Pages

  • Twitter
  • Facebook
  • Google+
  • RSS Feed

Monday 10 March 2014

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LGM 2013

No comments:
 
Posted: 04 Mar 2014 02:00 AM PST

Berita - Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LGM 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) LGM 2013

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2013 Lembaga Getah Malaysia yang dirasmikan oleh YB Dato' Noriah Kasnon, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi pada 4 Mac 2014 di Dewan Theatrette Bangunan Getah Asli. Majlis turut disertai oleh YB Datuk Wira Hj Ahmad Hj Hamzah, Pengerusi LGM serta Datuk Dr Salmiah Ahmad, Ketua Pengarah Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam ucapan beliau, YB Dato' Noriah telah mengucapkan sekalung tahniah kepada para penerima APC bagi tahun 2013 dan menjadi harapan beliau semoga penerima APC akan terus mengekalkan prestasi yang cemerlang serta menjadi contoh kepada pegawai dan kakitangan lain.

Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan LGM kepada pegawai-pegawai dan kakitangan yang telah berjaya memberi perkhidmatan cemerlang dan menyumbang kepada pencapaian LGM sepanjang tahun lalu. Asas penilaian pemilihan penerima APC adalah merangkumi pelbagai aspek termasuk penilaian prestasi perkhidmatan, perakuan penyelia atau Ketua Jabatan, rekod perkhidmatan yang baik dan disiplin serta rekod penglibatan aktiviti komuniti dan sosial pegawai diluar bidang tugas. Di samping itu, penilaian juga dibuat ke atas kemampuan seseorang pegawai atau kakitangan dalam melaksanakan tugas yang melebihi daripada keperluan dan tanggungjawab biasa bagi jawatan mereka.

Seramai 107 orang penerima bagi tahun ini di mana 19 orang dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan 88 orang dari Kumpulan Pelaksana. Majlis APC turut diserikan dengan nyanyian daripada Kumpulan Koir LGM yang mendendangkan beberapa lagu sebelum majlis berakhir.

YB Dato’ Noriah Kasnon memberikan ucapan perasmian Penerima APC yang hadir pada majlis perasmian APC 2013
YB Dato' Noriah Kasnon memberikan ucapan perasmian Penerima APC yang hadir pada majlis perasmian APC 2013
YB Timbalan Menteri menyerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kepada Puan Choong Yoke Kim dari UKSK (Sg.Buloh) sambil disaksikan YB Pengerusi LGM, TKSU (P) MPIC dan Ketua Pengarah LGM Pasukan koir LGM mempersembahkan nyanyian

Majlis Perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang

Posted: 01 Mar 2014 04:00 AM PST

Berita - Majlis Perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang

Majlis Perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang

Jambatan Kedua Pulau Pinang atau nama rasminya Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (JSAHMS) telah dirasmikan oleh YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 1 Mac di Lapangan Batu Maung, Pulau Pinang.

JSAHMS dengan kepanjangan 24 kilometer, 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan 7 kilometer di daratan merupakan jambatan terpanjang di Asia Tenggara. Ia menghubungkan Batu Kawan di Semenanjung Malaysia dan Batu Maung di Pulau Pinang telah mengguna pakai teknologi galas getah asli beredaman tinggi yang mampu menahan gegaran gempa bumi shingga 8.2 pada skala richter. Getah beredaman tinggi yang digunakan dalam projek ini merupakan hasil rekabentuk Lembaga Getah Malaysia (LGM) bersama Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak (TARRC) di United Kingdom. Galas getah ini dihasilkan oleh syarikat pembuat produk getah tempatan dan lebih daripada 2000 galas getah digunakan dalam projek pembinaan ini.

Penglibatan Lembaga Getah Malaysia di dalam projek ini merupakan satu pencapaian yang membanggakan kerana projek ini merupakan projek komersil pertama di Malaysia yang mengguna pakai teknologi galas getah asli beredaman tinggi untuk melindungi struktur daripada gempa bumi. Selain itu, galas getah buatan Malaysia ini turut membuktikan daya saing industri pembuat produk getah Malaysia dalam menghasilkan produk getah yang bernilai tambah.

Datuk Dr Salmiah Ahmad, Dr Suarni Sumormo, TKP D&O dan Dr Kamarudin Ab Malek, CEO TARCC di majlis perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang Ucapan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dari YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak

Tetamu kehormat yang hadir pada majlis perasmian Ketua Pengarah LGM, YBhg Datuk Dr Salmiah memerhatikan pemasangan galas getah asli beredaman tinggi semasa lawatan tapak di Jambatan Kedua Pulau Pinang

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN-NS)

Posted: 28 Feb 2014 02:00 AM PST

Berita - Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN-NS)

Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Negeri Sembilan (HPPN-NS)

HPPN-NS dianjurkan oleh Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan di Paroi, Negeri Sembilan dan telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj Hasan, Menteri Besar. Ia diadakan pada 28 Februari hingga 2 Mac 2014.

HPPN-NS dengan tema Agroteknologi Pemangkin Transformasi Agropreneur mengambarkan transformasi sektor pertanian termasuk getah, kelapa sawit, nenas, ternakan, perikanan, industri asas tani, padi, industri beras dan lain-lain industri berkaitan, selaras dengan aspirasi kerajaan untuk menuju kearah Negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020. HPPN-NS mempamerkan keupayaan usahawan-usahawan Negeri Sembilan dalam pengeluaran barangan, teknologi dan perkhidmatan untuk pasaran global. Ia juga menemukan peniaga-peniaga tempatan bagi mengujudkan hubungan dan peluang perniagaan dalam pemasaran yang khusus. Pameran ini juga telah menonjolkan hasil inovasi dan teknologi terbaru dalam sektor pertanian.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) Wilayah Tengah telah mempamerkan barangan getah dan mempromosikan teknologi-teknologi sediada. Demonstrasi teknologi i-Klon telah diadakan bagi menunjukkan kaedah pengenalpastian klon terbaru untuk aktiviti penanaman getah. Aktiviti-aktiviti lain yang diadakan adalah demonstrasi kaedah torehan pokok getah yang betul, kaedah cantuman bahan tanaman dan pendaftaran Kad-G. Selain daripada aktiviti pameran, ia juga adalah landasan bagi menjelaskan kepada orang awam tentang kepentingan dan sumbangan penyelidikan dan pembangunan getah terhadap ekonomi Malaysia.

Sambutan daripada pekebun kecil getah, Industri Kecil dan Sederhana dan agensi-agensi berkaitan sangat mengalakkan. Anggaran lebih daripada 15,000 tetamu termasuk Dato' Hj. Hashim b. Rusdi,, EXCO Pertanian, Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, telah melawat Gerai LGM dan anggaran 2,000 peserta telah menyertai aktiviti torehan pokok getah, permainan baling biji getah dan demonstrasi cantuman bahan tanaman getah. HPPNS-NS 2014 telah mendapat kejayaan besar kerana telah berjaya menarik perhatian pelawat melebihi 120,000 pelawa-pelawat.

Demonstrasi teknologi i-Klon kepada YB Dato’ Hj. Hashim b. Rusdi,, EXCO Pertanian, Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan diperhatikan oleh Pn Rabiah Mohd Yusof, Pengarah LGM Wilayah Tengah Y.A.B. Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Pn Rabiah
Demonstrasi teknologi i-Klon kepada YB Dato' Hj. Hashim b. Rusdi,, EXCO Pertanian, Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan diperhatikan oleh Pn Rabiah Mohd Yusof, Pengarah LGM Wilayah Tengah Y.A.B. Dato' Seri Utama Hj. Mohamad b. Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan bersama Pn Rabiah
Seorang pelawat menoreh pokok getah Gerai LGM mendapat sambutan yang sangat positif daripada pelawat-pelawat

Post a Comment

© 2014. Design by Blogger