kita mengambil bahagian dalam bidang perladangan getah kerana mereka memiliki kawasan pertanian yang sesuai dengan tanah yang subur untuk kita majukan. "Kemboja juga mempunyai kawasan penanaman padi yang begitu luas dengan pengeluaran melebihi lima juta tan setahun, namun mereka tiada keupayaan untuk memperosesnya disebabkan tiada kilang," katanya pada sidang media hari pertama sempena lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja di hotel penginapannya di sini hari ini. Terdahulu, Muhyiddin mengunjungi Hun Sen di pejabatnya di Peace Palace, Russian Boulevard di sini, diikuti pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja Sok dan bermesyuarat dengan Menteri Pelajaran, Belia dan Sukan Dr Hang Chuon. Timbalan perdana menteri berkata beliau telah memaklumkan kepada Hun Sen bahawa beberapa pihak termasuk Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), yang cukup berpengalaman dalam industri itu, telah menyatakan minat untuk meneroka bidang tanaman getah di Kemboja. Dalam soal pemprosesan padi, beliau berkata Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga telah memulakan langkah mengadakan perbincangan bersama pihak berkenaan bagi meneroka pasaran dan pembukaan kilang pemprosesan beras serta produk sampingan lain di Kemboja. Muhyiddin berkata kekurangan kilang, gudang penyimpanan dan pembungkusan menyebabkan Kemboja kehilangan kira-kira tiga juta tan beras proses kerana sebahagian besar padi yang dihasilkan dijual tanpa diproses. Beliau berkata pertemuan itu juga membuka peluang perniagaan kepada peserta industri seperti penjanaan tenaga elektrik, infrastruktur dan pembinaan lebuh raya yang mendapat perhatian khusus kerajaan Kemboja. "Saya lihat potensi perdagangan, pelaburan dan kerjasama dalam pelbagai bidang di Kemboja ini adalah amat baik, dan apa yang lebih baik, Perdana Menteri Hun Sen sendiri begitu berminat untuk menjalin hubungan kerjasama dengan kita," katanya. Sementara itu, ketika perbincangan dua hala dengan Kementerian Pendidikan bersama Dr Hang, Muhyiddin turut mewakili Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara. Mengulas mengenai MoU itu, Muhyiddin berkata perjanjian itu bakal membolehkan satu rangka kerja lebih meluas disediakan bermula dari prasekolah Timbalan perdana menteri berkata antara bentuk kerjasama yang boleh diteroka ialah latihan guru, pembangunan kurikulum, penyelidikan antara universiti dan penyediaan tempat latihan teknikal kepada pelajar Kemboja di Malaysia. Beliau berkata usaha juga boleh dilakukan untuk melaksanakan pemindahan kredit antara institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia dan IPTA di Kemboja. "Dalam sudut pendidikan, Perdana Menteri Hun Sen minta kita melatih lebih ramai (pelajar Kemboja) di samping kita berikan akreditasi dan pemindahan kredit kepada kursus tertentu yang dilaksanakan di universiti mereka di sini," katanya. – BERNAMA Malaysia Tawar Kepakaran Kepada Kembojahttp://mynewshub.my/2014/02/20/242379/http://mynewshub.my/wp-content/uploads/CAM02_200214_TPM-1.jpghttp://mynewshub.my/wp-content/uploads/CAM02_200214_TPM-1-150x150.jpg20 February 2014 Terkinimuhyiddin yassinPHNOM PENH - Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dengan Kemboja bagi membangunkan sektor perladangan getah dan pemprosesan padi di negara itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri berkata sebagai sebuah negara yang memiliki tanah subur dan kawasan tanaman padi yang luas, kepakaran Malaysia dalam bidang berkenaan amat ditagih dan... PHNOM PENH - Malaysia bersedia berkongsi kepakaran dengan Kemboja bagi membangunkan sektor perladangan getah dan pemprosesan padi di negara itu, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. Timbalan perdana menteri berkata sebagai sebuah negara yang memiliki tanah subur dan kawasan tanaman padi yang luas, kepakaran Malaysia dalam bidang berkenaan amat ditagih dan perkara itu diminta sendiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen. "Minat dari sini adalah untuk kita mengambil bahagian dalam bidang perladangan getah kerana mereka memiliki kawasan pertanian yang sesuai dengan tanah yang subur untuk kita majukan. "Kemboja juga mempunyai kawasan penanaman padi yang begitu luas dengan pengeluaran melebihi lima juta tan setahun, namun mereka tiada keupayaan untuk memperosesnya disebabkan tiada kilang," katanya pada sidang media hari pertama sempena lawatan rasmi tiga hari ke Kemboja di hotel penginapannya di sini hari ini. Terdahulu, Muhyiddin mengunjungi Hun Sen di pejabatnya di Peace Palace, Russian Boulevard di sini, diikuti pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Kemboja Sok dan bermesyuarat dengan Menteri Pelajaran, Belia dan Sukan Dr Hang Chuon. Timbalan perdana menteri berkata beliau telah memaklumkan kepada Hun Sen bahawa beberapa pihak termasuk Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra), yang cukup berpengalaman dalam industri itu, telah menyatakan minat untuk meneroka bidang tanaman getah di Kemboja. Dalam soal pemprosesan padi, beliau berkata Padiberas Nasional Berhad (Bernas) juga telah memulakan langkah mengadakan perbincangan bersama pihak berkenaan bagi meneroka pasaran dan pembukaan kilang pemprosesan beras serta produk sampingan lain di Kemboja. Muhyiddin berkata kekurangan kilang, gudang penyimpanan dan pembungkusan menyebabkan Kemboja kehilangan kira-kira tiga juta tan beras proses kerana sebahagian besar padi yang dihasilkan dijual tanpa diproses. Beliau berkata pertemuan itu juga membuka peluang perniagaan kepada peserta industri seperti penjanaan tenaga elektrik, infrastruktur dan pembinaan lebuh raya yang mendapat perhatian khusus kerajaan Kemboja. "Saya lihat potensi perdagangan, pelaburan dan kerjasama dalam pelbagai bidang di Kemboja ini adalah amat baik, dan apa yang lebih baik, Perdana Menteri Hun Sen sendiri begitu berminat untuk menjalin hubungan kerjasama dengan kita," katanya. Sementara itu, ketika perbincangan dua hala dengan Kementerian Pendidikan bersama Dr Hang, Muhyiddin turut mewakili Malaysia menandatangani memorandum persefahaman (MoU) mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi antara kedua-dua negara. Mengulas mengenai MoU itu, Muhyiddin berkata perjanjian itu bakal membolehkan satu rangka kerja lebih meluas disediakan bermula dari prasekolah hingga pengajian tinggi sekali gus meningkatkan lagi kualiti dan standard pendidikan kedua-dua negara. Timbalan perdana menteri berkata antara bentuk kerjasama yang boleh diteroka ialah latihan guru, pembangunan kurikulum, penyelidikan antara universiti dan penyediaan tempat latihan teknikal kepada pelajar Kemboja di Malaysia. Beliau berkata usaha juga boleh dilakukan untuk melaksanakan pemindahan kredit antara institut pengajian tinggi awam (IPTA) di Malaysia dan IPTA di Kemboja. "Dalam sudut pendidikan, Perdana Menteri Hun Sen minta kita melatih lebih ramai (pelajar Kemboja) di samping kita berikan akreditasi dan pemindahan kredit kepada kursus tertentu yang dilaksanakan di universiti mereka di sini," katanya. - BERNAMA MyNewsHubhttps://plus.google.com/108738154760102812514MyNewsHub stokmynewshub@gmail.comAdministratorMyNewsHubIklan Teks: PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri |
You are subscribed to email updates from tanaman getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment