Program Retreat Pengurusan LGM |
Program Retreat Pengurusan LGM Posted: 23 Jan 2014 12:00 AM PST Program Retreat Pengurusan LGMLembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan Program Retreat Pengurusan LGM 2014 pada 20 – 23 Januari di Dewan Perdana, Akademi Hevea Malaysia. Program selama 4 hari itu telah disusun rapi dengan pelbagai aktiviti di dalam usaha menjadikan LGM Institusi penyelidikan bertaraf antarabangsa. Majlis perasmian diadakan pada 20 Januari oleh YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah dan amanat juga disampaikan di mana LGM telah memulakan langkah menuju kea rah pengiktirafan dunia di dalam penyelidikan getah. Program diteruskan dengan pembentangan dari Ketua Unit-Ketua Unit mengenai pencapaian 2013, program-program yang telah dirancang untuk 2014 serta cabaran-cabaran yang dilalui dan tidak lupa juga kejayaan yang mereka kecapi. Di samping itu, Ketua Program yang baru mewakili COE juga turut membentangkan tugasan masing-masing. Ketua Program-Ketua Program COE telah menyampaikan pembentangan dengan cukup baik. Program berkahir pada 23 haribulan dengan Ketua Pengarah memberikan komen kepada pembentang serta membuat rumusan mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh LGM kearah mencapai kecemerlangan. Ketua Pengarah dan Ahli MPT telah mengumukan En Syuhaizat Md Ali, Ketua Unit Maklumat dan Nasihat Teknikal (UMNT) sebagai pembentang terbaik. Sebelum program berakhir, YBhg Datuk KP memberikan sedikit pesanan kepada semua dengan maksud yang tersendiri iaitu, "Perkara yang kecil akan membawa ke kesempurnaan dan kesempurnaan bukan perkara yang kecil".
Program Retreat Pengurusan LGMLembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan Program Retreat Pengurusan LGM 2014 pada 20 – 23 Januari di Dewan Perdana, Akademi Hevea Malaysia. Program selama 4 hari itu telah disusun rapi dengan pelbagai aktiviti di dalam usaha menjadikan LGM Institusi penyelidikan bertaraf antarabangsa. Majlis perasmian diadakan pada 20 Januari oleh YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah dan amanat juga disampaikan di mana LGM telah memulakan langkah menuju kea rah pengiktirafan dunia di dalam penyelidikan getah. Program diteruskan dengan pembentangan dari Ketua Unit-Ketua Unit mengenai pencapaian 2013, program-program yang telah dirancang untuk 2014 serta cabaran-cabaran yang dilalui dan tidak lupa juga kejayaan yang mereka kecapi. Di samping itu, Ketua Program yang baru mewakili COE juga turut membentangkan tugasan masing-masing. Ketua Program-Ketua Program COE telah menyampaikan pembentangan dengan cukup baik. Program berkahir pada 23 haribulan dengan Ketua Pengarah memberikan komen kepada pembentang serta membuat rumusan mengenai cabaran-cabaran yang perlu dihadapi oleh LGM kearah mencapai kecemerlangan. Ketua Pengarah dan Ahli MPT telah mengumukan En Syuhaizat Md Ali, Ketua Unit Maklumat dan Nasihat Teknikal (UMNT) sebagai pembentang terbaik. Sebelum program berakhir, YBhg Datuk KP memberikan sedikit pesanan kepada semua dengan maksud yang tersendiri iaitu, "Perkara yang kecil akan membawa ke kesempurnaan dan kesempurnaan bukan perkara yang kecil".
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment