Penyerahan Memorandum Kepada Lembaga Getah Malaysia |
Penyerahan Memorandum Kepada Lembaga Getah Malaysia Posted: 06 Mar 2014 07:00 AM PST Penyerahan Memorandum Kepada Lembaga Getah MalaysiaPada hari Khamis, 6 Mac 2014 Gerakan Suara Orang Kampung serta beberapa lagi NGO telah hadir ke Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menyerahkan memorandum mengenai penurunan harga getah asli. Memorandum ini mengandungi lapan isu serta cadangan mengenai mekanisma harga getah, cadangan harga lantai untuk getah asli, kos pemprosesan, pembangunan dan penyelidikan serta kebajikan pekebun kecil getah di Malaysia. YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM telah menerima kunjungan ini dengan memberi penerangan mengenai status pasaran getah serta usaha kerajaan untuk mengatasi kesan penurunan harga getah asli. Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pemuda Pas, Encik Suhaizan Kayat serta Pengerusi Gerakan Suara Orang Kampung, Encik Sulaiman Ibrahim, Pengerusi Gerakan Pekebun Kecil Getah Gen 2, Kampung Nylas, Melaka, Encik Abdul Halim Majid, Pengerusi Jaringan Anak Petani Semalaysia (Anak Tani), Encik Mohd Idris Mohd Yussof. Timbalan Presiden Panglima Malaysia, Encik Fadhil Mohd Noor Sahani, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Encik Abdul Malik Ab Razak dan Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Encik Azan Safar. Pejabat Wilayah Utara LGM juga telah menerima kunjungan Encik Akmal Kamarudin, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS. Perbincangan telah diadakan dengan Encik Mohd Sobran Ibrahim, Pengarah Wilayah Utara LGM mengenai isu-isu yang sama.
Penyerahan Memorandum Kepada Lembaga Getah MalaysiaPada hari Khamis, 6 Mac 2014 Gerakan Suara Orang Kampung serta beberapa lagi NGO telah hadir ke Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk menyerahkan memorandum mengenai penurunan harga getah asli. Memorandum ini mengandungi lapan isu serta cadangan mengenai mekanisma harga getah, cadangan harga lantai untuk getah asli, kos pemprosesan, pembangunan dan penyelidikan serta kebajikan pekebun kecil getah di Malaysia. YBhg Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah LGM telah menerima kunjungan ini dengan memberi penerangan mengenai status pasaran getah serta usaha kerajaan untuk mengatasi kesan penurunan harga getah asli. Memorandum tersebut telah diserahkan oleh Ketua Pemuda Pas, Encik Suhaizan Kayat serta Pengerusi Gerakan Suara Orang Kampung, Encik Sulaiman Ibrahim, Pengerusi Gerakan Pekebun Kecil Getah Gen 2, Kampung Nylas, Melaka, Encik Abdul Halim Majid, Pengerusi Jaringan Anak Petani Semalaysia (Anak Tani), Encik Mohd Idris Mohd Yussof. Timbalan Presiden Panglima Malaysia, Encik Fadhil Mohd Noor Sahani, Presiden Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) Encik Abdul Malik Ab Razak dan Pengerusi Gerakan Turun Harga Barang (Turun), Encik Azan Safar. Pejabat Wilayah Utara LGM juga telah menerima kunjungan Encik Akmal Kamarudin, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS. Perbincangan telah diadakan dengan Encik Mohd Sobran Ibrahim, Pengarah Wilayah Utara LGM mengenai isu-isu yang sama.
|
You are subscribed to email updates from Lembaga Getah Malaysia: Berita Terkini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment