Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Sunday 9 March 2014

Blog Subjek Sejarah Prauniversiti @ DMS, Nilai - Tanah 2 Getah

No comments:
 

Blog Subjek Sejarah Prauniversiti @ DMS, Nilai - Tanah 2 <b>Getah</b>


Blog Subjek Sejarah Prauniversiti @ DMS, Nilai - Tanah 2 <b>Getah</b>

Posted: 24 Feb 2014 07:29 PM PST

Pendahuluan Getah berasal dari Brazil. Tokoh penting yang membawa benih getah dari Brazil ialah Sir Hanry Wickham. Beliau telah membawa 70,000 biji getah untuk ditanam di Kew Gardens di London untuk tujuan percambahan. Daripada jumlah itu hanya 4% sahaja yang tumbuh. Pada tahun 1877, 22 spesis getah telah dihantar ke Singapura, sebahagiannya ditanam di Botanical Gardens Singapura dan sebahagiannya ditanam di kediaman Sir Hugh Low di Kuala Kangsar. Pada peringkat awal getah tidak popular di Tanah Melayu kerana para peladang kurang kemahiran berkaitan tanaman getah. Lantaran itu mereka lebih tertumpu kepada tanaman lain. Tanaman getah mula mendapat perhatian dan ditanam secara besar-besaran pada awal abad ke-20. Terdapat pelbagai faktor yang mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu

Faktor-Faktor perkembangan

i) Usaha H. N. Ridley

a) Beliau merupakan tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu. Beliau telah mengembara ke seluruh Tanah Melayu memujuk orang ramai supaya menanam getah. Dengan usahanya jugalah banyak penyelidikan telah dijalankan tentang cara penanaman getah yang betul, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasil penyelidikan telah diedarkan kepada pengusaha getah malalui Straits And FMS Agriculturul Bulletin. Akibat daripada usaha-usahanya itu menyebabkan beliau digelar "Ridley Getah atau Ridley Gila".

b) Pada tahun 1897 beliau telah memperkenalkan sistem torehan ibedem atau sistem torehan tulang ikan herring. Sistem torehan ini dapat mengelakkan pokok daripada rosak dan melanjutkan usia pokok. Beliau juga memperkenalkan cara yang lebih selamat untuk mengangkut anak-anak pokok ke tempat yang lebih jauh, iaitu dengan cara anak-anak pokok dibalut dengan arang yang lembab bagi mengelak daripada mati akibat kekurangan air. Usaha-usaha Ridley menampakkan hasil apabila pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 getah mula ditanam secara meluas. Contohnya pada tahun 1896, 16 hektar tanaman getah diusahakan oleh Tan Choy Yan. Menjelang tahun 1904, tanaman getah berskala besar mula ditanam di Kedah dan di Johor. Sehingga tahun 1911, terdapat lebih kurang satu juta ekar tanah telah ditanam dengan getah dan pada tahun 1930 getah telah menjadi eksport penting Tanah Melayu.

ii) Kemerosotan harga kopi.

Antara tahun-tahun 1896-1900, harga kopi telah mengalami kemerosotan di pasaran dunia akibat pengeluaran yang berlebihan. Kopi juga mengalami kemerosotan akibat serangan penyakit kupu-kupu Beehawk. Kejatuhan harga kopi menyebabkan peladang-peladang beralih tumpuan kepada tanaman getah. Bagi menggalakkan tanaman getah kerajaan Perak telah menjual 32, 000 biji getah dan 60,000 anak benih getah untuk ditanam di seluruh ladang di Tanah Melayu.

iii) Permintaan terhadap getah yang meningkat.

a) Pada awal abad ke-20 permintaan terhadap getah meningkat akibat daripada Revolusi Perindustrian yang berkembang di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelbagai barangan telah dicipta yang berasaskan getah. Contohnya perkembangan industri kereta menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat kerana getah digunakan untuk membuat tayar. Pada tahun 1888, J.B. Dunlop telah mencipta tayar angin. Pada tahun 1910, Amerika Syarikat telah menghasilkan 500,000 buah kenderaan. Hal ini menyebabkan permintaan terhadap getah meningkat khususnya dari Amerika Syarikat. Pada tahun 1907, Amerika Syarikat telah membeli 37% daripada getah dunia dan telah meningkat kepada 77% pada tahun 1917.

b) Pada tahun 1839 Goodyear telah menemui kaedah mencampurkan getah dengan belerang dan haba supaya keras. Melalui kaedah ini dapat menghalang getah daripada menjadi lembut dan meleket apabila panas; menjadi keras dan rapuh apabila sejuk. Kaedah ini dkenali "Vulcanization". Kejayaan kaedah ini telah menambahkan kepelbagaian penggunaan getah seperti kasut getah, pakaian kalis air, barangan elektrik, peralatan perubatan, getah pemadam, paip air dan lain-lain.

c) Permintaan yang tinggi terhadap getah telah meningkatkan harga getah. Contohnya pada tahun 1890 harga getah $1.30 sepaun telah meningkat kepada $2.50 sepaun pada tahun 1906. Harga getah tertinggi pernah dicapai ialah $ 5.50 sepaun pada tahun 1910. Peningkatan terhadap harga getah telah menggalakkan pelabur Eropah dan Cina menanam getah secara ladang. Antara ladang yang dibuka oleh pelabur Eropah ialah Guthrie, Harrison and Crossfield (Golden Hope), Socfin, Sime Darby dan Syarikat Getah Dunlop. Sementara itu, orang mula menggantikan tanaman kopi dengan tanaman getah. Perluasan tanaman getah telah menyebabkan pengeluaran getah Tanah Melayu meningkat. Contohnya pada tahun 1905 Tanah Melayu mengeluarkan 400 tan getah dan telah meningkat kepada 11,000 tan pada tahun 1911. Pada tahun 1922 Tanah Melayu mengeluarkan sebanyak 212,000 tan getah.

iv) Tenaga buruh yang murah

a) British telah membawa masuk secara beramai-ramai orang India ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Kedatangan orang-orang India telah dapat membekalkan buruh yang murah kepada sektor getah. Pada tahun 1883 Kerajaan British telah menandatangani perjanjian dengan kerajaan India untuk membawa masuk buruh India secara terancang

b) Orang India dibawa masuk melalui sistem kontrak dan sistem kangany. Pada tahun 1908 sejumlah 43,515 orang buruh India di ladang-ladang getah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Jumlah ini telah meningkat kepada 139, 480 orang pada tahun 1918. Kehadiran buruh dengan jumlah yang besar telah membolehkan pemodal-pemodal Eropah membuka ladang-ladang getah yang lebih besar.

v) Penyelidikan getah secara saintifik

a) Pada tahun 1905, Jabatan Pertanian telah ditubuhkan bagi menjalankan penyelidikan terhadap getah. Pada tahun 1907 Pertubuhan Penanaman Getah ditubuhkan. Pertubuhan ini menjalankan kerjasama dengan kerajaan British bagi menjalankan penyelidikan untuk memperbaki hasil dan mutu getah serta menambah keluasan kawasan getah. Pada tahun 1926 kerajaan telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Institut ini telah menghasilkan cara-cara yang lebih baik bagi penanaman getah, penggunaan baja, kawalan serangga, memproses susu getah, pisau menoreh yang sesuai, cara mengawet dan memekatkan susu getah.

vi) Galakan daripada Kerajaan

a) Kerajaan British memberi galakan kepada perusahaan getah. Pada tahun 1897 kerajaan telah mengenakan cukai yang rendah ke atas tanah yang ditanam dengan getah, iaitu sebanyak 10 sen bagi setiap 0.405 hektar bagi sepuluh tahun yang pertama dan selepas 10 tahun cukai dinaikkan kepada 50 sen. Duti ke atas getah hanyalah 2.5% bagi setiap lima belas tahun yang pertama dari tarikh kerja-kerja tanaman dimulakan.
b) Selepas tempoh tersebut duti tersebut tidak akan melebihi 5%. Pada tahun 1899 kerajaan telah memperuntukkan sebanyak $ 4000 bagi menjalankan eksperimen getah dan tanaman lain. Pada tahun 1904 syarikat-syarikat Eropah diberi keutamaan memperoleh pinjaman khas dengan kadar faedah yang rendah. Sebanyak $ 500, 000 diperuntukkan bagi menjayakan skim itu. Pada tahun 1908 jumlah itu ditambah tiga kali ganda. Kerajaan British juga memberi hak milik kekal kepada mereka yang membuka tanah untuk menanam getah.

vii) Penglibatan pelabur Eropah

a) Penglibatan pelabur Eropah menyumbang kepada perkembangan perusahaan getah. Penglibatan mereka telah menyebabkan tanaman getah secara besar-besaran terlaksana. Antara syarikat Eropah yang melibatkan diri dengan perusahaan getah ialah Guthrie, Dunlop, Sime Darby, Harrison dan Crosfield. Penglibatan syarikat Eropah telah menyebabkan pengeluaran getah di Tanah Melayu meningkat dengan pesatnya. Cntohnya pada tahun 1914 lebih daripada setengah bekalan getah dunia datangnya dari Tanah Melayu.

Kesimpulan
Jelaslah bahawa pengenalan tanaman getah di Tanah Melayu telah berjaya menjadikan Tanah Melayu sebagai pengeluar utama getah dunia. Getah mula menjadi sumber ekonomi penting Tanah Melayu seperti juga bijih timah. Walau bagaimanapun pada tahun-tahun 1920-an dan 1930-an perusahaan getah mengalami kemerosotan akibat kemerosotan ekonomi dunia sehinggakan kerajaan British pada ketika itu terpaksa mengambil beberapa langkah bagi mengatasinya


K&#39;jaan bantu pekebun kecil hadapi kejatuhan harga <b>getah</b> <b>...</b>

Posted: 04 Mar 2014 03:13 PM PST

TEMERLOH: Kerajaan akan memperkenalkan beberapa langkah jangka pendek dan panjang bagi membantu 326,253 pekebun kecil di negara ini yang berdepan masalah berikutan penurunan harga getah global masa kini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Mohd Shafie Apdal berkata kementerian dan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi serta Kementerian Kewangan akan merangka langkah itu dalam mesyuarat petang semalam.

"Kerajaan memandang serius kejatuhan harga getah yang membebankan masyarakat

pekebun kecil. Kementerian akan memperhalusi langkah jangka pendek dan panjang untuk membantu meringankan beban mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran Kempen Penorehan Peringkat Nasional di kawasan Tanaman Semula Berkelompok (TSB) Kampung Purun/Machang Manis di sini yang dihadiri kira-kira 5,000 pekebun getah dari seluruh negara.

Turut hadir Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi dan Ketua Pengarah Risda Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad.

Difahamkan antara langkah yang akan dibincangkan ialah pemberian Bantuan Khas Akibat Kejatuhan Harga Getah (BKKH) secara 'one off' kepada pekebun kecil yang layak dan memenuhi syarat.

Harga getah semasa SMR20 jatuh sehingga RM5.99 sekilogram, yang lebih rendah berbanding ketika kerajaan memperkenalkan bantuan BKHH pada tahun lepas iaitu RM7.09 sekilogram.

Harga komoditi itu mengalami kejatuhan yang serius berikutan beberapa faktor termasuk sentimen di Bursa Komoditi Tokyo yang mengalami penurunan harga terendah dalam tempoh 18 bulan selain pengurangan permintaan getah dari China yang merupakan pembeli getah terbesar dunia.

Selain itu, ia turut disumbangkan oleh tindakan negara pengeluar getah asli utama dunia seperti Thailand dan Indonesia yang menghasilkan lebihan getah asli di dunia di pasaran dunia.

Harga pasaran di ladang untuk getah skrap pada masa ini dilaporkan kira-kira RM2.25 sekilogram, menyebabkan pekebun kecil yang bergantung hidup dengan hasil getah kini berada di paras kemiskinan.

Sementara itu, Mohd Shafie berkata Kempen Penorehan Peringkat Nasional itu dilancarkan bagi memberi kesedaran dan pendedahan kepada pekebun kecil mengenai teknik penorehan yang betul dan sempurna untuk memaksimumkan hasil pengeluaran susu getah selain memanjangkan jangka hayat tanaman itu.

Menurutnya ini secara langsung dapat membantu pekebun kecil meningkatkan produktiviti mereka sekaligus melonjakkan perolehan hasil bulanan.

Beliau berkata Risda telah memperkenalkan Kempen Amalan Pertanian Baik (GAP) iaitu gerakan membaja, penggunaan bahan ransangan lateks dan kempen penorehan sejak 2011, yang sudah menunjukkan kesan positif dalam peningkatan pendapatan pekebun kecil.

