Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday 25 February 2014

YB Menteri Melawat Ke Top Glove Corporation Berhad

No comments:
 
Posted: 13 Feb 2014 09:00 AM PST

Berita - YB Menteri Melawat Ke Top Glove Corporation Berhad

YB Menteri Melawat Ke Top Glove Corporation Berhad

Top Glove Corporation Berhad, adalah pengeluar sarung tangan getah terbesar di dunia yang mengeluarkan rangkaian komprehensif sarung tangan termasuk sarung tangan pemeriksaan lateks, sarung tangan pemeriksaan nitril, sarung tangan pembedahan, dan banyak lagi. Kini, syarikat ini telah memasarkan produk mereka ke peringkat antarabangsa kepada lebih daripada 185 buah negara di seluruh dunia. Antaranya ke Amerika Syarikat , Negara-negara Kesatuan Eropah, Timur Tengah, Australia , Jepun, Amerika Latin, Kanada, Afrika dan lain-lain lagi .

Pada 13 Februari 2014, YB Datuk Amar Douglas Uggah Embas , Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi telah melawat Top Glove di atas jemputan YBhg Tan Sri Lim Wee Chai, Pengerusi Top Glove Corporation Berhad. Objektif lawatan ini adalah untuk meningkatkan kerjasama bersama syarikat itu bagi perancangan masa hadapan dan memberi bantuan untuk meningkatkan sektor pembuatan sarung tangan bagi memenuhi objektif Bidang Ekonomi Utama Baru (NKEA ) bagi industri getah. Salah satu tujuan projek ini adalah untuk meningkatkan bahagian pasaran global industri sarung tangan getah asli daripada 62% pada tahun 2011 kepada 65% pada tahun 2020 , berkembang pada 13% setahun untuk mengekalkan dominasi Malaysia sebagai pengeluar terbesar dunia bagi sarung tangan getah.

Bergambar Bersama YB Menteri
Bergambar Bersama YB Menteri
YB Menteri bersama KSU dan Pengerusi Top Glove Lawatan ke kilang pemperosesan pengeluaran sarung tangan

Taklimat Penggunaan Sistem E-Semaian Keatas Pemegang Lesen D

Posted: 10 Feb 2014 04:00 AM PST

Berita - Taklimat Penggunaan Sistem E-Semaian Keatas Pemegang Lesen D

Taklimat Penggunaan Sistem E-Semaian Keatas Pemegang Lesen D

Pihak Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah mengadakan taklimat mewajibkan Penggunaan Sistem E-Semaian ke atas Pemegang Lesen D. Program Jelajah yang diketuai oleh Unit Dasar Pelesenan Dan Permit di bantu oleh Unit Penyelidikan dan Pengembangan serta Unit Teknologi Maklumat bermula pada 10 Februari 2014 bertempat di Pejabat Wilayah LGM Seremban, Negeri Sembilan.

Seramai 28 pelesen hadir bagi mendengar taklimat bertujuan untuk memaklumkan kepada semua pemegang Lesen D (Pengusaha Bahan Tanaman Getah) untuk menggunapakai sistem e-Semaian dan di syaratkan dalam lesen sepertimana yang diwajibkan di bawah Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan) 1997.

Program ini akan diteruskan dari negeri ke negeri di dalam memberikan penerangan yang lebih efisyen kepada pelesen mengenai sistem e-semaian ini.

Pengarah Wilayah Tengah, Puan Rabiah menyampaikan taklimat penggunaan e-semaian Pelesen-pelesen yang hadir Sesi demontrasi penggunaan e-semaian oleh wakil LGM

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger