Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Friday 21 March 2014

FGV Optimis Jadi Pengeluar Utama Getah Dunia | Suara Anak ...

No comments:
 

FGV Optimis Jadi Pengeluar Utama <b>Getah</b> Dunia | Suara Anak <b>...</b>


FGV Optimis Jadi Pengeluar Utama <b>Getah</b> Dunia | Suara Anak <b>...</b>

Posted: 10 Mar 2014 07:58 PM PDT

FGV Optimis Jadi Pengeluar Utama Getah Dunia

FGV

KUALA LUMPUR – Felda Global Ventures Holdings (FGV) optimis untuk muncul sebagai pengeluar getah utama dunia dalam tempoh tujuh tahun dari sekarang.

Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Mohd. Emir Mavani Abdullah berkata, buat masa ini pihaknya sedang meneliti 10,000 hektar tanah di Myanmar bagi penanaman getah dan keputusan kerjasama tersebut akan diumumkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini.

"Kita yakin menerusi kerjasama di Myanmar dan Vietnam juga secara tidak langsung akan menyumbang kepada matlamat FGV untuk menjadi pengeluar utama getah dunia apabila kita memperluaskan kawasan tanaman getah di rantau Asia Tenggara.

"Malah, saya jangkakan FGV mampu terlibat dalam aktiviti hiliran berkaitan getah sekiranya kita mampu menerokai kawasan tanaman getah di luar negara yang berpotensi untuk dibangunkan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika mengetuai lawatan FGV ke bangunan ibu pejabat Utusan Melayu (M) Bhd. di sini hari ini.

Semalam, FGV memeterai perjanjian usaha sama dengan Pho La Min Trading Company Limited (PLM) untuk mengukuhkan lagi operasi FGV di Myanmar dengan membina kilang pemprosesan getah, selain meninjau peluang untuk meneroka tanah yang belum dibangunkan dan juga tanah yang telah dibangunkan.

Tambah Mohd. Emir, FGV juga memiliki 70,000 hektar tanah bagi aktiviti perladangan di Indonesia yang mana kawasan seluas 25,000 hektar baru ditanam sawit mulai tahun lalu

Buat masa ini pengeluaran getah Kumpulan Felda berjumlah 60,000 tan metrik setahun melibatkan kawasan seluas 35,000 hektar di Malaysia. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada March 11, 2014 - 10:58 am oleh Nor Azlina Shaari

No comments:

Post a Comment

 
© 2014. Design by Blogger