Pada masa yang sama, beliau turut menggalakkan pekebun kecil supaya menambah hari menoreh lebih daripada 12 hari sebulan sebelum ini untuk menambah pendapatan masing-masing. — Bernama

Print Friendly

Tinjau Peluang <b>Tanaman Getah</b> Di Kemboja - Tv3 - Tanah 2 Getah

Posted: 06 Feb 2014 01:36 PM PST


Tajuk Utama < Kembali ke Tajuk Utama


20 Dec 2013, 11:13pm by mahirah shah

Felcra Berhad meninjau peluang membeli tanah tanaman getah seluas 16,000 hektar di Kemboja. 

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ramlee Abu Bakar jika urusniaga itu berjaya pihaknya berhasrat memulakan tanaman pada pertengahan tahun 2014.

Beliau ditemui pada pengumuman dividen interim ke-2, siang tadi.

Dividen melibatkan nilaian lebih RM120 juta itu akan diagihkan kepada 73,423 peserta yang layak.

Sementara itu, Datuk Ramlee berkata pihaknya masih mengenal pasti anak syarikat yang berpotensi untuk di senarai di Bursa Malaysia.

Berita Berkaitan


Petani disaran mempelbagaikan <b>tanaman</b> | my Sarawak - News <b>...</b>

Posted: 09 Mar 2014 09:56 AM PDT

Email This Post Email This Post   Print This Post Print This Post  

Loading ... Loading ...

 BINTULU: Petani di negeri ini disaran mengusahakan lebih daripada satu tanaman bagi membolehkan mereka mengekalkan hasil bulanan diperolehi seterusnya dapat menampung serta menstabilkan pendapatan keluarga.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, seorang petani yang bergiat aktif dengan satu jenis tanaman seperti kelapa sawit, getah, lada, koko dan sebagainya, boleh menanam sekurang-kurangnya dua jenis komoditi atau lebih dalam sesuatu masa.

"Sekiranya sebelum ini seorang petani hanya mengusahakan tanaman getah, mereka dalam satu masa boleh menanam kelapa sawit di tanah berdekatan supaya pendapatan mereka berterusan sekiranya salah satu daripada komoditi terbabit mengalami penurunan harga," katanya pada Majlis Makan Malam Amal Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kakus di sini malam kelmarin.

Jelasnya, walaupun sekarang komoditi getah mengalami kadar penurunan agak mendadak namun petani tidak harus berputus asa kerana ia bersifat sementara dan suatu masa nanti harga akan melambung tinggi.

Setiap petani harus sentiasa menyelenggara dengan baik setiap tanaman yang mereka usahakan bagi memastikan pendapatan mereka terus bertambah terutama apabila harga setiap komoditi bertambah baik.

"Bagi mereka mengusahakan tanaman kelapa sawit, harga komoditi berkenaan agak baik dan sekarang merupakan masa terbaik bagi setiap pengusaha mendapatkan keuntungan berlipat ganda dan alangkah baiknya jika setiap petani mengusahakan dua jenis komoditi dalam satu masa," jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah turut menggesa PBB Kakus mengadakan kursus khas buat ahli Pemuda dan Wanitanya dalam usaha memperbaiki mutu perkhidmatan mereka bagi membantu rakyat setempat.

Seboleh-bolehnya, setiap kursus hendaklah diadakan sebelum atau Mei nanti bagi memfokuskan langkah terbaik meningkatkan perkhidmatan PBB di kawasan terbabit.

Selain itu jelasnya, membincangkan langkah relevan bagi meningkatkan tahap pendidikan anak-anak muda yang masih bersekolah supaya mereka berjaya dalam pelajaran dan kehidupan masa depan.

"Sebaik-baiknya, PBB boleh menganjurkan program bercorak kaunseling untuk  anak-anak sekolah sama ada di sekolah rendah atau menengah supaya mengetahui peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat kolej atau universiti serta bidang berpotensi tinggi yang mendapat tempat di pasaran kerja," jelasnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Uggah mengumumkan pemberian bantuan sebanyak RM30,000 kepada PBB Kakus manakala Pemuda dan Wanitanya masing-masingnya menerima RM10,000.

Hadir sama Ketua Pemuda PBB Kakus George Sanok dan Ketua Cawangan PBB Kakus merangkap Ahli Majlis Tertinggi PBB Negeri Dr Nuing Jeluing.

Category: Sarawak

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger