Kemungkinan Penggunaan <b>Getah</b> Untuk Pembinaan Jalan Jika <b>...</b> |
Kemungkinan Penggunaan <b>Getah</b> Untuk Pembinaan Jalan Jika <b>...</b> Posted: 07 Oct 2014 11:05 PM PDT Bangkok – Jika harga getah terus lemah, ada kemungkinan komoditi itu digunakan untuk membuat jalan raya, selain kegunaan secara tradisional untuk tayar kenderaan. "Ini adalah perkembangan yang sangat menarik. Thailand sudah membuat ujian ke atasnya. Di Malaysia, ada banyak potensi untuk tujuan itu," kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah Embas. Beliau berkata Lembaga Getah Malaysia akan diminta bekerjasama dengan Kementerian Pertanian dan Koperasi Thailand untuk meneroka potensi mempeluas penggunaan getah. Uggah yang mendengar taklimat mengenai potensi kegunaan getah oleh Institut Penyelidikan Getah Thailand, berharap Malaysia dapat melaksanakan pembinaan jalan getah di Malaysia tahun depan. Ini adalah arah tuju yang tepat bagi mempelbagaikan kegunaan getah kepada sebanyak mungkin produk, katanya selepas pertemuan dengan Menteri Pertanian dan Koperasi Thailand Petipong Puengbun Na Ayudhya di sini, kelmarin. Beliau melawat Thailand selama tiga hari yang berakhir Isnin bagi membincangkan isu harga getah. Antara isu yang dipersetujui ialah negara pengeluar perlu mencari kaedah untuk meneruskan kajian kemungkinan penggunaan getah dan satu daripadanya menggunakan getah untuk pembinaan jalan, katanya. Uggah berkata beliau dimaklumkan bahawa penggunaan getah adalah sama baik, malah lebih baik daripada jalan asfalt sepenuhnya, dan ia akan menggunakan 3.3 tan getah untuk setiap kilometer jalan. Antara langkah segera yang diambil Malaysia bagi menyokong industri getah ialah meningkatkan penanaman semula bagi menggantikan pokok getah berusia lebih 20 tahun yang dianggarkan seluas 50,000 hektar. Sambil menegaskan mengenai pentingnya industri itu, beliau berkata di kebanyakan negara pengeluar, ramai yang terbabit dalam industri itu terdiri daripada pekebun kecil. Di Malaysia sahaja terdapat 400,000 pekebun kecil. Mengikut perangkaan Lembaga Getah Malaysia (MRB), berdasarkan angka yang disediakan oleh International Rubber Study Group tahun lalu, Malaysia memiliki kira-kira 1.057 juta hektar keluasan tanaman getah, dengan 979,860 hektar diusahakan oleh pekebun kecil. Malaysia menghasilkan 753,472 tan getah kering dan 72,949 tan lateks tahun lalu, merosot berbanding 846,813 getah kering dan 75,985 tan lateks pada 2012. Ia menggunakan 56,210 tan getah kering dan 377,981 tan lateks tahun lalu berbanding 75,828 tan getah kering dan 365,571 tan lateks pada 2012. Di peringkat global, pengeluaran getah asli meningkat kepada 12.036 juta tan tahun lalu berbanding 11.603 juta tan pada 2012, manakala penggunaan meningkat kepada 11.322 juta tan berbanding 11.027 juta tan bagi tempoh yang sama. Mesyuarat Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli akan datang, akan membincangkan langkah untuk untuk menyokong harga getah dalam tempoh terdekat, namun tindakan susulan perlu terus dilakukan, kata pemerhati pasaran. Permintaan pasaran kini lemah berbanding bekalan sedia ada selain tekanan yang dijangkakan dari China, yang memulakan pengeluaran getahnya sendiri di Hainan dan Yunnan. – Bernama
Related |
Manfaat Daun Jarak , Biji, Dan <b>Getah</b> | <b>Tanaman</b> Obat Posted: 23 Jul 2014 09:49 AM PDT Manfaat Daun Jarak , biji, dan getah ~ Ricinus communis Linn atau yang dikenal dengan jarak adalah salah satu tanaman perdu yang biasa tumbuh di hutan dan sekarang ini mulai banyak yang menjadikannya tanaman kebun untuk diambil manfaatnya. Tanaman jarak bisa dikenali dari bentuk daunnya. Dimana daun jarak berbentuk tunggal menjari dengan jumlah antara 7-9, diameter daunnya sekitar 10- 40 cm. Di Indonesia sendiri, tanaman yang masih termasuk kedalam kerajaan plantae ini memiliki sebutan berbeda untuk masing-masing daerah, antara lain jarak, jarak jitun, kaliki ( sunda ), jarak (jawa, bali), kalekhe (madura), dan lain-lain. Dalam dunia pengobatan, tanaman jarak banyak dimanfaatkan sebagai bahan ramuan obat untuk mengatasi berbagai penyakit , beberapa bagian tanaman jarak yang banyak digunakan yaitu getah, biji, dan daun jarak.. Manfaat Getah, Biji, dan Daun Jarak Pagar Khasiat yang terkandung dalam tanaman jarak , tentunya tidak terlepas dari unsure-unsur kimia yang terkandung didalamnya antara lain :
Berikut adalah beberapa manfaat daun jarak, biji dan getahnya dalam dunia pengobatan serta cara membuat ramuannya :
Demikian beberapa manfaat daun jarak, biji, dan getah, serta akarnya. Semoga artikel ini bermanfaat bagi anda semua Title : Manfaat Daun Jarak , Biji, Dan Getah |
You are subscribed to email updates from tanaman getah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
No comments:
Post a Comment