Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Thursday, 20 February 2014

RISDA galak penyertaan pemilik NCR tanam semula getah ...

No comments:
 

RISDA galak penyertaan pemilik NCR tanam semula <b>getah</b> <b>...</b>


RISDA galak penyertaan pemilik NCR tanam semula <b>getah</b> <b>...</b>

Posted: 27 Aug 2013 05:33 PM PDT

SERIAN: Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) memfokus dan menggalakkan penyertaan pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) dalam pembangunan getah bagi projek Tanam Semula Berkelompok (TSB).

Pengarah RISDA Negeri Wahid Marican Mohamad Daud Marican berkata, RISDA yang sebelum ini memberi bantuan kepada peserta tanah bergeran atau pemilik individu, memulakan pelaksanaan projek itu dengan pemilik tanah NCR sejak tahun lepas.

Menurutnya, sejak tahun lepas RISDA meluluskan beberapa TSB bersama pemilik tanah NCR termasuk projek di Tanjung Bundong, Kota Samarahan.

"Kita juga telah membangunkan TSB NCR di Ibau, Kapit dengan keluasan lebih 100 hektar dan di Pakan, Julau seluas 200 hektar. Projek di Kampung Kerait Mawang, Serian ini yang keempat kita bangunkan seluas 63 hektar dengan penglibatan 32 peserta.

"Dari segi perolehan, dalam masa empat tahun setengah nanti kebun-kebun ini dijangka mampu mengeluarkan 2,000 kilogram (kg) getah untuk satu hektar tanah setahun," ujarnya pada sidang media selepas pelancaran Majlis Penanaman Getah TSB NCR Kampung Kerait Mawang di sini, semalam.

Manakala, pulangan dari segi kewangan bergantung kepada harga semasa getah yang dianggarkan mampu mencecah RM20,000 setahun, jelasnya.

"Kita menjangkakan pada tahun 2018, mengikut ramalan tahun itu, harga getah mungkin pada kadar RM10 sekilogram. Ini bermakna jika mereka mampu mengeluarkan 2,000kg setahun, maka peserta mampu mendapat RM20,000," katanya sambil memberitahu peserta dianggarkan mampu mendapat RM1,600 hingga RM1,800 sebulan.

Beliau memberitahu pada peringkat awal, peserta mungkin mampu mengeluarkan 2,000kg getah setiap hektar dalam setahun dan ia dipercayai akan meningkat kepada 2,500kg setahun selepas enam hingga tujuh tahun.

Mengulas lanjut mengenai pembangunan RISDA di Sarawak, Wahid berkata untuk tahun 2013, RISDA akan melaksanakan program pembangunan tanam semula getah di 4,000 hektar tanah seluruh negeri.

Katanya, daripada 5,000 hektar tanah yang telah diluluskan termasuk tahun lepas, RISDA setakat ini telah menyiapkan dan membayar untuk 2,600 hektar.

"Manakala bakinya masih dalam kerja-kerja pembangunan seperti proses pembersihan, penebangan pokok dan sebagainya dan kita jangka akhir bulan Oktober kita dapat membayar untuk 4,000 hektar," katanya.

Tambahnya, syarat penyertaan pemilik NCR untuk TSB adalah sama dengan individu iaitu pernah menanam getah dan menggantikan tanaman dengan yang baharu.

Bagaimanapun, ujar Wahid, proses permohonan TSB NCR memakan masa dua hingga tiga tahun untuk kelulusan.

"Namun, kini Jabatan Tanah dan Survei (JTS) semakin cepat untuk mengukur perimeter dan mengesahkan sesuatu kawasan dan kita jangka tahun hadapan lebih banyak tanah NCR akan terlibat," kata Wahid.

Print Friendly

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger