Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday, 17 February 2014

SPKT Menerima Lawatan Dari LIGS

No comments:
 
SPKT Menerima Lawatan Dari LIGS

SPKT Menerima Lawatan Dari LIGS

Posted: 05 Feb 2014 04:00 AM PST

Berita - SPKT Menerima Lawatan Dari LIGS

SPKT Menerima Lawatan Dari LIGS

Pada 5 Feb 2014 Stesen Penyelidikan RRIM Kota Tinggi (SPKT) telah menerima lawatan dari Y.Bhg. Datuk Ujang Haji Sulani, Setiausaha Tetap, Kementerian Pertanian dan Industri Makanan, Sabah, YB Datuk Hj. Ahmad b. Hj. Bujang, Pengerusi Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS), dan YBhg. Datuk Harris Mathew, Pengurus Besar LIGS serta dua orang Pegawai Kanan LIGS. Rombongan telah disambut oleh Dr. Mohd. Akbar bin Md Said, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) dan kakitangan SPKT untuk mengiringi rombongan serta memberi penerangan sepanjang lawatan tersebut.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk menjalinkan kerjasama yang baik dan mengeratkan hubungan antara LGM dan LIGS serta bertukar-tukar pendapat dan perkongsian maklumat dalam memacu industri getah negara.

Dalam lawatan sehari yang dilakukan rombongan telah dibawa melawat ke kawasan penyelidikan Klon RRIM 3001 di Ladang Penawar, Desaru. Kemudian rombongan dibawa melawat ke Ladang Pemandi, Kota Tinggi bagi melihat perkembangan kawasan percubaan kepadatan tanaman yang ditanam dengan 800, 700 dan 300 pokok sehektar. Tidak ketinggalan rombongan dibawa melawat ke projek ARTS dan Integrated Processing Centre (IPC) yang sedang dalam pembinaan.

Seperti lazimnya dalam lawatan seumpama ini, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar pandangan dan mengeratkan kerjasana yang sedia ada. Lawatan seperti ini juga mampu merancang kerjasama yang baru dalam menghadapi isu dan cabaran industri getah pada masa hadapan.

Bergambar bersama delegasi dan Dr Mohd Akbar, Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan dan Inovasi) Demonstrasi iKlon

Delegasi diberi penerangan mengenai ARTS Lawatan ke kawasan penyelidikan kepadatan tanaman

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger