Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Tuesday 4 February 2014

Projek TSB Getah memberi manfaat kepada ... - Tanah 2 Getah

No comments:
 

Projek TSB <b>Getah</b> memberi manfaat kepada <b>...</b> - Tanah 2 <b>Getah</b>


Projek TSB <b>Getah</b> memberi manfaat kepada <b>...</b> - Tanah 2 <b>Getah</b>

Posted: 27 Jan 2014 02:11 PM PST

by Reno Benjamin. Posted on November 28, 2013, Thursday

Dilaksana di atas tanah NCR seluas 162 hektar, disertai 39 pintu bilik dari Rumah Unggom Apok, Sungai Jih

KANOWIT: Projek Tanam Semula Berkelompok (TSB) Getah di Sungai Jih Jerebah di sini akan memberi banyak manfaat kepada peserta projek meskipun pasaran harga getah global tidak menentu ketika ini.

Projek yang dilaksanakan di atas tanah Hak Adat Bumi-putera (NCR) seluas 162 hektar itu disertai 39 pintu bilik dari Rumah Unggom Apok, Sungai Jih.

Menurut Pengerusi TSB Getah Sungai Jih Jerebah, Ingai Achot, projek tersebut merupakan yang pertama di Kanowit diusahakan secara berkelompok di tanah NCR.

"Kami amat beruntung ke-rana diberi peluang menyertai projek ini yang akan menambahkan pendapatan peserta setelah membuahkan hasil lima tahun akan datang," ujarnya kepada pemberita, semalam.

Projek dirasmikan oleh Ahli Parlimen Kanowit Datuk Aaron Ago Dagang. Hadir sama Pegawai Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Getah (RISDA) Sibu Ahmad Fadeli.

Ingai berkata, meskipun harga getah tidak setinggi beberapa tahun lepas, namun mereka tetap optimis usaha menanam semula getah itu akan memberi hasil yang baik kepada peserta.

Dengan kos tanam semula diberikan oleh RISDA, peserta katanya tidak akan kerugian selagi mereka berusaha memajukan tanaman ma-sing-masing.

Bagi satu hektar tanah yang ditanam semula, RISDA memberi bantuan sebanyak RM13,500 yang akan disa-lurkan secara berperingkat-peringkat bagi tujuan membeli benih getah, baja dan sebagainya.

Getah yang ditanam akan mengeluarkan hasil setelah mencapai usia lima tahun dengan anggaran purata hasil getah sebanyak 2,000 kilogram setahun bagi satu hektar tanah.

Menurut Ingai lagi, setelah lima tahun terpulang kepada peserta untuk mengerjakan tanaman getah tersebut untuk memberikan hasil kepada mereka.

"Jika kita rajin, maka lebih banyak lagi pendapatan yang akan kita perolehi," jelasnya sambil menambah banyak lagi penduduk sekitar berminat menyertai projek tersebut.

Aaron ketika berucap me-rasmikan projek menyifatkan peserta projek amat bertuah kerana mendapat bantuan daripada kerajaan bagi menanam semula getah di atas tanah masing-masing.

Katanya menjadi hasrat kerajaan melalui pelbagai agensi untuk membantu rakyat meningkatkan taraf hidup mereka.

Print Friendly

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

Anak Sungai Derhaka - Tanah 2 <b>Getah</b> - Blogger

Posted: 23 Jan 2014 01:52 PM PST

1.     

                                                               Kelapa sawit(Elaeis guinee)
                                          Koko(Theobroma cacao)    Getah(Hevea brasilliensis)

                                                                          Biji Koko

Kelapa Sawit

Industri perladangan kelapa sawit adalah salah satu komoditi utama negara yang menyumbang kepada 44% ekspot negara dan menyediakan lebih setengah juta peluang pekerjaan.

2.       Sebatang pokok kelapa sawit mampu mencecah ketinggian sehingga 60 kaki. Batang pokoknya kelihatan kasar kerana diselaputi oleh bekas-bekas pelepah tua yang telah gugur. Namun pokok yang lebih tua kelihatan lebih licin kerana kesan pelepah lama yang telah berkurangan.

3.       Pohon kelapa sawit akan mula berbuah selepas 30 bulan ditanam dan akan terus mengeluarkan hasil selama 20-30 tahun seterusnya.

4.       Kelapa sawit adalah sejenis tumbuhan monoseus kerana kedua-dua Bungan jantan dan betina terdapat pada pohon yang sama. Pendebungaan kacuk secara artifisial perlu dijalankan untuk mendebungakan bunga-bunga betina oleh kerana tidak terdapat agen pendebungaan yang sesuai di negara ini.

5.       Setiap dahan buah kelapa sawit tedapat antara 1000-3000 biji buah dan berat antara 10-25 kilogram setiap dahan.

6.       Biji kelapa sawit berbentuk bujur dan umumnya berwarna ungu gelap seakan-akan hitam. Warna buah yang masak akan bertukar kepada jingga atau merah.

7.       Setiap biji terbahagi kepada isirong yang keras (seed) dilindungi oleh tempurung (endokarpa) dan sabut luar (mesokarpa).1.      

S     Satu keunikan minyak kelapa sawit ialah ianya boleh dihasilkan daripada dua bahagian buah kelapa sawit.

2.       Pertama dari isi rong kelapa sawit yang dinamakan minyak kelapa isi rong.

3.       Kedua dihasilkan dari sabut kelapa sawit itu sendiri dan merupakan penyumbang terbanyak.

4.       Bagi setiap 10 tan minyak kelapa sawit yang dihasilkan, 10% didapati daripada isi rong manakala selebihnya dari sabut kelapa sawit.

5.       Minyak dari isi rong ini banyak digunakan dalam olio-industri seperti pembuatan sabun dan barangan kosmetik.

6.       Minyak kelapa sawit adalah kebanggaan rakyat dan negara Malaysia

     

      Getah

1.       Sejak Hevea brasiliensis (getah) diperkenalkan di Malaysia pada tahun 1877, lading-ladang besar telah dibuka sehingga mencecah 2 juta hektar pada satu ketika. Kemajuan industry getah disumbangkan oleh sector swasta dan juga agensi-agensi pembangunan lain.

2.       Malaysia menghasilkan 14% daripada permintaan getah dunia pada tahun 2006.

3.       Kaedah menghasilkan getah dari pokok getah di Malaysia masih lagi seperti dahulu iaitu menggunakan pisau penoreh walaupun ada kaedah pisau automatic pernah diperkenalkan. Namun oleh kerana kurang efisien dan mahal, kaedah tersebut sudah tidak digunakan lagi.

4.       Pokok getah yang telah ditanam memerlukan masa sehingga 5 tahun sebelum dapat ditoreh untuk menghasilkan susu getah.

5.       Getah yang dihasilkan di Malaysia di gredkan mengikut standart anatarabangsa dan dipanggil SMR (Standard Malaysian Rubber). Penggredan adalah penting untuk menjamin kualiti dan harga pasaran hadapan getah.

6.       RISDA (Rubber Industry Smallholders Development Authority) bertanggungjawab memaju dan menggalakkan tanaman getah oleh pekebun-pekebun kecil getah. Oleh kerana getah sesuai ditanam di kawasan pinggir rumah atau tapak ladang yang kecil, agensi ini berperanan sebagai pemangkin dan pemacu pengeluaran getah secara kecil-kecilan sebagai sumber pendapatan pekebun.

1.       Getah adalah satu bahan elastik, fleksibel, kedap udara, kedap air dan tahan lama. Berbagai jenis produk boleh dihasilkan sebagai kegunaan industry dan juga kegunaan harian.Antaranya adalah :

i.                     Industri tayar – Sejak J.B. Dunlop mencipta tayar yang mengandungi angin pada tahun 1888, getah telah menjadi sumber utama pembuatan tayar. Sehinga kini walaupun getah sintetik telah dicipta namun bagi sesetengah bahagian tayar dan juga kenderaan-kenderaan tertentu masih lagi menggunakan getah sebagai bahan utama.

ii.                   Enjin moden juga menggunakan getah sebagai 'mounting' untuk mengurangkan geseran dan gegaran. Contohnya penyerap hentakan getah, saluran radiator, pembersih cermin, lapik lantai dan 'seal' yang digunakan untuk melapik komponen-komponen kecil dan mudah pecah kesemuanya diperbuat daripada getah.

iii.                  Lebuhraya-lebuhraya dan jambatan juga mempunyai blok penyambung getah untuk menyerap hentakan dan memberi ruang sekiranya berlaku proses pengembangan besi akibat suhu yang tinggi. Ini memberikan keselamatan,keselesaan dan juga mengurangkan bunyi akibat geseran/hentakan.

iv.                 Dalam industry perkilangan juga getah menyumbang kepada kegunaan saluran paip/hos, tali kipas, 'seals' dan pelincir.

v.                   Getah juga diguna secara harian contohnya tapak kasut, alas kaki getah, bola getah dan juga pelapik eskulator di pasaraya membeli belah.1.       Koko merupakan tanaman keempat terbesar dan terpenting di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan padi. Keluaran koko negara lebih berpusat di Sabah 61%, Semenanjung 33% dan selebihnya di Sarawak.

2       Koko 

      Ditanam sebagai tanaman sampingan biasanya di antara barisan pokok kelapa ataupun di bawah teduhan pokok-pokok rendang yang lain khususnya dari family Leguminosae.

3.       Ketinggian pokok antara 6-8 meter tinggi dan adakalanya mencecah 12 meter. Buahnya dipanggil 'pod' bersaiz 10-32 cm panjang dan berbentuk seakan-akan buah betik. Sesetengah buah koko berbentuk silinder namun ada juga yang hamper bulat(bujur), ada yang hujung buahnya kelihatan tajam da nada juga yang kelihatan tumpul. Permukaan kulit buahnya agak menggerutu tetapi licin. Warna buah yang muda adalah hijau keputihan dan sedikit kemerahan. Apabila masak ia bertukar menjadi warna kuning kemerahan dan sedikit ungu.

4.       Setiap 'pod' mengandungi 20-60 biji koko di dalamnya. Biji-biji ini diselaputi oleh isi buah yang berwarna putih,manis dan kemasaman sedikit. Isi buah ini merupakan bahagian integument ovul buah koko.

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger